Kesan Sampingan Pil Perancang Yang Anda Perlu Tahu

pil-perancang

Pil Perancang merupakan salah satu kaedah perancang keluarga yang popular dan ia selamat digunakan oleh kebanyakkan wanita yang ingin menjarakkan kehamilan mereka.

Walaupun kebanyakkan wanita yang mengambil Pil Perancang tidak mengalami sebarang kesan sampingan sama sekali, ia tidak semestinya tiada risiko. Teruskan membaca “Kesan Sampingan Pil Perancang Yang Anda Perlu Tahu”

Menangguhkan Haid Dengan Pil Perancang

pil-perancang.jpgAnda mungkin ingin menangguhkan haid anda kerana sebab-sebab tertentu seperti anda mahu bercuti, bakal berkahwin atau berbulan madu. Ramai juga yang ingin melambatkan haid mereka kerana ingin menunaikan haji atau umrah.

Bagi pelajar, mereka mungkin ingin menangguhkan haid mereka untuk menjalani peperiksaan besar kerana masalah senggugut yang mungkin boleh mengganggu konsentrasi semasa menjawab soalan ujian. Teruskan membaca “Menangguhkan Haid Dengan Pil Perancang”

Pil Perancang dan Risiko di Awal Kehamilan

pilSoalan: Adakah pil perancang boleh menyebabkan kecacatan janin jika diambil semasa awal kehamilan?

Jawapan:

Setakat ini tiada bukti yang kukuh untuk menunjukkan pil perancang yang diambil secara tidak sengaja semasa awal kehamilan meningkatkan risiko kecacatan janin.

Satu kajian dalam tahun 2009 menyarankan bahawa terdapat peningkatan risiko kearah bayi kurang berat badan dan juga kelahiran pra-matang. Ia juga secara teori dikaitkan dengan masalah tumbesaran organ seksual janin perempuan tetapi setakat ini tiada bukti yang kukuh secara klinikal yang mengaitkan pil perancang dengan komplikasi-komplikasi diatas. Teruskan membaca “Pil Perancang dan Risiko di Awal Kehamilan”