Susukan bayi anda dalam tempoh satu jam selepas melahirkan.
Menyusu badan memang sudah terkenal dengan kebaikannya, tetapi ramai yang bertanya bilakah masa yang paling sesuai untuk memulakan penyusuan.
Jawapannya, serta merta atau dalam tempoh satu jam selepas kelahiran. Kajian menunjukkan penyusuan yang bermula dengan cepat dan ekslusif selama enam bulan bukan sahaja boleh mennyelamatkan nyawa tetapi memberi banyak manfaat yang berganda.
Menyusu dalam tempoh satu jam selepas bersalin adalah ideal kerana bayi dalam keadaan peka dan lebih bersedia untuk memulakan susuan pertama mereka.
Susu pada saat ini juga kaya dengan kolostrum iaitu makanan yang paling sempurna untuk setiap bayi yang baru lahir.
Satu kajian 2006 yang disiarkan dalam jurnal Pediatrics menunjukkan bahawa 41 peratus kematian bayi boleh dicegah jika bayi diberikan susu ibu pada jam yang pertama kehidupan.
Kolostrum adalah bahan kuning-putih melekit yang diremebskan oleh payudara ibu sebaik sahaja dilahirkan. Ia kaya dengan antibodi dan nutrien yang penting.
Menyusu pada jam yang pertama atau lebih selepas kelahiran juga memberikan manfaat kepada ibu. Ia mengurangkan risiko tumpah darah selepas bersalin kerana rahim mengecut dengan lebih kuat apabila ibu menyusu dengan cepat
Ia juga membantu merapatkan hubungan ibu dan bayi dengan memberikan rasa ‘bonding’ seterusnya memaksimakan peluang bayi untuk ‘latch on’ selain dari merangsang pengeluaran susu.
Apabila berlaku sentuhan kulit ke kulit selepas kelahiran badan bayi menjadi hangat dan bayi dapat mengawal kadar jantung, pernafasan, dan ketepuan oksigen mereka dengan lebih baik. Mereka juga lebih tenang dan menjadi kurang menangis.