Berapa Lama Saya Akan Berdarah Selepas Keguguran?

keguguran

Bergantung kepada usia kandungan semasa anda keguguran. Sekiranya anda gugur pada kandungan 5-7 minggu, darah nifas mungkin berhenti selepas 5-10 hari.

Jika keguguran berlaku pada usia 8-12 minggu pendarahan mungkin berlaku dalam 10 hingga 20 hari.

Kalau keguguran terjadi pada trimester ke 2, dijangkakan darah nifas  akan kering sepenuhnya selepas 4 minggu.

Pendarahan selalunya tidak banyak cuma seperti aliran haid pada hari hari terakhir dan ia menjadi semakin ringan selepas beberapa hari kemudian. Ada yang disertai dengan rasa senak atau tidak selesa pada perut tetapi ia tidak lama dan akan hilang dengan sendiri.

Darah selalunya akan bertukar menjadi warna kelabu dan akhir berhenti dengan sendiri.

Pada segelintir wanita, darah nifas mungkin berhenti secara tiba tiba dan datang semula pada beberapa hari kemudian, jangan risau ia normal.

Sekiranya darah menjadi semakin banyak dan berketul dan/atau disertai dengan sakit yang ketara atau demam, ia mungkin tanda jangkitan kuman pada rahim. Jumpa doktor anda dengan segera.

154 respons kepada “Berapa Lama Saya Akan Berdarah Selepas Keguguran?”

  1. Assalamualaikum Dr Juhaidah…
    Maaf saya ingin bertanya…
    Saya keguguran (keguguran penuh) sewaktu kandungan saya memcecah 11 minggu pada 17/4…
    Tetapi kndungan saya kandungan kosong.
    Sehingga hari ni 25/5 darah x berhenti lagi… mcm mana ya?
    Perlukah saya ke hospital untuk check semula?

    1. Memang kena jumpa. Pastikan tiada tisu atau uri tertinggal

      1. Terima kasih Dr…. 😊
        Tp kn., lepas 3 hari gugur..
        Ada keluar mcm keluar tisu warna putih secebis…
        Dan hari ni darah keluar sedikit banyak dari hari sebelum ni…
        Saya keliru sama ada darah yg turun ni darah yg x habis lagi lepas keguguran atau period.
        Adeh… risaunye… 😭

      2. sepatutnya aliran darah akan menjadi lebih sedikit. jumpa doktor

      3. dkter saya nk Tanya… saya gugur 29/5 gugur janin kluar sndri… darah sy stop 8/6 selepas tu 11hb keluar darah lagi.. tpi dlm kuantiti yg tak banyak.. warna mcm drh period… ada kah normal?

      4. agak normal

      5. Assalam dr Raja .sy nk tnya .sy gugur 17/6 & 28/6 dah complete miscarriage .sy pergi hospital dctr dah check vagina scan kata xde yg tertinggal & doctr kata tak perlu DC & rahim dah nipis selepas inject kecut rahim .tp next day darah sikit soft2 pink merah keluar .next day agak pekat darah merah tp tidak penuh satu pad .adakah itu masih darah nifas atau ada sisa yang tertinggal lagi . Ini 2nd pregnant sy .fist born Alhamdulillah normal bersalin.

      6. jgn risau biasa sahaja tapi kalau makin lama makin banyak elok jumpa doktor

      7. Assalamualaikum puan nak tnya sye ade g klinik kk sye just nk memastikan sye btul ke gandung tapi kandungan sye kosong mse to kandungan sye bru 5minggu….lepas to sye ade keluar percikan darah sye rujuk ke klinik kk lepas to sye kne hantar ke hospital smpai hospital doktor sne ckp sye gandung luar rahim lepas to sye kne opration selepas opration sye keluar darah 1hari 2pack..sye keluar darah dari 12/6-18/6 lepas to darah sye stop..lepas to keluar smula pda 27/6-29/6 adakah ianya darah haid/darah nifas

      8. masih darah nifas tu , elok tunggu sehingga betul2 habis

      9. sy gugur dari 29.3 .25 sampai 8.4.25..tapi period tak datang lagi..macam ye..

      10. puan dah period ke?

  2. slm sjhtera doc,
    sya baru sahaj keguguran dgn usia kandungan 12 mgu, pada 26.5.18 ada d&c di buat utk buang baki keguguran yang tertinggal. selepa proses cuci, drah yang keluar memang sedikit pada pad.. biasanya berapa lama untuk darah nifas tu akan kering ye doc?

    terima kasih

    1. salam ia bergantung kepada berapa besar rahim puan sebelum cuci. elok bertanya kepada doktor puan kerana dia lebih arif.

      1. Puan sy nak bertanya saya dnc pada 1/6 /2018 usia hamil 12minggu.. Doc ade ckap lepas sebulan sy bolee test upt dan sy da buat pada 1/7/2018 … Da kputusan negatif… Nak tnya untuk period sy ambil mase brapa lama untk normal ye doc… Sebb doc sy ckap dalam sebulan or 2 bln dnc akan normal cuma akan lari sedikit trikh period sblm ni… Mase dnc sy tk alami pdrahan teruk.. Ade darah tp dua ari lpas dnc die kluar mcm biase tkde smpai berlarutan… Sdkit²
        . lpas da 2 3 mggu die da kmbali baik… Adekah itu normal doc..

      2. ia normal. tunggu 6 bulan dan seks seperti biasa. kalau masih tidak hamil, elok jumpa doktor dan buat pemeriksaan sekali lagi, pastikan tidak ada masalah dalam pelvis.

      3. Avatar Nurhazila hanim
        Nurhazila hanim

        Assalamualaikum puan..sy nak tanya..sy bru lepas keguguran pada 10/7/18 ..sy cuma nk tya..darah dh tak dak..cuma ada lendir berwarna kuning kadang coklat..dan berbau..adakah itu normal atau sebalik nya?..trima ksh puan..

      4. kalau berbau mungkin ada jangkitan pada faraj. elok jumpa doktor utk kepastian

  3. Avatar noramira binti ismail
    noramira binti ismail

    salam nak tanya, saya gugur kandungan dalam 6 minggu, cukup 25.5.2018 sya gugur pendarahan keluar 7 hari,kemuadian 20.6.2018 darah ade keluar sedikit 21.6.2018 tak ada, ini hari 22.06.2018 ade keluar darah cair sedikit jee. apa maksud nya ya ? 😥

    1. ada kemungkinan tisu tertnggal elok buat Ultrasound untuk pastikan tiada maslaah serius

      1. Selamat ptg…sy nk tanya bulan lalu 18/10/18 sy buat d&c dkt hosp..selepas 2 hari sakit perut bawah so i pergi ke hosp lg…doc bgtau janin lekat kat dinding rahim lg…so kena buat d&c lagi…so 22/10/18 buat d&c lg…sebelum 2 hari ni dah stop turun darah…semalam dah start balik keluar darah…ni normal atau saya kena pergi ke klinik??saya sgt risau

      2. hi, elok jumpa balik doktor yang buat D+C tu dan maklumkan masalah ini, pendarahan itu memang tidak normal dan perlukan ujian US untuk pastikan tiada lagi yang tertinggal

  4. saya keguguran dalam 3 mggu lepas, Lpas tu sy dtang haid yang bnyak. Mula2 ia nya hnya keluar darah sikit , koko2. tapi hari ke3 ianya keluar bnyak dan tanpa henti. adakah ia period ataupon darah yang bleeding tak habis lagi dalam rahim ini? tapi rahim tak sakit.

    1. elok pastikan ia bukan tisu tertinggal dalam rahim, jumpa doktor untuk ultrasound

      1. Hai saya nak brtanya saya tak dtg bulan 2 bulan cek guna test pek 1 line sahaja bulan 6 dtg bulan balik dlm 5 hari bulan hingga 15 11 hari macam tu tapi tak ada sakit apa lepas abis tu saya cek lagi still 1 line selang brpa hari saya demam panas sebab satu rumah pn memang demam dah prgi klinik pagi tu saya bangun tengok datang bulan lagi sedang kan saya baru abis 15/6 dtg lg 22/6 so 1 bulan dua kali just nk tnya normal ke ke ada kena mengena sbb i tak dtg bulan 2 bulan lps tu

      2. memang betul. ia berkait dgn tak period 2 bulan tu

  5. Salam Doc. Sy baru alami keguguran 9 week. 22 July 2018. Janin keluar sdiri tanpa perlu D&C. Sy sudah merujuk Hospital rahim sudah bersih. Cuma sy ingin bertanya jika merancang hamil semula bila waktu kitaran haid yg sebaik nya? Selepas 1 circle period bole ke Doc?
    Dalam masa yg sama, pihak hosp pesan sekiranya sy hamil terus rujuk hosp untuk di beri aspirin. Doc kuatir sy mengalami salur darah sempit pd kandungan dan menyebabkn janin tak berupaya dpt bekalan mknan dan lemah, akhirnya stop breathing. Apa pendapat Doc?

    1. puan boleh hamil bila bila masa, tak perlu tunggu. tentang aspirin ia selamat digunakan dan disarankan kalau ada indikasi kukuh

      1. Terima kasih Doc Juhaidah krn balas komen saya. InsyaAllah.

  6. Assalamualaikum Doc Juhaidah. Saya persoalan. Saya berumur 48 tahun dan mengalami tanda-tanda menepouse. Period saya jadi tak normal dan keluar darah berketul-ketul dan period melebihi 10 hari. Saya sudan mendapatkan rawatan doktor dan doktor membuat D&C. Soalan saya berapa lama darah yang akan keluar selepas membuat D&C. Adakan dia dikira darah nifas?

    1. Salam. kena tahu diagnosa apa penyakit dulu puan. tunggu keputusan D+C tu ye

      1. sukar saya memberikan jawapan puan sbb diagnosa tepat perlu diberikan. elok puan tanya doktor puan yang lebih arif sebb dia yang merawat puan.

      2. Terima kasih doktor

  7. Memang lama dan dikira darah nifas ke.

  8. Salam Doc.Saya baru keguguran 21 weeks & complete miscariage pada 6/08/18.
    Masuk hari ke 6 dah xde keluar darah nifas.Cuma masih ade rase Sakit yg dtg kadang2 dbhagian ari2.Soalan Saya berapa hari darah nifas berhenti sepenuhnya? Agar saya boleh bersih & kembali solat? Terima Kasih Doc😊

    1. salam, saya agak mungkin dalam 1 bulan selepas keguguran.

  9. salam doc,sy keguguran 14/7/2018 sehingga skrg sy masih bleeding darah beku jgk masih ada..tp bkn hari2 bleeding..rasa tak selesa di perut bahagian kiri bawah..adakah tu normal?

    1. salam, kalau masih keluar darah beku ia tidak normal. elok jumpa doktor okar untuk ultrasound faraj. pastikan tiada yang terttinggi. ia juga mungkin disebabkan jangkita kuman

  10. assalamualaikum doctor Ju. sy keguguran lebih kurg kandungan usia 6minggu, bersamaan 6minggu tidak dtg haid. sy gugur pd 12/12/18. tetapi sehingga harini, 25/12/18 darah masih lagi keluar dan non stop. takde tanda2 darah utk berhenti. apa yg perlu sy lakukan?

    1. salam, ada kemungkinan jangkitan kuman atau masih ada tisu tertinggal dalam rahim. elok jumpa doktor untuk ultrasound scan

  11. Doc..saya miscarriage 1 jan 2019….kandungan around 7 weeks..dah jumpa doc kata tak perlu buat dnc…then doc refer pergi hosp sbb masih bleeding 17hb..pergi hosp bersalin sbb doc suruh refer saya masih bleeding tp bila buat check semua di hosp bersalin doc kata tiada apa2 pulak…saya pergi hr ni 23.01.2019 bila saya pergi panel husb dia check up cakap masih ada sisa…saya masih bleeding sehingga harii ni 23.01.2019

    1. salam, kalau pendarahan berlarutan kemungkinan sisa masih tertinggal banyak atau ade jangkitan kuman. elok pergi hospital semula

  12. Assalam doktor..sy keguguran 8minggu pd 26/1/2019..sy gugur sendiri lepas scan ikut kemaluan ,darah dh x tebal. dan doktor hanya cucuk kecut peranakan sj. skrg ni smp semlm 13/2 masih kuar tanda coklat selepas sy buang air kencing…sebelum ni darah yg kuar dlm tempoh 9hari dr keguguran xbyk..xpenuh pad pon..kdg sy xpakai pad pon.adakah tanda coklat tu normal atau mcm mana

    1. salam, puan tunggu dulu untuk satu minggu kalau darah coklat tadi masih berterusan elok jumpa doktor, mungkin masih ade tisu tertinggal. Ujian ultrasound faraj perlu dilakukan.

      1. Terima Kasih doktor

    2. Puan ok lg rasanya 26.1 misscariage..saya dr 2hb January sehingga sekarang masih bleeding…kadang2 darah merah..kadang2 lendir..smpai saya pun tak pasti…jumpa doc di hosp tiada apa..mereka cakap darah turun mgkin darah nifas n then period..puan tunggu darah smpai habis..
      Bila pakai pad darah tak keluar but then bila.tak pakai keluar pulak dia..bertanda underwear..

      1. salam, memang betul, mungkin darah nifas dan bersambung dengan darah haid. jangan risau kalau ultrasound menunjukkan tiada tisu tertinggal, tetapi kalau darah berterusan keluar sehingga 2 bulan elok jumpa pakar untuk ultrasound faraj

  13. salam dr junaidah.. harini genap sebulan sy buat dnc 3hb 4..gugur genap 13w, kandungan pertama.bby no heartbeat. nifas saya 14 hari..saya plan pantang hingga 44hari. doc pakar ada nasihatkan sy tunggu 3-6 bulan utk pregnant semula.. soalan sy. pendapat doc, sekiranya saya hamil semula dalam tempoh 3bulan tu, takpe ke? risiko gugur lagi tu tinggi ke? sy confuse sbb melalui pembacaan pengalaman2 lain, ada yg doctor nasihatkan xperlu tunggu 3 bulan pun boleh terus pregnant. ada yg pregnant sebulan lepas dnc dan selamat sampai bersalin.. tapi ada jugak yg pregnant then gugur lagi. doc tolong bagi pendapat. memandangkan sy gugur anak first, teringin sgt nak pregnant semula dalam masa terdekat 😫. tq doctor.

    1. salam, puan boleh hamil bila bila masa selepas gugur, kajian menunjukan tidak masalah sekiranya puan hamil even sebelum puan kedatangan haid pertama selepas gugur.

  14. Salam dr…saya berusia 39 thn…telah buat dnc setelah disahkan missed miscarriage pd 11 mac lalu…kandungan saya pada masa tu dah masuk 12 mggu…setelah dnc saya bleeding tp x byk dan dr hospital ckp tu nifas…dan saya x alami sakit pe pun ) selepas dnc tu…sehingga 11 mei ni (selepas 60 hari pun darah masih lg keluar walaupun x banyak tp saya still kena pakai pad…adakah darah yg berpanjangan ni normal atau istihadah ataupun haid…perlukah saya pergi ke hospital semula…

    1. Salam, kalau darah keluar tidak berhenti itu sudah tidak normal. jumpa doktor untuk Ultrasounds, pastikan tiada uri tertinggal atau masalah lain. pemeriksaan faraj juga perlu

      1. Avatar Siti Mahani Azmi
        Siti Mahani Azmi

        Assalamualaikum doc, kandungan sy 10w dan doc dapati kantung kosong, sekarang dh turun darah, sy dh rujuk hospital doc pakar O&G dan dh diberikan tarikh utk repeat scan, sekiranya kantung msih ada sy prlu buat dnc, mslahnya skrg ketulan darah sudah keluar dan selepas sy scan di klinik luar doc jelaskan kantung msih ada dan belum keluar sepenuhnya, doc suruh sy tgu dan nyatakan dalam beberapa hari lagi ia akan keluar sendiri, pd pndapat doc sy perlu tgu atau trus ke hospital utk rawatan selanjutnya, utk mkluman juga sy tak ada tanda rasa sakit seperti org keguguran dan hanya mengalami turun darah sedikit sahaja walaupun beberapa hari lepas ada ketulan darah yang keluar.

      2. salam, maaf lambat jawap, elok jumpa doktor puan untk ujian ultrasound, kalau tisu dalam rahim sudah nipis, tak perlu cuci lagi. dah dikira complete miscarriage

  15. Salam puan, sya keguguran usia kandungan 7 minggu, pada 15.7.2019, sya gugur, dan hari ni 19/7/2019, darah masih keluar, adakahnormal? Atau kna tunggu. Beberapa hari lagi,? Dan sya tidak mengalami ap2 sakit sepanjang darah ini keluar.

    1. salam, elok jumpa doktor, itu mungkin tanda tisu tertinggal.

  16. Salam, saya keguguran waktu kandungan tak sampai 2 bulan (ini kali ke-3). Natural miscarriage kalini, gugur dengan sendiri, so dr takde inject atau buat DnC. Selepas seminggu dr pakar check, rahim dh clear ( I guess kantung bayi dah takde). Tapi sehingga harini darah masih keluar walau tak byk (keluar hanya waktu kencing, dalam bentuk urat2 halus atau mcm lendir warna coklat kemerahan). Perlukah saya solat selepas 2 minggu dari hari pertama pendarahan bermula? Ini dah hari ke -20.

    1. salam,
      elok jumpa doktor untuk buat ultrasound melalui faraj untuk memastikan betul betul tiada tisu tertinggal. ultrasound biasa tak akan dapat melihat dengan jelas.

    2. Dr.. saya keguguran dlm 10mggu pada 27.7.22.. setelah dlm 30 hari darah sudah berhenti.. kemudian slps 1 mggu bersih darah keluar semula.. adakah ia darah haid atau darah disebabkan keguguran tersebut. Sekarang sudah lebih 15 hari darah keluar.

      1. Salam, ade kemungkinan darah haid kalau aliran merah. Elok jumpa doktor kalau ia masih tidak berhenti selepas 1 minggu

  17. salam Dr,
    last haid normal sy dtg pd 26.07.19
    sy kahwin awal ogos19,
    next estimate haid 24.08.19, tp tiada darah haid,
    darah dtg pada 31.08.19, sgt sedikit dan coklat2 selama 5 hari, yg mana on off and sedikit.
    sy cek UPT sebnyk 2x, faint line. jumpa dr, scan dr kata kosong. then assume tu drah period. tp after jumpa dr sy ade cek test 2x lg UPT pada 2 mggu berbeza, double line semakin ketara, paling latest, 13.09.19.
    but, pd 14.09.19, sy start keluar darah coklat sikit2. dan mula pagi 15.09.19, sy keluar darah yg bnyk, melebihi period2 normal sy. kebnykan darah tu ketulan dan ade yg mcm kain bentuknya.
    adakah sy keguguran?
    atau adakah period sy kecelaruan?
    jika sy cek dgn dr selepas darah habis, boleh kah dr detect sama ada sy keguguran atau normal period?
    bilakah waktu sesuai sy patut cek dgn dr.
    harini hari ke3 darah keluar dalam kuantiti yg agak bnyk.

    1. salam, kemungkinan besar puan keguguran dan terdapat tisu tertinggal didalam rahim puan, elok jumpa doktor pakar yang boleh buat ujian ultrasound melalui vagina untuk melihat dengan terang terdapat tisu tertinggal atau tidak didalam rahim. ultrasound biasa selalu gagal mengesan masalah sebegini. tisu tertinggal boleh menyebabkan jangkitan kuman dan boleh merosakan rahim puan.

  18. hi doc , dah gugur dan darah gugur masih belum berhenti , jika saya check menggunakan pregnant ctest , adakah masih diakatakan 2 line atau hamil ?

    1. memang ujian upt akan masih positif, beta HCG ( hormon hamil) ambil masa untuk hilang sepenuhnya sampai berminggu minggu pon ade

  19. Hi doc , sblm ni saya lewat haid 19 hari dan saya terus cek urin test hasilnya positif sebanyak 2 kali.. selepas beberapa hari sy kluar darah tapi darah tu mcm darah haid.. ada ketulan darah beku cuma 1 hari saja haid.. sy cek upt negative tngh hari selepas mnum air byk.. bkn waktu bgn tdur.. besok nya darah tu xda dah, cume warna coklat tompok mcm tu.. perlu kah sy cek upt semula? Adakah sy bunting pelanduk?

    1. mungkin chemical pregnancy aje tu

  20. Hi doc , nak tanya.
    Saya keguguran bulan 11 tahun lalu pendarahan Dlm 2minggu tu pun darah x bnyak , Tapi doc sampai sekrng tak Datang haid, sya slalu rasa pening , perut sya mmbesar , sakit pinggang, n slalu sakit bahagian rahim ? Maksud nya apa doc

    1. Elok jump doktor puan. Mungkin masih hamil atau ade cyst dan ketumbuhan lain, jump doktor untuk ultrasound

  21. Assalamualaikum Dr
    Pada 18/1/2023, saya mengalami keguguran usia kandungan 18minggu.
    Berapa lama darah nifas tu berhenti ya Dr? Sebab selepas gugur tu sehingga harini (21/2/2023) darah masih belum berhenti keluar. Adakah itu normal ya Dr?
    Selepas gugur tu, 2@3hari darah keluar banyak seperti seperti air paip. Kemudian, dlm 2minggu @ lebih keluar sikit je darah tak penuh pad. Lepas dari tu, keluar coklat2 sahaja. Lepas 3minggu @ lebih tu, keluar darah yang cepat sangat penuh pad. Dalam 3jam @ lebih dah penuh pad & kena tukar. Normal ke tu?

    1. Leps gugur ade buat dnc tak?

      1. Takde Dr.
        Perlu ke klinik semula ke untuk beritahu yg darah masih belum berhenti?

      2. Ye. Elok jumpa doktor untuk scan takut ade tisu tertinggal

      3. Atau pergi ke klinik scan untuk check dah habis keluar atau belum? Saya gugur haritu, gugur sendiri. Maaf banyak bertanya sbb 1st and young mom.

      4. Yes, jumpa pakar sakit puan atau ke hospital kerajaan, pergi ke jabatan kecemasan

  22. Assalamualaikum Dr…
    Saya 46 thn, akhir haid 25/12. Bulan 1 tak datang haid, tapi ada rasa mual, sakit kepala, pusing mata. Sekarang bulan 2 haid datang tapi dah seminggu masih banyak dan tiada tanda nak stop. Biasa haid saya 4/5 hari je. Ini haid biasa ke atau keguguran atau tanda awal monopus. Adakah umur macam saya ni masih boleh mengandung.

    1. Salam, pendarahan yang banyak pada usia lewat kerap dikaitkan dgn ketumbuhan pada rahim, elok jumpa doktor pakar. Pastikan tiada masalah serious

  23. Salam doktor. Sy nk tnya. Sy mengalami keguguran pada 13.1.2023. Darah keluar byk beberapa hari sahaja. pada 22 jan darah keluar byk berketul 23hb darah keluar mcm hujung2 period. Dari tarikh 13jan sehingga 19 mac. Sy kerap kali keluar darah. Tapi tidak ada rasa sakit lgsung. Dan darah kluar smggu berenti. Dan tidak byk. Kdg2 bila cek dgn cottonbud ada koko2. Dah lbh tmpoh nifas 60 hari. Sy dah solat seperti biasa cuma sy nk tnya ini normal atau tak doktor

    1. Sama sekali tidak normal eloklah jumpa doktor

      1. Hi..doctor..
        Umur saya 32…hamil 4 minggu…dah gugur
        Sudah 5 hari still period …normal ke…atau kena pergi klinik

      2. Elok pergi takut tisu tertinggal

  24. Hai doktor,

    Sy baru lps keguguran pd usia 7minggu.
    Sebelum ni pada hari ke 9 & 10 sy dah bersih Tp pada hari ke11 masih keluar coklat2 plk..adakah ini normal..biasanya bilakah akan benar2 bersih selepas keguguran? Dan bila kah blh bersama suami?

    1. Coklat tu biasa aje, boleh bersama kalau dah bersih sepenuhnya

      1. Maksudnya, masih keluar coklat mcmni dh blh bersama Suami ke Doktor?

      2. elok tunggu sehari lagi sblm bersama

  25. Hi Doktor

    Saya keguguran semasa usia kandungan 5 minggu 6 hari. Tapi dari 27/3 sehingga kini saya masih lagi bleeding. Sejak seminggu ni bleeding saya makin banyak & berketul². Kadang2 perut saya sakit & berdeyut². Adakah ini normal. Semasa keguguran saya dah ke hospital & doctor sahkan miscarriage complete.

    1. tidak normal samasekali. elok buat scan, mungkin kena cuci

  26. Salam Dr, nak tanya saya keguguran tanpa perlu dnc pada 27/4/23 (jatuh sendiri) dan pada 6/5/23 saya dah tak keluar darah. Adakah saya perlu terus berpantang makanan dan tak boleh bersama suami lagi sampai 44hari? Dan boleh kah saya usaha hamil sebelum tempoh 3bulan yang kebanyakan saranan hamil selepas keguguran?

    1. tak perlu berpantang, jika haid sudah bermula, bermaksud rahim anda sudah bersedia untuk hamil lagi

      1. Hello dr, pda 5/5/23 sy keguguran and d&c. Darah keluar mcm biasa lepas tu stop. Lepas 2 hari darah keluar lagi mcm haid tpi tidak teruk. Smpai skrg msih kluar darah on & off. Tpi sejak 2 hari ini (20-23/5) darah x mengalir ke pad tpi bila cek pkai cotton bud masih ada darah. Sudah cek ke klinik utk ultrasound, dr xda apa yg tertinggal, clear.

      2. kena buat vaginal ultrasound tu, elok jumpa pakar

  27. saya keguguran dan telah buat D&C pd 10/5/23.hari ini saya masih keluar darah warna koko dlm kuantiti sedikit.adakah ia normal? berapa lama tempoh darah selepas d n c ini ?adakah sama seperti bersalin?

  28. Assalamualaikum doc maaf nak bertanya, sy gugur pada 12/4 tempoh hari. Tanpa dnc kerana keluar seluruh nya kata doktor. Tapi sampai skrg 11/6 masih tidak datang period. Kalau bersama terasa sakit, dan penghadaman susah nak membuang kerana najis mengeras. Lain2 sy rasa kerap sakit kepala dan badan rasa nak tidur shj. Adakah normal atau mcm mana ya doc ?

    1. adik kena buat scan pastikan betul betul gugur atau tidak

      1. Tapi scan harituh last takde apa2 dah dalam rahim. Kebiasaan lepas gugur akan datang period bila ya?

  29. Avatar nur bayrisya fakhira
    nur bayrisya fakhira

    Slmt petang dr..sy d&c 3/6..masuk hr ke 5 tiba2 drh keluar banyak sampai hrini dh 10hr..xde demam..adakah normal darah masih keluar?

    1. kalau makin hari makin banyk elok jumpa doktor untuk scan, jumpa pakar tau bukan doktor biasa

      1. Avatar nur batrisya fakhira
        nur batrisya fakhira

        ye Dr sy plan nk pegi private clinic pakar o&g..darah bkurang sikit tp rsa gatal2 dibahagian vagina..sy tkt ada jangkitan.

      2. mungkin yis tu, elok pakai candid tablet 1 biji aje masuk dalam faraj

  30. Assalam dr Raja .sy nk tnya .sy gugur 17/6 & 28/6 dah complete miscarriage .sy pergi hospital dctr dah check vagina scan kata xde yg tertinggal & doctr kata tak perlu DC & rahim dah nipis selepas inject kecut rahim .tp next day darah sikit soft2 pink merah keluar .next day agak pekat darah merah tp tidak penuh satu pad .adakah itu masih darah nifas atau ada sisa yang tertinggal lagi . Ini 2nd pregnant sy .fist born Alhamdulillah normal bersalin.

    1. saya dah jawap pada topik sebelumnya

  31. Avatar Nor Afiqah Ghazalli
    Nor Afiqah Ghazalli

    Assalamualaikum dr. nak tanya. Saya gugur kandungan 7 minggu 22 hari pd 7/6 sehingga hari ni 6/7 still masih ada darah nifas. Adakah itu normal? Masih gugur dr cek ultrasound mmg kantung dah xad dan scan dari vagina pun dr cakap ketulan dah keluar dan x perlu di cuci. Saya pelik kenapa lama sangat nifas, adakah itu normal dr atau saya perlu kumpa dr?

    1. itu tak normal puan elok jumpa pakar, bukan doktor biasa

  32. Salam dr..sy last period 5/5..then mse kndungan 7w,sy pergi scan,tp kantung kosong.dan edd ckap baru 5w.doc ckap normal kalau beza dlm 2w kandungan.then lepas 2minggu sy dtg lg utk scan,pn sama.masih kosong..dlm mse 2minggu tu sy ada keluar spotting.tu pn kalau korek mase kencing..doc cakap sruh tunggu 2minggu lagi utk kantung keluar sendiri.kalau dlm masa 2minggu ni xkeluar,kena bt dnc..adakah sy perlu tunggu atau terus bt dnc sahaja?

    1. tunggu dulu sebagaimana yng disarankan

  33. salam doktor, nak tanya situasi sy.. waktu scan 7w jantung bby ada degup tp masa scan 10w degup dh takde, jd doktor kata missed miscariage dan suruh tunggu 2w lagi untuk tgk sama ada turun sendiri atau tak, ttbe hari ni sy ada kluar mcm keputihan coklat sikit jd perlu ke hosp atau terus tunggu cukup 2w tu ye doktor?

    1. tunggu appointment tapi kalau dah berdarah banyak, pergi hospital

  34. Hai Doktor Jue. Sy kguguran pada. 26 hb julai. Kandungan masok 2 bulan. Darah nifas cuma keluar 2 hari je. Lepas you cuma keluar spotting coklat sdikit sahaja..Normal ke mcm tu?

    1. normal , tapi kalau jadi heavy lepas beberapa hari jumpa doktor utk scan

      1. Terimakasih sbb response doktor. Stakat ni darah mmg dah xkeluar banyak. Sikit² je.

  35. Salam doktr. Saya gugur 27/6. 22/7 saya mengalami period yg sikit , tapi 2 hari ni sya mngalami period yg bnyak dan darah yg kemerehan adakah itu normal? Sbb sblum 22hb tu cuma ada lendir dan kucoklatan sahaja yg keluar slepas 2minggu ggur.

    1. mungkin puan dah haid

  36. Saya mengalami gugur masa kandungan 12weeks

    1. kalau dah keluar semua masa gugur tu mungkin darah haid tu

  37. Hai doktor Sya nak tnya , saya keguguran 13/7 dalam usia kandungan 5week , tapi pendarahan Sya start 13/7 hingga 9/8 masih keluar, darah hanya seperti darah hujung haid , kdg2 hri ada kdg2 hri xdak, drh tu bercampur dgn lendir keputihan, perlu ka Sya berjumpa doktor atau BT scan?

    1. kena jumpa buat scan make sure semua dah keluar

  38. Avatar Nor Adilah Mohamad Puzi
    Nor Adilah Mohamad Puzi

    Salam doc, saya miscarriage 25/07/2023 secara natural pada week 13. Dan doctor pun dah scan n sahkan smua dah okay n x perlu cuci rahim. Ada bg suntikan utk cairkan darah jgk. Mula2 darah nifas byk minggu 1, pastu coklat n merah sket2 shj. Masalahnya dia spotting sket n on off. Kdg2 1-2 hari x da apa2, lpstu ada spotting blik, tp sket je la. Normal kah? Apa patut buat? Ada cara x utk clearkan smua?

    1. kena buat scan sekali lagi sebb mungkin ada tertinggal tu, jumpa doktor lain untuk second opinion

  39. Salam Doktor, saya miscarriage 7w (19/8/23) start bleeding since 12/8/23, saya complete miscarriage, checkup dengan pakar o&g kerajaan pada (21/8/2023) dapat injection kecut rahim, pada (25/8/2023) darah coklat mula turun dan kuantiti dah makin sikit, tapi dua hari lepasnya sampai ke hari ini (28/8/2023) darah tiba tiba jadi banyak macam darah haid, adakah normal doktor? *sakit masih remain sampai hari ini

    1. mungkin ada tertinggal banyak, elok jumpa balik doktor untuk scan

  40. Salam Dr, sy pregnant 10 week.. ada bleeding .. masa scan Dr. ckp heartbeat masih ada, bekalkn ubt dusphaston n tunggu 2 week lagi untuk repeat scan.. dlm tempoh nak tggu repeat scan tu hari2 masih ada turun darah beku, ketulan kecil2, darah merah, kadang2 coklat pekat..( tiada kantung kelihatan)..tiada sebarang tanda sakit.. ( skrg 10 week 5 hr) spttnya jmpa Dr. masa 12 week .. jd, ptut ke sy jumpa Dr. lebih awal dr tarikh yg diberi/ tggu shj ckup 12 week utk repeat scan?

    1. elok jumpa awal kalau keluar tak berhenti

  41. Salam dr.. sy keguguran pd 27/7 kandungan 14w4d dan ada cervical erosion.. selepas keguguran dr sdh scan dan memklumkan sudah clear dan tidak perlu dnc.. 18/8 drh nifas stop dan kluar smula darah pd 24/8 sehgga hri ni (44hri) selepas kguguran.. kdg drh fresh kdg cokelat.. mohon pandangan dr..

    1. ada kemungkinan tisu keguguran masih terlekat kat Rahim elok jumpa doctor

  42. Assalamualaikum doc . Saya keguguran pada usia kandungan 5 weeks . Sehingga ke hari ini pada hari ke 13 , saya masih lagi keluar darah . Tapi bukan dalam kuantiti yg banyak . Setiap hari sikit2 saja . Kadang , hanya tompokan , kadang bila mandi terkeluar sikit darah yg pekat . Adakah itu normal darah nifas doc ? Perlu kan saya buat dnc ?

    1. kalau darah TU Masih merah elok jumpa doktor sbb sepaotutnya dah light brown

  43. Sy keguguran kandungan 6 minggu pada 26/9 sy sdh lebih 40 hari nifas dlm hari ke 39/40 drh sy mula nk kering tp hari ke 42 drh sy mula keluar dgn bnyk semula adkah normal? Drh yg keluar lpd hri ke 42 tu period biasa ke?

    1. itu mungkin darah haid tu, tunggu dulu, kalau masih tak berhenti jumpa doktor untuk scam

  44. Saya nak tanya , saya gugur 8/11/2023 usia kandungan saya baru 6 minggu .. 8hb dan 9hb ada keluar lepas tu dh stop .. 13/11/2023 saya keluar darah lagi mcm period .. Adakah ini normal ? Saya masih keluar darah nifas atau dah period ye ?

    1. tak normal , elok puan jumpa doktor mungkin tertinggal tisu

      1. okay baikk , terima kasih .. kebetulan saya ada appointment 17hb ni utk scan kandungan semula .. nanti saya refer doc tersebut .

  45. Salam doc, pada pagi 4/9 sya rasa bawah prut sakit sgt smpai ke lubang dubur. Sehingga sya tdk dpt bgn, duduk, berjalan. Pada mlm nya, keluar bercak berwarna coklat. 2 minggu sterusnya, keluar pula seperti kantung bayi sbelah pagi dan juga sbelah petang (2 kali keluar pada hari yg sma) darah sya keluar on off sikit2 smpai lah bulan ini. Tpi beberapa hari ni darah sya sdh tidak keluar. Ada kah darah nifas sya sdh berhenti?

    1. tidak semesti tapi sekirnaya ia berhenti bermaksud ia kira bagus, kalau lepas tu bleeding balik dalam keuantiti sedikit ia normal

  46. salam Doc..saya ada buat D&C pada 13 Desember (kandungan 13 minggu)..sekarang darah light coklat n x banyak, konsisten sampai harini (dah 23 hari)..adakah normal? Berapa lama darah selepas D&C..thank u in advance doktor..

    1. kalau dah lebih 23 hari elok jumpa doktor untuk scan- agak lama tu

  47. Salam doc, saya complete miscarriage pada 2/1/2025, selepas 14 hari keluar lendir kuning dan coklat sedikit. Adakah saya nak start ovulasi semula? Bila saya boleh ttc semula?

    1. ovulasi selalunya terjadi 4-6 minggu selepas cuci- tapi kalau tak cuci mungkin ambil masa sikit

      1. Salam doc, saya baru saja keguguran pada 2/1/2025..dua minggu kemudian darah sudah kering. Dan saya start ujian opk setiap hari untuk cari hari subur, selepas jumpa waktu subur 4 hari kemudian period..kenapa opk positif dan dpo 4 saya sudah period? Bukan kah selepas waktu subur dpo14 baru akan turun darah period..

      2. dpo tu saya tak tahu maksud

  48. hai dr, pada 27/1 saya ada darah keluar sehingga 8/2 dan ada 1 hari keluar ketulan darah mcm hati ayam kemudian saya stop darah 8/2 dan pergi buat veginana scan dan dr pon ckp saya gugur dan dinding rahim pon dah nipis kemudian seminggu saya dah bersih. tiba tiba 16/2 darah keluar semula kenapa yer dan petang petang sakit dekat perut dan pinggang. saya kena pergi scan lagi ke? atau tu effect selepas gugur? thank you dr

    1. kena pergi scan lagi– pasti tiada yg tertinggal – mungkin juga sebb jangkitan kuman–jumpa doktor

  49. salam doc. Sy confirm miscarriage wk9. Start bleeding lightly brownish with lendir putih.after 12 days , blood makin merah tapi x la heavy sgt. Now at 14days. Nifas ke istihadah? Bleh solat ke?

    1. kena jumpa doktor untuk pemeriksaan faraj dan ultrasound- itu darah nifas tu memang tak leh solat

  50. sayabaru lepas ggur 2hari lepas,tanpa pergi checkup pagi saya bangun ada ketulan darah slepas itu bersertai dengan air lendiran coklat,dn blnsung shinga smlm darah berwrna cklat kluar dgn aggaran sikit itu normal atau tidak

    1. agak normal- tapi kalau keluar ketulan besar- jumpa doktor

      1. Assalamualaikum.. Dr, Sy keguguran masa kandungan 11 mggu pada 27/3/2025.. pergi ke hospital govt, doktor scan kata dh keluar sepenuhnya n Sy dicucuk ubat kecut sebab bleeding sgt bnyk…tapi sehingga hari ini 13/5/2025, Sy masih keluar lendir berdarah (kadang2 coklat kadang2 merah).. dan Sy mula sakit perut n pinggang bbrp hari ni.. Sy dh ke hospital swasta smlm (12/5/2025) utk check semula.. doktor scan perut kata dh clear.. dia cuma bg antibiotik.. tapi hari ni masih keluar lendir spt yg sy cakap td tu n masih sakit.. normal ke doktor..

      2. tak normal tu- elok dapatksn 2nd opinion

Tinggalkan komen