Senggugut Tetapi Tiada Haid
Ramai wanita mengalami ‘missed period’ sekali sekala, walaupun mereka pasti ia bukan berpunca dari kehamilan, hampir semua wanita meluahkan perasaan risau bila haid mereka lambat. Mereka akan lebih bimbang jika […]
Info Kehamilan dan Sakit Puan
Ramai wanita mengalami ‘missed period’ sekali sekala, walaupun mereka pasti ia bukan berpunca dari kehamilan, hampir semua wanita meluahkan perasaan risau bila haid mereka lambat. Mereka akan lebih bimbang jika […]
Ramai wanita mengalami ‘missed period’ sekali sekala, walaupun mereka pasti ia bukan berpunca dari kehamilan, hampir semua wanita meluahkan perasaan risau bila haid mereka lambat. Mereka akan lebih bimbang jika mereka masih mengalami rasa ‘period pain’ walaupun haid tidak datang.
Jika sakit anda dialami sekitar masa haid tetapi tiada pendarahan berlaku, ada kemungkinan besar bahawa anda hamil. Semasa peringkat awal kehamilan, implantasi berlaku di mana janin mula melekat pada dinding rahim. Pada masa ini anda mungkin mengalami sedikit rasa seperti senggugut. Ujian kehamilan yang dibuat 1 minggu selepas itu selalunya akan menunjukkan tanda positif.
Haid menjadi lewat kerana ovulasi terjadi lewat dan sakit perut yang anda rasa cuma sebahagian dari PMS iaitu sindrom sebelum haid.
Selalu terjadi pada lewat usia 40’an. Ia bermula dengan kitaran haid yang tidak teratur beberapa bulan sebelumnya. Anda mungkin masih mempunyai rasa senak walaupun haid anda tidak datang.
Anda hamil tetapi kandungan anda berada di dalam salur peranakan. Ia boleh menyebabkan rasa sakit tanpa sebarang pendarahan faraj.
Kehadiran Sista Ovari boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon dan menghalang haid anda dari terjadi. Ia juga boleh menyebabkan perut senak.
Masalah gangguan makan seperti anoreksia atau bulimia boleh menyebabkan haid anda terhenti sama sekali dan ia sering disertai dengan masalah sakit pada perut.
Keadaan berlaku pada liang serviks menjadi sempit dan darah tersekat dalam rahim. Ini jarang terjadi dan kerap disebabkan oleh komplikasi pembedahan pada pangkal rahim seperti biopsi KON.
Barah pada ovari juga kerap dikaitkan dengan haid yang tidak teratur atau lewat yang diikuti dengan rasa senak pada perut.
Jika sakit masih tidak hilang dan semakin sakit, ia mungkin petanda serius dan elok jumpa doktor dengan segera.
Assalamualaikum..saya nak tanya sesuatu,actually lebih kepada mahu minta pendapat dari doc.saya dah 3 bulan tak period..bila cek upt negative dan dah scan.doc cakap rahim saya bersih tak ada nampak apa-apa masalah.then doc bagi saya ubat turun darah nerothisterone.patut kah saya makan ubat 2?
ubat tu untuk haid datang tapi tidak dapat membeikan sebb kenapa puan tidak ada haid selama 3 bulan tu, elok jumpa doktor utk penyiasatan