Soalan: Saya Mengalami Pendarahan Nifas Tanpa Henti Selepas Pembedahan Caesarean, Adakah Ia Normal?

nifas-banyak.jpg

Jawapan

Bagi kebanyakan wanita, pendarahan faraj atau darah nifas samada selepas caesarean atau bersalin normal secara purata akan berhenti selepas 6 minggu. Ada yang berdarah cuma 4 minggu dan ada yang berlangsung sehingga 2 bulan.

Darah nifas terjadi kerana lapisan rahim yang telah membentuk semasa hamil menjadi sangat tebal dan luruh selepas bersalin.

Terdapat banyak sebab kenapa nifas lambat habis, salah satu yang kerap terjadi adalah disebabkan sedikit uri dan selaput ketuban yang tertinggal di dalam rahim selepas bersalin. Walaupun sedikit ia boleh menyebabkan pendarahan yang lama.

Masalah yang lain, mungkin terdapat ketumbuhan pada rahim anda seperti fibroid yang menghalang pengecutan rahim. Rahim perlu mengecut untuk pastikan darah cepat habis.

Sebab lain termasuk memakan jamu atau ubatan tradisional yang menghalang darah dari membeku menyebabkan rahim berdarah secara berterusan.

Pendarahan yang lambat habis juga tanda berlaku jangkitan kuman pada faraj atau rahim. Ia selalunya disertai dengan rasa sakit pada rahim.

Dalam kes yang sangat jarang, pendarahan yang berterusan mungkin tanda kanserchoriocarcinoma‘ yang terbentuk  dari placenta yang berubah menjadi sel-sel kanser.

Punca pendarahan sebenar cuma akan diketahui dengan menjalani beberapa ujian seperti ultrasound dan ujian darah. Jumpa doktor anda hari ini.

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: