Pelvic Adhesion adalah parut tisu yang terbentuk pada pelvis yang boleh berlaku di sekitar pundi kencing, usus, salur peranakan, rahim dan ovari.
Ia boleh terjadi disebabkan oleh jangkitan kuman, endometriosis, atau pembedahan terlebih dahulu, termasuk pembedahan Cesarean. Prosedur pembedahan, seperti membuang fibroid dan endometriosis, juga boleh membawa kepada masalah ini.
Risiko Pelvic Adhesion meningkat sekiranya pembedahan dibuat berulang kali. Ia juga lebih kerap terjadi sekiranya ia pembedahan yang berat dan berlaku komplikasi seperti pendarahan dan jangkitan kuman.
Tanda dan Gejala?
Pesakit mungkin tiada gejala langsung. Masalah mula dikesan apabila pesakit datang untuk rawatan kesukaran hamil. Ada juga yang mengalami senggugut dan masalah sembelit.
Risiko terhadap kesuburan?
Pelvic Adhesion boleh memberi kesan kepada keupayaan wanita untuk hamil terutamanya yang berkaitan dengan endometriosis kerana ia boleh menyebabkan salur peranakan tersumbat dan menghalang pertemuan diantara telur dan sperma.
Baca lagi: Bagaimana Endometriosis boleh menyebabkan Anda Sukar Hamil?
Bagaimana ia dirawat?
Ia boleh dirawat dengan pembedahan yang dipanggil adhesiolysis dimana parut yang terjadi dibuang. Ia selalunya dilakukan oleh doktor yang pakar dalam Pembedahan Laparoscopy
Rawatan laparoskopi boleh mengurangkan kesakitan, mempercepatkan masa pemulihan dan mengurangkan risiko untuk mendapat pembentukan parut baru..
Adakah terdapat alternatif selain dari pembedahan?
Sekiranya anda tiada gejala, pembedahan tidak perlu. Tetapi sekiranya ia menyebabkan masalah seperti sukar hamil, mungkin pembedahan adalah pilihan yang baik untuk anda.
Bincang dengan doktor anda tentang kebaikan dan risiko pembedahan ini.