Berapa Lama Saya Akan Berdarah Selepas Keguguran?

keguguran

Bergantung kepada usia kandungan semasa anda keguguran. Sekiranya anda gugur pada kandungan 5-7 minggu, darah nifas mungkin berhenti selepas 5-10 hari.

Jika keguguran berlaku pada usia 8-12 minggu pendarahan mungkin berlaku dalam 10 hingga 20 hari.

Kalau keguguran terjadi pada trimester ke 2, dijangkakan darah nifas  akan kering sepenuhnya selepas 4 minggu.

Pendarahan selalunya tidak banyak cuma seperti aliran haid pada hari hari terakhir dan ia menjadi semakin ringan selepas beberapa hari kemudian. Ada yang disertai dengan rasa senak atau tidak selesa pada perut tetapi ia tidak lama dan akan hilang dengan sendiri.

Darah selalunya akan bertukar menjadi warna kelabu dan akhir berhenti dengan sendiri.

Pada segelintir wanita, darah nifas mungkin berhenti secara tiba tiba dan datang semula pada beberapa hari kemudian, jangan risau ia normal.

Sekiranya darah menjadi semakin banyak dan berketul dan/atau disertai dengan sakit yang ketara atau demam, ia mungkin tanda jangkitan kuman pada rahim. Jumpa doktor anda dengan segera.

154 respons kepada “Berapa Lama Saya Akan Berdarah Selepas Keguguran?”

  1. Salam Doc,

    Saya lewat period 4 hari dan tiba keluar ketulan darah pada 21/5. Belarutan selama 4 hari dan kering. Kemudian pada hari ke 8 (28/5) saya test upt positive samar. Saya dah pergi klinik scan, doc confirm empty uterus dan chemical pregnancy (early miscarriage). Tapi pada 2/6 saya kembali ada bleeding darah segar & test upt masih ada faint positive line. Adakah ini normal?

    1. puan , kena buat beta hcg-‘tengok berapa banyak tahap tu, alternative atau cara lain – rpt ujian upt selepas 2 minggu lagi

  2. assalamualaikum doc. Sy gugur pd 1/6(gugur 6w). Dan darah mula kering dlm 5 hari cuma ada tompokan coklat2 dan lendiran sehingga 13/6. 15/6 sehingga skrg keluar darah seperti period. Adakah ia normal? Dan darah itu adakah drah period?

    1. tidak- jimpa doktor untuk scan

  3. salam nk tnya sy gugur 5 bulan dan dah buat d&c 31/10 haritu. skrg ni darah dah tk banyak dkt pad tapi bila kencing keluar mcm lendir wrna merah . kdng2 ade masa banyak ade masa sikit . knp ye

    1. jumpa doktor dik- mungkin tertinggal
      banyak lagi dalam rahim

  4. Assalamu’alaikum doktor, saya mengandung 2 bulan tapi doktor scan kandungan tidak berkembang seperti 2 bulan dan selepas tu saya threatend misscarriage doktor scan kandungan seperti 6 minggu. Pendarahan berlaku selama 3 bulan. Dan berhenti pendarahan selama 7 hari. Kemudian keluar darah semula pada hari ke 8, darah warna merah pekat, berlendir dan ada sakit ngilu bawah perut. Macam mana dengan keadaan ni?

    1. salam- dah lama sgt tu elok jumpa doktor pakar atau kat hospital berdekatan- kira tak normal

Tinggalkan komen