Anda telah selamat melahirkan dan sudah tamat tempoh berpantang. Secara fizikalnya anda telah kembali normal dan menjalani kehidupan sebagaimana sebelum anda hamil. Bagaimanapun apabila melakukan hubungan seks, ia amat menyakitkan.
Tidak ramai wanita ingin berbincang tentang masalah ini kerana ia dianggap ‘taboo’ tetapi ramai yang tertanya-tanya mengapa ia terjadi atau apakah penyebab kepada masalah ini.
Berikut adalah antara sebab utama kenapa wanita mengalami kesakitan semasa melakukan hubungan seks selepas bersalin:
Faraj anda belum sembuh sepenuhnya
Semasa kelahiran faraj meregang dengan kuat dan luka menjadi lebih serius apabila ia disertai dengan prosedur seperti episiotomi, vakum dan forsep. Secara kasar, faraj akan sembuh sepenuhnya selepas 6 minggu tetapi jika luka lebih besar ia mungkin mengambil masa yang lebih lama.
Liang faraj lebih sempit
Jahitan yang tidak rata atau luka tercantum pada tempat yang tidak sepatutnya boleh menyebabkan liang faraj anda menjadi sempit. Ini menyukarkan penetrasi penis dan seterusnya kesakitan semasa hubungan seks.
Jangkitan kuman pada luka
Luka menjadi lambat sembuh sekiranya berlaku jangkitan kuman pada faraj dan seterusnya menyebabkan kesakitan.
Jangkitan kuman pundi kencing
Ini juga boleh menjurus kepada kesakitan semasa hubungan seks kerana kedudukan organ ini berhampiran.
Parut Episiotomi masih keras
Bagi sesetengah wanita, parut yang kasar boleh menyempitkan liang faraj dan menyebabkan ia tidak elastik seterusnya menyebabkan kesakitan semasa hubungan seks. Tunggu dulu untuk sebulan dua sehingga sakit betul betul hilang.
Otot pelvis dan Perut masih sakit
Pembedahan c-section merupakan pembedahan besar di mana 7 lapisan perut yang dihiris memerlukan masa yang lama untuk sembuh dan kadang-kadang sehingga 6 bulan.
Faraj anda kering
Perubahan hormon iaitu kekurangan hormon estrogen yang bertanggung-jawab memberikan lubrikasi semulajadi pada faraj menyebabkan ia menjadi kering. Ini juga berlaku kerana kekurangan rembesan dari kelenjar serviks.
Anda menyusu badan
Menyusukan anak dengan kerap menyebabkan anda kekurangan tenaga. Menyusu juga menghalang ovulasi seterusnya menyebabkan vagina anda kering dan menjurus kepada kesakitan semasa hubungan seks.
Anda tidak bernafsu
Keinginan anda untuk melakukan hubungan seks turun secara mendadak selepas bersalin dan dalam tempoh menyusu. Sekiranya anda memaksa diri semata-mata bagi menjaga hati suami, ia mungkin akan menyakitkan.
Apakah yang perlu anda lakukan jika keadaan ini terjadi?
Sekiranya sakit anda berterusan, elok jumpa doktor untuk memastikan tiada masalah serius pada faraj anda. Rawatan bergantung sepenuhnya kepada punca kesakitan.
Antibiotik akan diberikan sekiranya ada tanda jangkitan.
Amalkan senaman Kegel untuk menyembuhkan luka dengan cepat dan guna pelincir sekiranya faraj terlalu kering. Bincang dengan suami agar dia faham masalah yang puan hadapi.
Hi doc.. Sy ade bnde nk tya pda doc. Mungkin ape yg sy nk ceritakn pda doc ni agk kotor sikit… Maaf.. Knp lpas sy mlhirkn anak faraj sy kering.. Utk brsama dgn suami pun sy xmmpu sbb sakit sgt.. Smpikn sy dh lme x brsama suami. Sy punya lubang vagina pun hya muat satu jari je.. Jdi kcik. Sy xtau knp jdi cmtu..apa yg prlu sy buat doc? Sy hrp doc dpt mmbntu sy… Tolong hidekn profile sy sekiranya doc siarkn di blog doc. Tq
hi, elok jumpa doktor. lubang faraj sempit mungkin berpunca dari healing process yang tidak betul. pemeriksaan faraj boleh meneliti sebarang ketidanormalan pada liang faraj anda. ia juga mungkin faraj anda terlalu kering
Hai doc..sy nk bertanye.. Kenapa selepas bersalin.. Ketika bersama ngn suami sy rse pedih sgt sehinggakn ketika cuci pun pedih.. Rse pedih tu di tepi kiri faraj.. Rse mcm kulit di siat2 …
salam, jumpa doktor , mungkin kekeringan faraj tu. tapi eok jumpa doktor untuk pastikan tiada jangitan kuman
Hi doct, sya dah lepas 5 bulan brsalin czer. Tapi kenapa setiap melkukn hubungn seks sya rasa pedih sehinggah klau lepas brhubungn tu kencing pun rasa pedih
Mungkin puan ade jangkitan kuman dalam faraj dan sudah berjangkit ke pundi kencing. Jumpa doktor pemeriksaan
Hai doc saya setahun lbh bslin bila bsma suami tmpt jahit tu sakit kenapa ye doc..dia mcm pedih tmpt jahit tu sb sy jahit byk masa sy bslin normal
Hi. kena jumpa doktor tu untuk pastikan tiada masalah seperti jangkitan kuman dan lain lain yang menjurus kepada kesakitan. pemeriksaan faraj boleh menolong mengesan punca
Salam doc . saya dah selamat bersalin ceaser . dan telah buang rahim akibat pendarahan teruk. bilakah waktu selamat atau tempoh yg boleh saya mula bersetubuh ? kerana skrg sy tiada darah haid lg . adakah sy sudah boleh bersetubuh dgn suami ? seandainy sy bersetubuh skrg . adakah ia haram dlm islam ?
Kalau sudah lebih dari 2 bulan, tiada masalahkalau nak berhubungan. Puan tidak akan datang haid lgu sebb rahim sudah tiada. Jadi tidak haram