Kemurungan Selepas Bersalin
Kemurungan selepas bersalin atau postpartum depression adalah keadaan serius yang terjadi pada ibu di bulan-bulan pertama selepas melahirkan. Ia juga boleh berlaku kepada mereka yang mengalami keguguran atau selepas […]
Info Kehamilan dan Sakit Puan
Kemurungan selepas bersalin atau postpartum depression adalah keadaan serius yang terjadi pada ibu di bulan-bulan pertama selepas melahirkan. Ia juga boleh berlaku kepada mereka yang mengalami keguguran atau selepas […]
Kemurungan selepas bersalin atau postpartum depression adalah keadaan serius yang terjadi pada ibu di bulan-bulan pertama selepas melahirkan. Ia juga boleh berlaku kepada mereka yang mengalami keguguran atau selepas kematian anak.
Postpartum Depression boleh menyebabkan anda berperasaan sedih yang keterlaluan, tidak harapan dan rasa seperti tidak berguna (worthless). Sekiranya terjadi, ia boleh memberikan masalah dalam menjaga bayi atau kurang rasa hubungan atau ‘bonding’ dengan bayi anda.
Kemurungan selepas bersalin sama-sekali tidak sama dengan ‘baby blues’ satu keadaan yang lebih kerap terjadi sebaik sahaja bersalin. Dalam ‘baby blues’ anda cuma mengalami kesukaran tidur, berasa moody atau sedikit sedih. Anda masih merasa gembira dengan kehadiran bayi anda. ‘Baby blues’ selalunya hilang 1-2 minggu selepas bersalin. Dalam kes Postpartum Depression pula, simtomnya adalah lebih lama dan sukar hilang sehingga berbulan-bulan lamanya.
Dalam kes yang sangat jarang terjadi, segelintir daripada mereka mungkin mengalami keadaan yang dinamakan Postpartum Psychosis dimana wanita mungkin akan berperangai pelik, melihat benda-benda yang anih yang tidak dilihat oleh orang lain, dan boleh memberikan bahaya kepada bayi ataupun dirinya sendiri. Postpartum Psychosis adalah penyakit yang serius dan perlu rawatan segera kerana simtom akan menjadi lebih teruk dengan cepat.
Adalah sangat penting untuk mereka yang mengalami kemurungan mendapat rawatan yang sepatutnya dihospital kerana lebih cepat rawatan diberikan, lebih cepat untuk mereka pulih dari masalah ini.
Ia berkait dengan perubahan hormon yang berlaku selepas bersalin dan boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Walaubagaimanapun, anda lebih berisiko untuk mendapat masalah ini sekiranya:
Wanita yang mengalami Postpartum Depression seringkali:
Bagi mereka yang mengalami Postpartum psychosis simtomnya adalah lebih serius:
Doktor selalunya akan membuat pemeriksaan fizikal dan bertanya tentang gejala yang anda . Pastikan anda bertanyakan doktor tentang perasaan anda pada pemeriksaan pertama selepas lahir. Doktor mungkin akan membuat follow-up terhadap simtom anda.
Postpartum depression selalunya dirawat dengan ubat anti-murung dan nasihat kaunselling oleh pakar psychiatri. Untuk memastikan anda pulih dengan cepat, pastikan anda mendapat makanan yang seimbang dan buatlah senaman setiap hari. Dapatkan tidur yang secukupnya dan sokongan dari keluarga dan rakan juga diperlukan.
Jangan merasa rendah diri sekiranya anda mengalami masalah ini, ia tidak bermakna anda seorang ibu yang tidak baik. Memang ramai yang mengalami masalah yang sama dengan anda, tetapi ia mengambil masa untuk sembuh dan rawatan seharusnya akan membuatkan anda pulih dengan lebih cepat.
Salam..Puan kalau berlaku pendarahan masa selepas jimak malam pertama yang sangat2 banyak drhnya..ada effect x untuk hamil. Saya smpai sekarang belum hamil 😐
bila dia berlaku?