Menangguhkan Haid Dengan Pil Perancang

pil-perancang.jpgAnda mungkin ingin menangguhkan haid anda kerana sebab-sebab tertentu seperti anda mahu bercuti, bakal berkahwin atau berbulan madu. Ramai juga yang ingin melambatkan haid mereka kerana ingin menunaikan haji atau umrah.

Bagi pelajar, mereka mungkin ingin menangguhkan haid mereka untuk menjalani peperiksaan besar kerana masalah senggugut yang mungkin boleh mengganggu konsentrasi semasa menjawab soalan ujian.

Tahukah anda pil perancang keluarga boleh menangguhkan kedatangan haid anda dengan mudah?

Bagaimanakah ia berfungsi?

Pil perancang dibuat untuk meniru kitaran haid semula jadi. Setiap peket mengandungi samada 21 pil atau 28 pil. Bagi pil perancang yang mengandungi 21 pil, pendarahan akan berlaku 2 hingga 3 hari selepas dos terakhir.

Ini adalah tindak balas badan anda selepas pemakanan hormon diberhentikan. Jika anda memulakan peket yang baru serta merta selepas dos terakhir (peket lama), haid anda tidak akan datang.

Bagi pil perancang yang mengandungi 28 pil, makan pil seperti biasa untuk 21 hari dan mulakan pek baru pada hari ke 22, kerana 7 pil terakhir tidak mengandungi hormon.

Untuk tidak mengelirukan anda, eloklah memilih pek yang mengandungi 21 pil sahaja seperti Marvelon, Mercilon, Yasmin atau Diane 35.

Mulakan tablet pertama pada hari pertama haid anda dan teruskan makan sehinggalah anda bersedia menerima kedatangan haid anda kembali.

Apakah kesan sampingan dari melambatkan haid ini?

Kesan sampingan sangat kecil jika anda merancang untuk menangguhkan haid anda untuk sebulan dua tetapi sekiranya anda ingin menangguhkan dalam masa yang lama mungkin anda mengalami sedikit pendarahan sekali-sekala semasa pemakaian.

Walau bagaimanapun, tidak semua wanita sesuai untuk memakan pil perancang, jadi dapatkan nasihat doktor anda dahulu sebelum anda bercadang menangguhkan haid anda.

3 responses to “Menangguhkan Haid Dengan Pil Perancang”

  1. Hari ke3 period bole makan ke pil perancang utk tahan haid sebab ada aktiviti lasak dan snorkelling berkesan ke kalo hri ke3 mkn pil perancang utk tangguh haid???

    1. makan transamin 2 caps tds for 5 days

    2. kalau puan dah period, memang tak boleh tahan lagi, tapi kita boleh kurangkan pendarahn faraj tu

Tinggalkan komen