Risiko Berat Badan Berlebihan Semasa Hamil

wanita-gemuk

Ramai wanita hamil berpendapat kenaikan berat badan berlebihan semasa hamil adalah normal dan perlu untuk tumbesaran bayi. Bagaimanapun berat badan wanita berbeza-beza sebelum hamil.

Jadi sekiranya wanita sudah berbadan besar sebelum kehamilan, kenaikan berat badan yang berlebihan boleh memberikan kemudaratan kepada ibu dan juga bayi dalam kandungan.

Mengikut kajian, 47 peratus wanita mengalami kenaikan berat badan yang keterlaluan dan terlalu berat semasa hamil boleh membawa kepada komplikasi berikut:

  • Keputusan Ultrasound Menjadi Tidak Tepat

Doktor sukar untuk memantau tumbesaran dan keadaan bayi disebabkan lemak yang tebal. Keputusan Ultrasound menjadi tidak tepat dan salah diagnosis terhadap masalah serius boleh berlaku.

  • Pengalaman Hamil Yang Tidak Menyenangkan

Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan mengalami lebih rasa kepenatan semasa hamil, pedih ulu hati, kekejangan betis dan buasir. Proses bersalin juga menjadi rumit dan lebih berisko tinggi.

  • Tekanan Darah Tinggi

Wanita berbadan besar dilapurkan lebih berisiko untuk mengalami darah tinggi semasa hamil terutama selepas trimester ke dua.

  • Preeclampsia

Ia adalah masalah perubatan serius yang boleh memberikan kerosakan kepada buah pinggang dan hati. Ia juga dikaitkan dengan pertumbuhan bayi terbantut dalam rahim.

  • Kencing Manis

Risiko mendapat kencing manis menjadi berganda apabila wanita mempunyai berat badan berlebihan.

  • Perlu Untuk C Seksyen

Mempunyai badan besar memberikan wanita risiko untuk mendapat bayi yang besar. Ini boleh meninggikan risiko bersalin melalui pembedahan cesarean.

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: