Berapa Lama Saya Akan Berdarah Selepas Keguguran?

keguguran

Bergantung kepada usia kandungan semasa anda keguguran. Sekiranya anda gugur pada kandungan 5-7 minggu, darah nifas mungkin berhenti selepas 5-10 hari.

Jika keguguran berlaku pada usia 8-12 minggu pendarahan mungkin berlaku dalam 10 hingga 20 hari.

Kalau keguguran terjadi pada trimester ke 2, dijangkakan darah nifas  akan kering sepenuhnya selepas 4 minggu.

Pendarahan selalunya tidak banyak cuma seperti aliran haid pada hari hari terakhir dan ia menjadi semakin ringan selepas beberapa hari kemudian. Ada yang disertai dengan rasa senak atau tidak selesa pada perut tetapi ia tidak lama dan akan hilang dengan sendiri.

Darah selalunya akan bertukar menjadi warna kelabu dan akhir berhenti dengan sendiri.

Pada segelintir wanita, darah nifas mungkin berhenti secara tiba tiba dan datang semula pada beberapa hari kemudian, jangan risau ia normal.

Sekiranya darah menjadi semakin banyak dan berketul dan/atau disertai dengan sakit yang ketara atau demam, ia mungkin tanda jangkitan kuman pada rahim. Jumpa doktor anda dengan segera.

Advertisements

12 thoughts on “Berapa Lama Saya Akan Berdarah Selepas Keguguran?

  1. Afi Mei 25, 2018 / 6:42 am

    Assalamualaikum Dr Juhaidah…
    Maaf saya ingin bertanya…
    Saya keguguran (keguguran penuh) sewaktu kandungan saya memcecah 11 minggu pada 17/4…
    Tetapi kndungan saya kandungan kosong.
    Sehingga hari ni 25/5 darah x berhenti lagi… mcm mana ya?
    Perlukah saya ke hospital untuk check semula?

    • drju Mei 25, 2018 / 9:14 am

      Memang kena jumpa. Pastikan tiada tisu atau uri tertinggal

      • Afi Mei 25, 2018 / 8:08 pm

        Terima kasih Dr…. 😊
        Tp kn., lepas 3 hari gugur..
        Ada keluar mcm keluar tisu warna putih secebis…
        Dan hari ni darah keluar sedikit banyak dari hari sebelum ni…
        Saya keliru sama ada darah yg turun ni darah yg x habis lagi lepas keguguran atau period.
        Adeh… risaunye… 😭

      • drju Mei 25, 2018 / 11:44 pm

        sepatutnya aliran darah akan menjadi lebih sedikit. jumpa doktor

  2. seenteya Mei 29, 2018 / 5:11 pm

    slm sjhtera doc,
    sya baru sahaj keguguran dgn usia kandungan 12 mgu, pada 26.5.18 ada d&c di buat utk buang baki keguguran yang tertinggal. selepa proses cuci, drah yang keluar memang sedikit pada pad.. biasanya berapa lama untuk darah nifas tu akan kering ye doc?

    terima kasih

    • drju Mei 30, 2018 / 7:35 am

      salam ia bergantung kepada berapa besar rahim puan sebelum cuci. elok bertanya kepada doktor puan kerana dia lebih arif.

      • Rose Julai 8, 2018 / 1:36 pm

        Puan sy nak bertanya saya dnc pada 1/6 /2018 usia hamil 12minggu.. Doc ade ckap lepas sebulan sy bolee test upt dan sy da buat pada 1/7/2018 … Da kputusan negatif… Nak tnya untuk period sy ambil mase brapa lama untk normal ye doc… Sebb doc sy ckap dalam sebulan or 2 bln dnc akan normal cuma akan lari sedikit trikh period sblm ni… Mase dnc sy tk alami pdrahan teruk.. Ade darah tp dua ari lpas dnc die kluar mcm biase tkde smpai berlarutan… Sdkit²
        . lpas da 2 3 mggu die da kmbali baik… Adekah itu normal doc..

      • drju Julai 11, 2018 / 11:44 am

        ia normal. tunggu 6 bulan dan seks seperti biasa. kalau masih tidak hamil, elok jumpa doktor dan buat pemeriksaan sekali lagi, pastikan tidak ada masalah dalam pelvis.

  3. noramira binti ismail Jun 22, 2018 / 1:57 pm

    salam nak tanya, saya gugur kandungan dalam 6 minggu, cukup 25.5.2018 sya gugur pendarahan keluar 7 hari,kemuadian 20.6.2018 darah ade keluar sedikit 21.6.2018 tak ada, ini hari 22.06.2018 ade keluar darah cair sedikit jee. apa maksud nya ya ? 😥

    • drju Jun 28, 2018 / 7:37 am

      ada kemungkinan tisu tertnggal elok buat Ultrasound untuk pastikan tiada maslaah serius

  4. Annisa* Jun 25, 2018 / 7:00 pm

    saya keguguran dalam 3 mggu lepas, Lpas tu sy dtang haid yang bnyak. Mula2 ia nya hnya keluar darah sikit , koko2. tapi hari ke3 ianya keluar bnyak dan tanpa henti. adakah ia period ataupon darah yang bleeding tak habis lagi dalam rahim ini? tapi rahim tak sakit.

    • drju Jun 28, 2018 / 7:38 am

      elok pastikan ia bukan tisu tertinggal dalam rahim, jumpa doktor untuk ultrasound

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s