Saat kehamilan mungkin merupakan saat yang paling gembira dalam kehidupan seseorang wanita. Tetapi tidak ramai wanita bersedia dengan perubahan yang bakal dihadapi kerana ia berbeza bagi setiap wanita.
Mengetahui apa mungkin terjadi semasa kehamilan mungkin akan mengurangkan kerisauan dan membantu anda untuk bersedia pada bulan-bulan yang akan datang.
Berikut adalah beberapa perubahan yang anda mungkin bakal alami semasa hamil.
Pendarahan Faraj
Kira-kira 25 peratus wanita hamil mengalami sedikit pendarahan semasa trimester pertama mereka. Ia mungkin terjadi dari hasil implantasi pada rahim. Walau bagaimanapun pendarahan yang banyak dan disertai sakit pada perut merupakan tanda serius yang bermungkinan tanda kehamilan di luar rahim.
Sakit Payudara
Ia sangat kerap terjadi disebabkan kelenjar susu membengkak sebagai persiapan untuk menghasilkan susu. Sekiranya ia memberikan ketidakselesaan yang ketara, tukar saiz bra anda kepada cup yang lebih besar.
Sembelit
Semasa hamil, hormon progesteron membuatkan usus menjadi tidak aktif dan ini boleh menyebabkan anda sembelit. Anda juga akan kerap terasa kembung disebabkan peristalsi yang menjadi perlahan. Minum air secukupnya dan amalkan makanan yang mempunyai banyak fiber. Buat senaman ringkas seperti berjalan setiap hari.
Keluar Keputihan
Keputihan menjadi lebih ketara dan kelihatan jernih seperti telur putih. Ia mungkin boleh membuatkan anda tidak selesa. Tukar seluar dalam dengan lebih kerap. Elak dari memakai pantiliner kerana ia boleh menggalakkan lebih rembesan keputihan. Sekiranya ia menjadi lebih busuk dan berwarna kuning kehijauan, elok jumpa doktor kerana ia tanda jangkitan kuman.
Keletihan Berpanjangan
Badan anda menjadi semakin berat akibat bayi yang semakin membesar. Anda menghadapi kesukaran untuk bergerak dan melakukan kerja harian disebabkan beban yang semakin besar. Akibatnya anda menjadi cepat letih. Pastikan anda mendapat tidur dan rehat yang secukupnya.
Kurang Selera Makan.
Kehamilan juga boleh menyebabkan kekurangan selera makan terutama pada awal kehamilan. Ia juga dikaitkan dengan rasa loya dan muntah.
Kerap Membuang Air Kecil.
Rahim yang semakin membesar memberikan tekanan pada pundi kencing menyebabkan anda kerap ke tandas, terutama pada kehamilan 3 bulan.
Sakit Ulu hati
Semasa hamil, rembesan hormon dari placenta menyebabkan otot usus dan esofagus menjadi longgar. Ini menyebabkan asid dari perut refluk ke dalam esofagus dan ini boleh memberikan sakit pada ulu hati. Elak dari memakan makanan pedas dan berminyak. Makan dengan kerap dalam kuantiti sedikit. Tidur dengan bantal yang lebih tinggi.
Perubahan Emosi
Kepenatan yang berpanjangan kesan perubahan hormon boleh membuatkan anda lebih beremosi dari biasa. Perasaan gembira mungkin berselang-seli dengan rasa sedih dengan tiba-tiba. Sentiasa berkomunikasi dengan suami dan sanak saudara supaya emosi anda lebih terkawal.
Rasa Loya Berpanjangan.
Loya adalah kesan sampingan kehamilan yang terjadi pada 85 peratus wanita hamil. Ia lebih teruk pada sebelah pagi, selalunya akan berkurangan di petang hari. Ia mungkin disertai dengan muntah. Kurangkan rasa loya dengan meminum jus halia atau buah-buahan seperti oren atau epal. Elak makanan berminyak dan pedas.
Pertambahan Berat Badan Berlebihan
Berat badan dijangka naik dengan cepat disebabkan rahim yang semakin membesar. Ia juga disebabkan badan anda menyimpan lebih air. Makan makanan yang seimbang dan lebihkan serat dalam diet anda.
dr ..can i ask some question..about misscariage
boleh
Assalamualaikum..umur saya 39tahun..saya mengambil ubat folic acid sudah 3minggu..untuk hamil..tetapi masuk minggu ke tiga payudara terasa sakit..dibahagian puting..apabila saya cuba picit keluar air..adakah ini tanda tanda mahu hamil..
Terima kasih
Saya berharap puan dapat reply sms ni
kalau puan sudah berusia 39 tahun elok jumpa doktor dan buat pemeriksaan untuk pastikan puan sihat dan tiada halangan untuk hamil. tanda puting keluar air tidak spesifik dan boleh berlaku pada mereka yang tidak hamil juga.
Assalam doctor. Saya mengandung 5 minggu dan baru2 ni terdapat tompokan darah berwarna merah kecoklatan. Ia tidak melekat pada panties tapi bila saya lap? Tomookan darah tersebut akan melekat di tisu. Ia dalam kuantiti yg sgt sedikit tapi berlangsung selama 3 hari tanpa sakit perut. Adakah pendarahan ini normal? Macam mana nak tahu pendarahan ini tidak mengganggu kandungan saya?
https://alamhamilblog.com/2017/12/25/pendarahan-semasa-awal-hamil/