Epidural: 6 Perkara yang Anda Perlu Tahu

epidural

Tahap sakit bersalin adalah berbeza bagi setiap wanita dan tidak semua dapat menahan sakit bersalin sehingga ke tahap kelahiran bayi. Jika anda rasa anda sukar menahan kesakitan anda, mungkin epidural adalah pilihan terbaik anda.

Epidural adalah kaedah yang paling popular untuk melegakan kesakitan semasa bersalin kerana keberkesanannya.

Semasa epidural, ubat penahan sakit disalurkan ke dalam tiub kecil pada belakang anda untuk memberikan kelegaan berpanjangan terhadap sakit bersalin. Epidural adalah anestetik setempat, jadi ia tidak mempengaruhi anggota badan yang lain.

Walau bagaimanapun tentu anda tertanya-tanya adakah ia selamat untuk bayi anda dan apakah kesan yang boleh terjadi terhadap diri anda sendiri sekiranya anda ingin memilih epidural sebagai ubat penahan sakit anda.

Apa kesan epidural terhadap bayi saya dan saya?

Epidural tidak memperlahan proses bersalin anda atau meningkatkan risiko pembedahan c-section tetapi ia mungkin akan menyebabkan proses meneran (pushing) anda menjadi lebih lama. Ini disebabkan anda tidak ada ‘urge’ kerana teranan anda kurang efektif.

Epidural juga boleh meningkatkan suhu badan anda dan boleh menyebabkan anda demam. Ini boleh mengelirukan doktor anda, yang mungkin tidak dapat membezakan sama ada peningkatan suhu disebabkan oleh epidural atau disebabkan oleh jangkitan kuman.

Walau bagaimanapun terdapat tindak-balas yang baik epidural yang anda perlu tahu. Kesakitan yang dikurangkan oleh epidural menghalang rembesan ‘stress’ hormon dalam darah.

Stress hormon adalah hormon yang boleh meningkatkan kadar denyutan jantung dan mengalihkan darah dari rahim seterusnya bayi anda berisiko untuk lemas.

Kesakitan juga boleh membuat anda bernafas dengan kencang di mana kesannya boleh mengalihkan aliran darah dari plasenta aliran oksigen kepada bayi anda terganggu. Epidural boleh mengurangkan risiko ini dari berlaku.

Penyelidik juga mendapati tiada perbezaan yang ketara dalam skor Apgar jika dibandingkan dengan ibu yang tidak mendapat epidural semasa bersalin. Jadi ia juga selamat untuk bayi.

Adakah prosedur epidural menyakitkan?

Ia tidak menyakitkan kerana doktor akan mengebaskan dulu kulit anda sebelum jarum epidural dimasukkan. Anda mungkin akan rasa pedih selama beberapa saat dan sakit akan hilang dengan sendiri.

Bagaimanakah epidural dilakukan?

Anda akan diposisikan pada posisi duduk dengan membelakangkan Pakar Bius. Ubat kebas akan disuntik dan jarum epidural akan dimasukkan perlahan-lahan. Tiub epidural kecil akan ditolak ke dalam ruang epidural anda. Tiub akan disambungkan ke mesin yang akan memberikan aliran ubat berterusan sehinggalah anda bersalin.

Bolehkah saya bergerak seperti biasa?

Anda selalunya lebih suka untuk berbaring kerana rasa kebas anda menyukarkan anda untuk bergerak atau berjalan-jalan.

Berapa lama ia mengambil masa untuk berkesan?

Epidural berkesan dengan cepat iaitu dalam tempoh 10 hingga 30 minit selepas injeksi dan sakit bersalin anda akan berkurang secara perlahan lahan.

Epidural boleh menyebabkan sakit belakang kronik, adakah ia betul?

Setakat ini tiada kajian yang menunjukkan terdapat kaitan di antara sakit belakang dan epidural. Sakit belakang adalah perkara yang kerap terjadi selepas bersalin. Pastikan anda menjaga belakang anda dengan baik semasa hamil dan selepas bersalin.

 

2 thoughts on “Epidural: 6 Perkara yang Anda Perlu Tahu

  1. nurul Januari 7, 2018 / 10:59 pm

    Assalamualaikum dr..sy nk tnye la..normal ke klau bslin czer skit blkang tu smpai mcm xbole nk bongkok..sbb sy kerap skit blkang yg mmbuatkn sy xbole nk mmbongkok..Sgt mnggnggu sy utk bwuduk dan solat..klau dduk lma pn pnggang sy skit sgt..mohon pnjelasan dr..

    • drju Januari 8, 2018 / 8:35 am

      sakit belakang selalunya tiada kaitan dengan czer tapi ada kemungkinan disebabkan oleh masalah tulang belakang, elok jumpa doktor

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s