Ketahui Pil kecemasan atau ‘after morning Pill’

postinor

Morning after Pill adalah adalah salah satu cara perancang kecemasan untuk menghalang wanita dari hamil selepas hubungan seks.

Ia sebenarnya sudah wujud sejak sekian lama tetapi tidak ramai wanita sedar tentang kewujudan pil sebegini. Morning after Pill sesuai kepada wanita yang tidak mempraktis sebarang kaedah pencegah kehamilan semasa hubungan seks berlaku.

Begini caranya ia bertindak. Persenyawaan sebenarnya jarang berlaku serta merta selepas hubungan seks. Ia mengambil masa untuk sperma berenang kedalam rahim wanita sebaik ejakulasi.

Tempoh di antara ejakulasi dan persenyawaan mungkin berjam lamanya, jadi inilah asasnya Pill ‘morning after’. Ia menghalang persenyawaan dan implantasi hasil dari tindakan hormon progestin.

Ramuannya pil ini lebih kurang sama dengan pill perancang, cuma ia dalam dos yang agak tinggi. Terdapat 2 jenis, satu mengandungi progestin sahaja satu lagi mengandungi kombinasi progestin dan estrogen.

Caranya; progestin menyebabkan cecair fallopian menjadi likat dan penghalang sperma dari mendekati telur dan sekiranya persenyawaan berlakupun, progestin akan menyebabkan persekitaran rahim menjadi tidak sesuai untuk implantasi berlaku. Tindakan estrogen pula menghalang ovari dari mengeluarkan telur seterusnya ovulasi tidak berlaku.

Pil ini perlu dimakan paling lewat 72 jam selepas hubungan seks dengan dos kedua dimakan 12 jam kemudiannya. Kesan sampingan termasuklah rasa loya, muntah, sengal perut, keletihan, sakit kepala dan pening.

Ia berkesan mengurangkan risiko kehamilan sehingga 80%. Lebih cepat pil ini dimakan lebih tinggi keberkesanan.

Walaubagaimanapun ia tidak sesuai dijadikan alat pencegah kehamilan yang rutin disebabkan kadar kehamilan yang tinggi berbanding dengan alat pencegah kehamilan yang lain. Bertanya dengan doktor anda untuk maklumat yang lebih lanjut.

36 respons kepada “Ketahui Pil kecemasan atau ‘after morning Pill’”

  1. tak boleh ke kalau ubat pill tu makan dua biji sekali gus

      1. Salam doc Ju, boleh ke pil ke2 dimakan dlm tempoh melebihi 12jam kerana berpuasa. Contoh pil pertama dimakan 10pm, kemudian pil kedua dimakan pd 7pm waktu berbuka esok harinya (kerana 10am masih dlm tempoh berpuasa). Terima kasih

  2. ade Kesan tak jika di amalkan dgn kerap?

    1. salam, kalau kerap guna akan menyebabkan haid tidak teratur, keberkesanan pill cuma 70-80%

    2. Salam Dr Ju, nak tanya, jika sudah mkn pil emergency ini, dan sekiranya suami ajak mengulang, adakah ubat itu masih efektif (utk jangka brp lama efektifnya) dan setelah mengulang perlukan consum ubat emergency ini lagi?

      1. bila makan ubat tu?

      2. Saya makan ubat emergency tu, selepas saja bersama, tapi apakah kene makan ubat yg sama lagi kalau suami ajak mengulang?

      3. kalau lebih dari 72 jam
        kena makanmlagi

      4. Baik, terima kasih dr ju

  3. normal kah haid dtg lambat pada tarikh sepatut nyer..bila ambil pil nie

    1. Normal jgn risau

  4. salam doktor, saya kerap ambil pil ni sebulan sekali. adakah dia akan kacau rahimatau peranakan saya? atau adakah ia membuatkan saya sukar untuk hamil lagi?

    1. Selamat jgn risau. Tapi ia boleh menuebabkan haid tidak teratur itu aje

  5. Dr.. Klau guna condom, lepas tu condom trtggl dlm, but blh kluarkan tp byk air mani yg kluar dr condom, esoknya mkn morning pills, blh pregnant ke. Maaf bertanya

    1. Boleh pregnant tapi kemungkinan sangat kecil

  6. Salam dok.kalau mkn pil morning nie sehari selepas bersma dn satu lagi normal ke kalau haid jd lambat dtg.atau kemungkinan boleh mengandung jgak.tq

    1. Risiko mengandung ada ade sebb pil tu tidak 100% efektif dan agak normal klau haid lewat

  7. Hai doktor.. boleh saya tanya.. saya last period 5/2 . Then sy ada ambik pill tersebut 2 kali after hbis haid bulan 2 tu.. then smpe skrg (9/3) sy blm dtg haid lagi? Adakah normal ?

    1. Normal Tapi kena check upt minggu pastikan tak hamil

  8. Sy merancang kehamilan mggunakan apps. Sy dah ambik ella pd 23hb ketika hari ovulasi (high chance getting pregnant). Perlu kah sy ambil ella sekali lg pada 30hb (low chance getting pregnant) ? Both date suami terlepas dlm.
    Adakah kandungan ubat ini boleh bertahan dalam bdn sy selepas 7 hari?

    1. puan kena terangkan apa ella

  9. Hi doc, 1) apekah kesan jika sy makan 1 ellaOne dan 4 kali postinor dalam masa sebulan ? 2) sy dah makan postinor 1 biji tpi terlupa dan selepas 24 jam baru sy ambil yg kedua, perlu ke sy ambil ellaOne bagi memastikan sy betul2 tidak akan hamil ?

    1. cukup dah tu sebb ubat ade kesan sampingan kalau dimakan pada dos yang tinggi dan tidak akan memberikan perbezaan dari segi outcome pregnancy tu

  10. Assalam doc ju.nak tanya,lps consume emergency pil bln lps,dtg bulan..tp bln ni memang jadi lambat ye,dtg bulan ??risau

    1. biasa tapi elok buat ujian pregnancy test , klau nrgative jgn risau

      1. Saya dh lewat 4hari,dh buat test.negative,tp ad kemungkinan tak akan hamil,doc

      2. masih ade kemungkinan, kalau risau, jumpa doktor utk buat ujian beta hcg

      3. Sy dh lewat 4 hari dr hari period & dh buat test,result negatif..kalau result negatif ada kemungkinan x akn pregnant,doc ju?

      4. buat beta hcg

      5. Dh bt yg clearblue tu,masih jugak negatif

      6. bukan hamil la tu, elok tunggu haid atau jumpa doktor utk induce perood tu

  11. Salam doc, sy ambil prostinor bulan lepas dan sepatutnya period sy pada 11/11 tp smpai harini masih tidak period(2minggu delayed) sy dah test upt semalam(26/11) result negative. Sy risau sbb sy merancang. Dan period sy regular setiap bulan. Adakah sy perlu berjumpa doc utk pengesahan? Tetima kasih doc

    1. , delayed period agak normal, tapi klau risah sgt, buat beta hcg, pergi le makmal berdekatan

Tinggalkan Jawapan kepada gadis terluka Batal balasan