Terdapat banyak kebaikan pill perancang yang tidak diketahui oleh wanita. Pill selalunya membawa persepsi yang buruk kerana ia dikaitkan dengan kenaikan berat badan, loya, muntah, perubahan libido ( kurang nafsu) dan sebagainya.
Walaubagaimanapun kesan sampingan sangat jarang berlaku sekarang disebabkan oleh dos yang ada sangat rendah berbanding dengan dahulu.
Pil bukan sahaja efektif dalam mencegah kehamilan, ia juga boleh:
- Mengurangkan sakit senggugut
- Merawat jerawat dan kulit berminyak
- Mengurangkan PMS – perasaan tidak selesa yang sebelum kedatangan haid seperti sakit buah dada, berat pada pelvis, kemurungan dan sebagainya.
- Membuat kitar haid teratur dan berlaku setiap bulan dalam masa yang sama
- Membantu mengurangkan aliran darah haid.
- Mengurangkan ovarian cyst
- Mengurangkan risiko barah ovari
- Mengurangkan risiko barah rahim (endometrial cancer)
- Mengelakkan sakit semasa ovulasi (mid-cycle pain)
- Mengurangkan rembesan hormon lelaki (androgen) yang mengawal pertumbuhan bulu roma pada muka, perut, peha dan betis
- Mengurangkan masalah bengkak dan ketulan bukan Kanser pada buah dada
- Boleh mengawal kedatangan haid
Tidak semua wanita sesuai memakan pil perancang. Berbincanglah dengan doktor anda untuk mengetahui samada anda calon yang sesuai menggunakan kaedah pencegah kehamilan ini.
Hi doctor, saya emma..saya dari ampang,23.. saya mempunyai masalah period bertahun2 tak datang..bila saya ambil pil perancang yang disaran kan oleh doc untuk period baru saya dapat period..kalau saya berhenti saya tak dapat period,sekarang ni saya dah stop makan ubat perancang tu, dan saya makan jamu untuk stabilkan saya punya hormon sebab saya keinginan untuk dapatkan zuriat..tapi sepatut nya bila saya stop makan ubat sepatutnya 2 3 hari saya akan period tapi saya tetap xdatang period..saya risau..
elok buat penyiasatan dulu mengapa adik tidak datang period. jumpa doktor untuk ujian darah
Doc cakap hormon saya tertukar,dan tinggi sebb tu telur saya tak keluar…xnak hasilkan telur..macam mana ye doc?saya takut untuk terus ambil pil perancang tu..saya cuma makan royal v untuk stabilkan hormon saya..semalam saya dah period tapi saya tak tahu sebb makan pil perancang atau royal v..apa pendapat doc?patut saya teruskan makan pil perancang atau royal v je?
boleh terus makan pil perancang kalau mahu ia selamat.
Assalamualaikum doctor..saya tumpang tanya..saya baru lepas period minggu lepas 12/9/17…harini 19/9/17 saya ada mengalami pendarahan warna coklat.saya cuma risau..saya ada baca entry yang ada orang mengandung sejurus selepas 1minggu period..saya pun mengalami benda yang sama..breast saya pun membengkak..saya check upt negatif pada ptang .saya risau takut sebab terlampau awal mungkin tak tunjuk kan kesan pregnant tu..doctor rasa kenapa saya keluar darah warna coklat ye doctor?saya terasa macam saya tengah pregnant sekarang ni
Assalammualaikum Doktor,
Saya ekin berusia 35 tahun, saya pernah makan pil perancang slps ank pertama selama setahun dan utk dapat ank kedua saya lama menunggu sehinnga saya berurut. 3 tahun selepas itu baru saya dikurniakan ank ke2. Slps ank ke2 saya menggunakan pil perancang selama 8 bulan and stop. sehingga sekarang saya masih lagi belum mengandung. Saya didapati ada ovari cyst ukuran 5.7cm pada awal tahun ini. Masih dalam pemantauan. Saya ada buat ujian Ca125 result negatif dan ujian pap smear sbyk 2 kali. Result normal no fungus. Saya pernah 3 kali dalam tahun ini ada berdarah slps bersama. Apa sebenar yang saya alami? Ada yang kata pil perancang tidak baik dan akn mendapat risiko cyst dan sebagainya. apa Pendapat doktor?
pil perancang boleh mengurang risiko cyst dan kanser ovari. pendarahan faraj tiada kaitan dgn cyst kebanyakan disebbkan oleh jangkitan. Saya sarankan prosedur hysteroscopy- mungkin puan ada polyp
adakah dengan memakan pil perancang boleh menyembuhkan/pengecilkan cyst mahupun polip ini?
puan kena tengok jenis cyst tu dulu
doktor mengesahkan ianya adalah sejenis cecair. Utk polip tu boleh menggunakan pil perancang ke? maaf doktor byk tanya.
blum tahu sbb polip puan, kena jumpa doktor dan siasat dulu.
Semalam saya jumpa pakar O&G di hospital. Doktor mengesahkan saya tiada polip. Cyst sy jenis cecair bolehkah pil perancang membantu mengecilkan cyst?
puan ada tanya doktor tu, apajawapan dia?
doktor cakap tidak berapa mujarab mkn pil perancang utk kecutkan cyst tapi klu sya nk mkn die tidak menghalang. Doktor cakap semasa buat ujian pap smear doktor boleh check menggunakan alat mulut itik.
Saya makan pil perancang, rasa kurang keinginan untuk bersama.badan pula sering sakit2. Period dtg,hari pertama setitik. Hari ke2 ke3 lancar. Hari ke4 dh tk keluar lg. Mknanya 2hari je la darah kotor sy keluar.kulit saya kering, emosi asyik nak marah2 je. Sy rasa pil perancang mengganggu hormon saya. Ada yang kata pengambilan pil perancang itu sebenarnya tak bagus. Keliru sangat
pil perancang tak sesuai untuk semua orang. kalau ia memberikan kesan sampingan yang ketara, elok cuba cara perancang keluarga yang lain.