Ultrasound Scan “Viability” Di Awal Kehamilan

US-Awal-

Ultrasound Scan (US) Viability adalah imbasan Scan di awal kehamilan yang dibuat untuk memastikan degupan jantung janin yang sihat dan dalam masa yang sama saiz janin anda akan diukur bagi mengira usia kandungan anda dengan lebih tepat.

US yang paling awal dibuat selepas anda disahkan hamil melalui ujian air kencing.

Scan ini disarankan kepada wanita yang tidak begitu pasti tentang kehamilan atau mereka yang tidak dapat mengingati tarikh haid terakhir mereka. Ukuran janin pada peringkat awal hamil juga boleh menolong memastikan tarikh jangka lahir bayi dengan tepat.

Scan ini juga dibuat pada mereka yang mengalami pendarahan faraj diawal kehamilan untuk menentukan tidak berlakunya keguguran. Denyutan jantung mempastikan kandungan anda hidup dan selamat.

US pada peringkat usia kehamilan ini juga boleh menentukan dengan tepat samada ia kandungan kembar atau kandungan di luar rahim.

Bilakah boleh menjalani Ujian US?

Ujian US boleh dilakukan pada bila-bila masa daripada 5-11 minggu kehamilan. Jika terlalu awal iaitu kurang dari 5 minggu, US mungkin masih gagal untuk mengesan kehamilan anda kerana kantung janin yang masih belum terbentuk.

Apakah yang dapat dilihat semasa Ujian US?

Bergantung kepada usia kehamilan, anda boleh melihat sama ada terdapat Yolk Sac, janin dan aktiviti jantung janin. Berikut adalah apa yang dapat dilihat semasa Ujian US mengikut tempoh kehamilan;

  • 5 minggu – Kantung kehamilan boleh dilihat
  • 6 minggu – Janin atau embrio boleh dilihat. Degup jantung fetus mula dapat dilihat.
  • 7 minggu – Bayi anda mungkin mempunyai bentuk yang dikenali.
  • 8 minggu dan seterusnya rupa janin anda adalah lebih jelas. Tunas anggota badan boleh terbentuk.

Doktor akan cuba untuk mengimbas melalui perut dahulu. Jika imej tidak begitu jelas, doktor mungkin akan meminta anda untuk mengosongkan pundi kencing anda sebagai persediaan imbasan melalui faraj. US melalui faraj boleh memberikan imej terbaik kerana ia dapat dirakam dari jarak lebih dekat. Ia tidak menyakitkan dan mengambil masa yang singkat sahaja. Scan sebegini tidak memudarat kepada janin anda dan tidak meningkatkan risiko keguguran pada janin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: