Tahukah anda gigi dan gusi bermasalah boleh menganggu kehamilan anda?

gusiTidak ramai wanita yang tahu kepentingan berjumpa doktor gigi semasa hamil kerana kehamilan mendedahkan anda kepada masalah jangkitan kuman dan diantara jangkitan yang kerap terjadi ialah jangkitan gigi dan gusi.

Jadi adalah penting untuk setiap wanita hamil mendapatkan pemeriksaan gigi kerana ia bukan sahaja membantu mengesan masalah pergigian sebelum dan selepas kehamilan.

Semasa hamil, berlaku perubahan hormon yang ketara meletakkan wanita hamil lebih berisiko untuk jangkitan kuman yang boleh memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan.

Jauhkan diri dari menjangkiti sebarang kuman semasa hamil terutama pada 3 bulan pertama kerana jangkitan boleh meninggikan risiko anda untuk gugur dan mendapat anak yang cacat.

Gusi senang berdarah dan bernanah semasa hamil jadi penting untuk memastikan anda memberus gigi 2 kali sehari.

Sekiranya prosedur pergigian dilakukan, adalah masih selamat jika ia betul betul perlu dilakukan pada peringkat awal kehamilan walaupun lebih ia selamat sekiranya dilakukan pada trimester kedua.

Jumpa dengan doktor gigi jika anda mengalami apa-apa gejala oral untuk mengelakkan sebarang implikasi kesihatan pada janin. Anda mendapatkan tip tip penting kebersihan mulut yang boleh dikongsi oleh doktor gigi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s