Keputihan Bercampur Darah

spotting-kecil

Soalan

Saya berusia 35 tahun dan sudah berkahwin selama 10 tahun. Sejak 3 minggu lepas terdapat darah pada keputihan saya. Ia berterusan sehingga hari ini. Ia tidak berbau dan tidak gatal. Saya sihat dan tidak mempunyai sebarang masalah perubatan lain.

Adakah ia serius? Perlukah saya jumpa doktor?

Jawapan:

Sebarang pendarahan tidak normal perlu disiasat dengan teliti. Walaupun pendarahan tersebut tidak banyak dan cuma tercalit pada panti anda, ia jangan dipandang ringan kerana banyak masalah serius pada sistem peranakan bermula dari pendarahan kecil yang tidak normal.

Punca keputihan berdarah yang paling ditakuti ialah Kanser Pangkal Rahim. Sebab-sebab lain termasuk jangkitan kuman, polip dan kehamilan.

Jumpa doktor anda hari ini untuk pemeriksaan faraj, ujian ultrasounds dan ujian pap untuk memastikan ia bukan masalah serius.

 

Advertisements

2 thoughts on “Keputihan Bercampur Darah

  1. Fara Disember 1, 2017 / 1:22 pm

    Saya mengalami keguguran sebelum ni.. Selepas itu.. Setiap kali sy bersama suami.. Akan keluar lendiran darah..apakah puncanya dan cara utk ubati?

    • drju Disember 5, 2017 / 8:23 am

      punca uma boleh diketahui dengan pemeriksaan faraj, ia mungkin serius. jumpa doktr hari ini

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s