Haid anda lambat habis, adakah ia sesuatu yang anda perlu risau?

darah-pada-sanitari.jpg

Haid yang lambat habis mungkin agak normal pada sesetengah wanita tetapi ia boleh menunjukkan masalah yang serius bagi wanita yang lain.

Pendarahan haid yang berpanjangan melangkaui 10 hari dianggap sesuatu yang tidak normal dan perlu diberikan perhatian. Sekiranya ia disertai dengan ketulan darah yang besar, ia sudah dianggap serius.

Punca Darah Haid Berpanjangan

  • Fibroid
  • Polip Rahim
  • Hiperplasia endometrium
  • Masalah Tiroid
  • Sista ovari
  • Kanser Rahim dan kanser Pangkal Rahim
  • Tiada Ovulasi (PCOS)
  • Pemakaian IUCD

Bergantung kepada umur anda, doktor anda mungkin menguji darah anda untuk mengetahui tahap hormon anda. Ujian dan prosedur diagnostik lain termasuk ujian pap, Ultrasound 3D vagina, hysteroscopy, dan biopsi.

Jumpa doktor anda hari ini

 

 

25 thoughts on “Haid anda lambat habis, adakah ia sesuatu yang anda perlu risau?”

  1. Assalamualaikum. Doktor, saya nak tanya. Minum air lemon ketika haid, adakah ia memberi kesan apa apa pada kitaran haid itu? Sebab kawan saya ada melarang saya minum air lemon ketika haid, katanya dapat memutuskan kitaran haid secara cepat. Betul ke doc?

    1. tidak betul sama sekali, lemon baik untuk kesihatan dan tidak menyebabkan keseimbangan hormon yg menjurus kepada haid tidak normal

  2. Salam.. Sy mengalami masalah haid lama jugak.. Paling lama 45 hari.. Baru ni sy ada buat ujian kehamilan guna pregnancy test 2 kali.. Kali pertama test pukul 10 mlm.. Keputusan dia naik 1 line ja klu tgok secara kasar..tp bila sy letak cahaya nmpk bayang line kedua.. Test plak kali kedua sehari selepas tu waktu pg lps bangun tidur.. Tp nek 1 line je.. Xda bayang mcm yg 1st tu.. Alat tu dr tmpt yg berlainan.. So mcm mana ya doktor?

  3. Saya ingin bertanya, adakah jika haid lambat dtg menandakan tidak normal? Sbb sy msh blm dtg haid yg sudah msuk 2bulan. Tetapi sy msh mengalami sengugut atau mana mana simptoms yg normal yg lain seperti akn tibanya haid. Wlupn sudah check UPT. Ianya negatif.

  4. Salam nk tnya sya mengalami masalah period melebihi 8 hari tp masa pkai pad darah x turun…setelah ckup 8 hr …hr nieh darah turun cikit dengan sakit perut yg amat sakit ..apa patut saya buat doktor…sya sekadar bertanya nk pendapat jaaa*

  5. Assalamualaikum
    saya mengalami period dari 12/3/18 sampai sekarang tak berhenti. semua klinik sudah pergi.. dan doktor ada beri ubat untuk berhentikan darah. Tetapi darah masih ade sampai sekarang. Last period saya 28/1/18

      1. sy sudah 42 tahun dan mempunya anak 3 orang. sebelum ni haid saya normal 4-5 hari sudah kering. skrg saya mengalami haid lebih dr 2 mggu. sebelum dtg haid, kiraan lambat dlm smggu. sy pun minum air nenas. selang 2hari sy dtg haid. darah berketul2. sehingga hari ke 10 ketulan berkurangan tp sehingga 2mggu tidak menunjukkan ke kurang darah. perlukan saya memakan pil untuk hentikan darah haid?

      2. elok puan jumpa doktor untuk pastikan tiada masalah pada rahim, ketumbuhan dan kanser boleh memberikan tanda yang sama, jumpa doktor secepat mungkin.

  6. Assalamualaikum

    Saya mengalami period ‘ekor’ yang agak panjang kali ini. Selalunya 3 hari heavy, 5 hari ekor dan stop bila keluar white discharg appear. For this time, 3 hari heavy, 7 hari ekor (today) masih ada brown/marron spot. Saya dh buat pap smear setiap tahun di klinik kerajaan dan semua ok. 1st day period saya 14hb Mei 2018.

    1. salam…mungkin puan ada polip – elok jumpa doktor pakar, dalam kes seperti puan saya selalunya akan cadangkan hysteroscopy

  7. assalammualaikum dokter, sya berumur 20 tahun tapi haid lambat habis dan berbulan-bulan x habis mcm mna nak atasi nyerr dokter??

  8. As Salam Doktor… Period saya dah melebihi 2 minggu… Isnin lepas saya dah pergi jumpa pakar sakit puan.. doktor scan semuanya ok… doktor bagi ubat untuk stop darah… saya makan sampai habis.. sabtu darah dah stop.. hari ni tetiba darah turun lg tapi hanya setitik sahaja berwarna merah gelap… adakah saya perlu berjumpa doktor sekali lagi atau biarkan sahaja.

    1. salam, saya sarankan prosedur hysteroscopy kerana tidak semua ultrasound tidak boleh mengesan ketumbuhan kecil dalam rahim.

  9. assalammualaikum doktor,sy mengalami masalah period yang tidak teratur…period sy dlm 36 hari dye baru nak period…tp pd awalnyen darah yg keluar hnye sikit sahaja…tetapi hari yg ke5 darah sy kuar agk byk…adakah sy mengalami masalah2 dlmn wanita

    1. salam kalau flow tidak melebihi 10 hari consider ok tap elok jumpa doktor untuk pastikan tiada fibroid dan sebagainya

  10. salam dr ju . sy berusia 31 tahun nie belum berkahwin . nie 1st time period yang amat2 sakit perut . bulan lepas datang pada tarikh selalu tapi stop 2hari then period dtg lagi sudah 14hari . dah pergi jumpa byk doktor dan makan ubat tapi sampai ke hari ini still lagi sakit darah keluar normal x byk x sikit merah jaa . dktr cakap perubahan hormon , tapi memg sakit macam nie ke ? muka sampai pucat da kejap sakit kejap ok . patut tak saya makan ubat untuk stop period sebab saya nak travel lagi 3hari 😌

    1. Sakit yg terok boleh berpunca pada masalah serious seperti ketumbuhan pada rahim atau endometriosis. Elok jumpa pakr sakit puan bukan doktor biasa

  11. salam dr ju, tempoh haid saya selalunya 8 hari sahaja..tapi kali pertama haid saya still ada brown spot sahaja sehingga harini (hari ke 12)..tapi lately ni mmg saya trlalu letih dgn kerja dan tak sihat..adakah sbb hormon ya?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: