Kenapa Saya Terkencing Apabila Bersin?

terkencing

Terkencing apabila bersin adalah perkara yang kerap terjadi di kalangan wanita. Sekiranya anda mengalami masalah yang sama, anda tidak keseorangan.

Mereka yang berisiko termasuk wanita yang berbadan gemuk, pernah hamil berulang kali, mempunyai masalah sembelit, wanita menopos dan mereka yang pernah menjalani pembedahan pelvis. 

Keadaan ini boleh menjejas kehidupan sosial di samping menjejaskan kerja harian anda,

Punca

Tidak dapat mengawal pundi kencing apabila bersin yang juga dipanggil ‘stress incontinence’ dalam bahasa inggeris terjadi apabila otot pada pundi kencing anda menjadi longgar dan senang bocor.

Ini disebabkan oleh otot pelvis yang lemah tidak dapat lagi menyokong kedudukan pundi kencing menyebabkan ia turun dan aliran air kencing tidak lagi terkawal.

Ia juga boleh disebabkan oleh kerosakan pada saraf akibat pembedahan, terlalu kerap melahirkan anak dan mereka yang mengalami masalah kencing manis yang tidak terkawal.

Rawatan

Menukar Cara Hidup

Kurangkan minuman berkafin kerana ia boleh menyebabkan anda kerap kecing. Hentikan merokok, kurangkan berat badan dan kawal kencing manis anda.

Sekiranya anda kerap sembelit, amalkan makanan berserat dan jumpa doktor untuk mempastikan punca sembelit anda.

Senaman Kegel

Otot pelvis memainkan peranan yang besar menyokong pundi kencing. Sekiranya ia lemah, anda akan sukar menahan air kencing. Buat senaman Kegel setiap hari dan anda akan mendapati keberkesanannya dalam masa beberapa minggu.

Fisioterapi

Sekiranya senaman Kegel tidak cukup untuk menguatkan otot anda, doktor mungkin akan menyarankan rawatan Fisioterapi untuk membantu anda. Terdapat beberapa teknik Fisioterapi terbaru yang boleh anda amalkan.

Ubat-ubatan

Bagi wanita yang sudah menopos, krim estrogen mungkin berkesan untuk sesetengah orang terutama mereka yang mengalami masalah inkontinen yang ringan sahaja.

Pembedahan

Sekiranya anda terkencing sepanjang masa dan gagal mengawal 100% aliran kencing, doktor mungkin akan menyarankan pembedahan untuk anda. Pembedahan yang sering dilakukan termasuk pembedahan Sling, Tape dan colposuspension. Perlu diingatkan semua pembedahan ini tidak sesuai untuk semua orang dan mempunyai risiko-risiko yang tersendiri.

Rawatan Laser

Rawatan Laser merupakan teknik terbaru yang disarankan kepada mereka yang mengalami inkontinen ringan dan sederhana. Ia boleh dijalankan sebagai rawatan pesakit luar di mana anda boleh pulang pada hari yang sama.

Rawatan mengambil masa antara 20 hingga 30 minit, tidak menyakitkan dan tidak memerlukan sebarang ubat bius. Pancaran Laser menguatkan otot pelvis yang lemah dan mengetatkan otot faraj dalam masa yang sama.

Ini memberikan kebaikan kepada mereka yang mengalami masalah faraj yang sudah longgar dan memperbaiki hubungan kelamin anda.

Bincang dengan doktor anda hari ini

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: