Sebab Faraj Gatal dan Pedih

gatal

Gatal-gatal atau pedih pada mana-mana anggota atau bahagian badan kerap terjadi dan boleh memberikan rasa tidak selesa. Sekiranya ia terjadi pada kawasan yang sensitif seperti faraj dan kawasan sekitarnya, ketidakselesaan amat ketara.

Gatal kemaluan sekiranya terjadi jarang-jarang adalah sesuatu yang normal tetapi apabila menjadi semakin kerap, elok berjumpa dengan doktor kerana ia mungkin tanda-tanda jangkitan kuman.

Apa yang menyebabkan kegatalan pada faraj?

Terdapat beberapa punca yang kerap dikaitkan dengan masalah ini termasuk:

1. Jangkitan kuman

  • Jangkitan bakteria vaginosisPersekitaran faraj yang sihat adalah disebabkan oleh keseimbangan flora dalam vagina yang menjaga faraj dari jangkitan bakteria merbahaya. Sekiranya ia terganggu, bakteria vaginosis akan senang berkembang dan memberikan masalah. Selain dari gatal-gatal, gejala-gejala lain termasuk keputihan yang berbau busuk, radang faraj dan rasa pedih terutama selepas melakukan hubungan seks.
  • Penyakit kelamin (STD). Chlamydia, herpes kemaluan, ketuat kemaluan, trichomoniasis dan gonorrhea adalah  semua punca yang boleh menyebabkan gatal-gatal pada faraj.
  • Jangkitan yis (kulat vagina)Merupakan punca utama kegatalan pada faraj. Hamil, penggunaan antibiotik yang berpanjangan dan kencing manis yang tidak terkawal kerap dikaitkan dengan jangkitan yis. Selain dari gatal-gatal yang luar biasa, jangkitan yis juga akan menyebabkan berlakunya keputihan tebal yang  berupa seperti keju yang melekat pada seluar dalam anda.

2. Menopos

Penurunan estrogen dalam badan menyebabkan dinding faraj menjadi nipis dan kering. Ini boleh membawa kepada gatal-gatal dan ketidakselesaan.

3. Penggunaan Bahan Kimia

Sekiranya ada kerap menyapu krim pada faraj atau mencuci faraj dengan bahan wangian, anda akan kerap mengundang jangkitan kuman kerana ia mengganggu keseimbangan flora dalam faraj dan seterusnya menyebabkan anda kerap rasa gatal. Contoh bahan kimia ini termasuk pencuci feminin, sabun wangi, pantiliner wangi, krim haruman dan sebagainya.

4. Alergi

Alahan pada sabun, kertas tandas wangi dan bahan pelembut kain juga boleh menyebakan kegatalan faraj.

5. Liken sklerosis

Ini adalah satu keadaan yang jarang berlaku. Liken sklerosis ialah kejadian tompok putih nipis membentuk pada kulit, terutama di sekitar vulva. Tompok ini kekal dan boleh menyebabkan parut dan gatal pada faraj.

Bagaimana ia dirawat?

Rawatan bergantung sepenuhnya punca kepada masalah ini.

Jangkitan kuman vaginosis akan dirawat menggunakan antibiotik seperti metronidazole.

Jangkitan yis dirawat dengan ubat antikulat. Ia mungkin dalam bentuk tablet makan atau ubat yang dimasukkan ke dalam faraj. Doktor juga mungkin akan memberikan krim sapu untuk mengurangkan kegatalan.

Sekiranya kegatalan disebabkan oleh menopos, rawatan menggunakan krim estrogen mungkin boleh mengurangkan simtom ini.

Krim steroid boleh mengurangkan kegatalan yang disebabkan oleh liken sclerosis.

Sekiranya masalah kegatalan ini melibatkan remaja yang masih muda, penyiasatan yang mendalam haruslah dilakukan untuk memastikan ia bukan tanda-tanda penderaan seksual.

Cara pencegahan

  • Elakkan dari memakai bahan kimia pada faraj. Ini termasuklah kertas tandas wangi, krim faraj, semburan/cucian feminin dan membilas faraj dengan kerap. Ia juga boleh membuatkan anda alergi pada bahan kimia tersebut.
  • Gunakan air paip biasa. Elak dari menggunakan sabun wangi dengan kerap kerana ia boleh mengeringkan faraj dan membunuh flora baik dalam faraj.
  • Sentiasa mengelap faraj dari depan ke belakang selepas membuang air besar.
  • Pakai seluar dalam berasakan kapas (yang tiada fabrik sintetik) dan tukar seluar dalam anda dengan lebih kerap.
  • Jangan sekali-kali douche (membilas faraj dalaman anda).
  • Menggunakan kondom ketika melakukan hubungan seks untuk mencegah penyakit kelamin.
  • Gunakan ubat pelincir yang selamat semasa hubungan seks. Adalah disyorkan menggunakan Gel KY kerana ia berasaskan air.
  • Elak melakukan hubungan seks sehingga anda betul-betul baik dari jangkitan tersebut.
  • Jangan menggaru dengan kuat di kawasan yang gatal kerana ia akan menyebabkan kulit mengelupas dan jangkitan menjadi semakin teruk.

 

Baca lagi : Rawatan Jangkitan Yis

Untuk temujanji dan pertanyaan lanjut, hubungi doktor

Advertisements

77 thoughts on “Sebab Faraj Gatal dan Pedih

  1. Melanie Mei 11, 2017 / 10:25 pm

    Salam sejahtera..Saya telah mengalami masalah keputihan tidak normal dalam jangka masa yang lama dan ianya buat saya tidak selesa..saya tidak pernah berjumpa doktor..hanya saya beli ubat dari farmasi seperti ubat krim sapu dan pessari..masih juga perkara yang sama berulang..saya selalu gatal di miss v saya dan ada bau tidak menyenangkan..keputihan pun bewarna kekuningan..saya ingin tahu apa jangkitan yang saya alami sekarang..harap maklum

    • drju Mei 14, 2017 / 8:49 am

      Mungkin sbb bacterial vaginosis elok jumpa pakar

  2. Wan Mei 26, 2017 / 10:52 pm

    As salam..sy skrg mngadung..mengalami gatal2 di miss v..prnh g klinik swasta 2 kali..dy bgi ubat msok dekat miss v tpi kejap jew bertahan tidak rasa gatal..lps 2 jdi gatal2 lgy..pkai krim gatal pon kjap jew lps 2 jdi blik..sy ingin thu apa jangkitan y sy alami..dan apa ptt sy buat…harap maklum

    • drju Mei 29, 2017 / 10:41 am

      elok jumpa pakar dan buat test tengok jenis kuman yang puan ada. ia mungin serius

  3. yana Julai 19, 2017 / 2:29 am

    Saya nk tnye..kwn sy ade bgtau sy..yg dy pedih kt miss v selepas menggunakn pencuci miss v?..knpe eak dy terase pedih?..

    • drju Julai 20, 2017 / 2:22 am

      kena jumpa doktor, pemeriksaan faraj akan menentukan sebab pedih

  4. Ika Ogos 9, 2017 / 12:01 am

    Salam…sy Ada mslh haid tidak berhenti hampir 2 bulan lebih…dan sy sering rasa gatal di bahagian bibir vagina hingga skrg dah Luka..di sebabkan tu,sy jadi Sukar buang air kecil Krn rasa sgt pedih jika di cuci…

    • drju Ogos 11, 2017 / 7:18 pm

      elok jumpa doktor secepat mungkin, ada masalah serius tu

      • Norazrin hasnida Mac 2, 2018 / 6:40 pm

        Sy mengalami gatal mcm mcucuk2 dtempat mbuang air kecil hmpir smggu..knp ye.

      • drju Mac 4, 2018 / 7:58 am

        pemeriksaan faraj sahaja dpt membuat diagnosa tepat. jumpa doktor hari ini

  5. SALBIAH BINTI HAIRUDIN Ogos 16, 2017 / 2:41 pm

    Salam..saya ada masalah gatal gatal pada kawasan yg tumbuh bulu ari-ari..masalah nie sy perasaan timbul sebaik saya lepas mencukur bulu di kawasan tersebut. saya ada letak krim gatal tp msalah ni masih brulang..apa yg perlu saya lakukan..tq

    • drju Ogos 17, 2017 / 7:47 am

      jumpa doktor dulu, mungkin ada jangkitan kuman tu

  6. SAL Ogos 16, 2017 / 2:48 pm

    Salam..saya ada masalah gatal gatal pada kawasan yg tumbuh bulu ari-ari..masalah nie sy perasaan timbul sebaik saya lepas mencukur bulu di kawasan tersebut. saya ada letak krim gatal tp msalah ni masih brulang..apa yg perlu saya lakukan..tq

    • drju Ogos 17, 2017 / 7:48 am

      jumpa doktor dulu, mungkin ada jangkitan

  7. MEL Ogos 16, 2017 / 3:07 pm

    Salam..saya ada masalah gatal gatal pada kawasan yg tumbuh bulu ari-ari..masalah nie sy perasaan timbul sebaik saya lepas mencukur bulu di kawasan tersebut. saya ada letak krim gatal tp msalah ni masih brulang..apa yg perlu saya lakukan..tq

    • drju Ogos 17, 2017 / 7:48 am

      jumpa doktor dulu, mungkin ada jangkitan

  8. SAL Ogos 16, 2017 / 4:08 pm

    Salam..saya ada masalah gatal gatal pada kawasan yg tumbuh bulu ari-ari..masalah nie sy perasaan timbul sebaik saya lepas mencukur bulu di kawasan tersebut. saya ada letak krim gatal tp msalah ni masih brulang..apa yg perlu saya lakukan..tq

    • drju Ogos 17, 2017 / 7:48 am

      jumpa doktor dulu, mungkin ada jangkitan

  9. Nur atikah Ogos 17, 2017 / 4:25 am

    Assalamualaikum nak tanya apakah jenis masalah yang saya alami jika saya meak gatal² pada bahagian miss v dan keputihan seperti daki dan kadang kala berketul mohon rujukan..

    • drju Ogos 17, 2017 / 7:48 am

      jangkitan yis tu, jumpa doktor untuk ubat

  10. nora September 3, 2017 / 12:13 am

    salam,anak saya kena gatal2 apabila dia start akil baligh..(fisrt datang period)smpai sekarang miss v dia gatal2..ada masa dia ok,ada masa keputihan dia keluar dan dia mula rasa gatal shingga mnyebabkan dia tidak selesa..kenpa ea?kadang dia smpai tekanan perasaan sebab tidak dapat tahan..

    • drju September 3, 2017 / 9:36 am

      mungkin anak puan alergi pada pad sanitari. cuba guna yang diperbuat dari kapas sahaja. Kalau masih gatal, jumpa doktor untuk pastikan tiada jangkitan kuman. puan boleh cuba krim betamethasone untuk sapu kalau gatal sangat. boleh beli difarmasi.

  11. intan September 29, 2017 / 11:24 pm

    salam. saya nak tanya , baru2 ni saya dtg bulan miss v saya tiba2 menjadi gatal2 sehingga saya tak tahan nk menggaru . lps dah abis dtg bulan pun masih gatal2. ini kali pertama saya berasa gatal2 yg teruk di miss v . kenapa ehh ?

    • drju Oktober 2, 2017 / 11:43 am

      jangkitan yis

  12. naz Oktober 1, 2017 / 7:40 pm

    assalamualaikum, miss v saya mula mula gatal gatal..pastu die jadi luka..nk buang air pun susah .. terasa pedih.. macam mne nk buat eh.?

    • drju Oktober 2, 2017 / 11:43 am

      jumpa doktor untuk ubat- jangkitan yis

  13. sal Oktober 31, 2017 / 5:50 pm

    salam puan. saya sering merasa miss v saya sakit. tp sakit tu hanya kdg kdg saja. keputihan saya tak teruk, tapi miss v saya sering rasa gatal. kenapa yea?

    • sal Oktober 31, 2017 / 5:57 pm

      *

      • drju November 3, 2017 / 3:56 pm

        jangkitan kuman tu

    • drju November 1, 2017 / 10:19 am

      infection

  14. Amelia Zuraimi November 11, 2017 / 10:59 am

    Assalamualaikum.. puan, sy sering rasa gatal dalaman miss v sy , gatal yg teramat sehingga sy x tahan nk menggaru . Bila sy garu rase pedih je . Kenape ye puan?

    • drju November 12, 2017 / 12:28 pm

      yis infection

  15. Fyza November 11, 2017 / 11:01 pm

    Salam boleh suggest tak area kl klinik mana okay untuk check gatal-2 vagina? Sy punya gatal kat luar dan bila garu jadi luka.

    • drju November 12, 2017 / 12:28 pm

      makan diflucan

      • Fyza November 12, 2017 / 6:09 pm

        Puan, diflucan tu boleh beli kat farmasi ke?

  16. Ila November 18, 2017 / 8:00 am

    Assalamualaikum, saya mengalami masalah kegatalan di sekitar vagina sudah lama dan sudah beberapa kali jumpa doktor sehingga telah diberi ubat makan anti kulat (lupa nama ubat), tetapi masih tidak menyelesaikan masalah saya, saya juga mengalami sakit menyucuk di vagina terutama bila hendak buang air kecil dan kerap mengalami kencing tidak lawas.. apa yg saya perlu buat?

    • drju November 28, 2017 / 12:25 pm

      puan ada jangkitan yis dan juga jangkitan kuman bakteria pada pundi kencing. saya cadangkan jumpa doktor utk pengesahan dan rawatan

  17. Nurul atiqah binti azizan November 18, 2017 / 10:54 am

    Saya sudah berumur lima puluh tahun dalam bulan sebelas haid tak datang lagi tetapi faraj saya gatal dalam dan bila kencing sakit saya ada guna minyak angin untuk kurangkan sakit . Pada pandangan doctor tentang masalah saya ini?
    Dan sy juga ada menggunakan sauna di rumah sejak sy rasa sakit MCM ni . ( Ini tentang ibu saya )

    • drju November 28, 2017 / 12:26 pm

      ada kemungkinan puan ada masalah atrophic vaginitis. elok jumpa doktor utk pengesahan.

  18. ira November 22, 2017 / 7:20 pm

    saya nak tanya doktor …sye punya miss V gatal2 tapi di celah2 sebelah pundi kencing saya…dan ada biji2 ..knp ye??

    • drju November 28, 2017 / 12:31 pm

      mungkin genital warts??

  19. Amalina November 30, 2017 / 11:11 am

    Hi doktor.. saya selalu mengalami msalah gatal2 di bibir vagina.. selalu start gatal2 sewaktu 4 atau 5 hari time period..kadang2 gatal selepas dtg period tpi cuma di bhgian bibir faraj.. gatal smpai melecet…boleh saya tahu kenapa ya doktor & solusinya.. tq

  20. Nur Ain Disember 3, 2017 / 1:08 pm

    sejak habis period bln lepas,, bhgian keliling miss v terasa gatal dan kdg2 pedih sampaikan sy rsa x selesa.. blh sy tau faktor nya knpa?? tq..

    • drju Disember 5, 2017 / 8:23 am

      cuma pemeriksaan faraj sahaja yang boleh menentukan punca. elok jumpa doktor hari ini.

  21. Nik Disember 5, 2017 / 11:05 am

    Salam . Sy nak tanya vagina rasa pedih bila di sentuh tapi takde rasa gatal dan keputihan tidak terlalu banyak . Apa masalah sy ?

    • drju Disember 13, 2017 / 1:59 pm

      Mungkin jangkitan pada faraj elok jumpa doktor

  22. Ain Disember 5, 2017 / 11:51 pm

    Assalamualaikum dr. Saye nak tanye. Saye di sahkan kencing kotor. Lepas sehari makan ubat antibiotic dan ubat garam yang dye bagi miss v saye mulai gatal. Boley tak saye tahu itu di sebab kan ape. Saye masih single. Saye cuci miss v menggunakan lactacyd saye beli di watson ade kah sebab itu. Tapi pencuci tu dah 2 bulan saye pakai baru dapat kesan sekarang.

    • drju Disember 13, 2017 / 2:00 pm

      Puan mungkin ada jangkitan yis tapi diberikan ubat antibiotik. Elok jumpa doktor dulu dan pastikan jangkitan kuman apa

  23. Wani Disember 20, 2017 / 10:46 am

    Assalam. Nak tanya. Waktu bersama, mengalami kegatalan dan terasa panas pd faraj? Apa masalah sebenarnye?

  24. Safwa Februari 6, 2018 / 12:27 am

    Asalamualaikum Dr…sy nak tanya…saya ada keputihan masuk dua tahun sudah..sampai sekarang masih lagi xbaik2…kepitihan saya tu pekat kekuningan dan kekadang coklat…saya risau dengan keadaan ni..ni buat saya tak selesa sepanjang hari…apa yang perlu saya lakukan?

    • drju Februari 7, 2018 / 9:14 am

      kalau dah kawin elok jumpa doktor. ada masalah pada pangkal rahim atau dalam rahim. buat ultrasound

  25. Sha Februari 12, 2018 / 12:59 pm

    Saya nak tanya, kenapa hari pertama saya bersama suami rasa sakit bila dia masukkan, dan sehingga hari ni pedih apabila terkena air, luka atau apa ye?

    • drju Februari 13, 2018 / 7:26 am

      mungkin ada luka dalam pada selaput dara atau dalam faraj, elok jumpa doktor untuk pemeriksaan faraj.

  26. Ayu Februari 13, 2018 / 5:04 pm

    Salam dr. Boleh ke kita cuci kemaluan dengan air garam? Saya ada belum berkahwin dan ada masalah gatal gatal pada kemaluan (lebuh kurang 2 bulan), dan sekarang kemaluan saya pedih apabila saya membilas selepas buang air kecil. Apa yg saya boleh lakukan?

  27. mai Februari 13, 2018 / 10:34 pm

    assalam doktor.. saya mengalami gatal2 di kemaluan dan di celah2 kangkang.. saya kerap menggaru.. menyebabkan luka dan kemaluan sy berwarna gelap.. apa yg perlu sy buat doc? sy akan berkahwin dalam masa terdekat.. sy sgt risau dan malu akan mslh ini.. jika perlu berjumpa doc.. kat mane klinik yg sy bole pegi utk dptkan rawatan?

    • drju Februari 15, 2018 / 5:33 pm

      kemaluan berwarna gelap agak normal
      jgn risau

  28. atikah Februari 19, 2018 / 6:00 pm

    SALAM.. Dr.. Saya sllu mengalami kupuithan,, hari2 kluar kadang2 rasa air yg kluar,sellu sakit pinggang, period ok,teratur… buln2 lepas sy ada berjumpa dr cek hanya ckp ktakseimbangan baktria n dr bagi pncuci tapi still tak ada prubahan.. scan rahim,( syak rahim jatuh ke apa kan..)alhamdulillah rahim ok.. faraj sellu basah,, dah agak bertahun sy mengalami msalah ini.. tapi sy perasan mcm kwasan lubang faraj rasa ada benda.. tak rasa ada lubang pon.. apa ya itu dr??

    • drju Februari 20, 2018 / 3:05 pm

      Wslm, jumpa doktor. mungkin bartholin cyst. Untuk masaah keputihan yang banyak pastikan puan tiada maalah kencing manis.

      • Atikah Februari 21, 2018 / 1:17 am

        Tq ya dr.. Lupa nk ckp sya blum kwin lgi.. Klu itu kmugkinn bartholin cyst yg sy fhm bengkak pd kljar luar faraj yg tepi bibir tu.. Tapi ap yg saya rasa benda tu btul2 di pintu lubng faraj.. Adakah itu kmugkinan yg sama jugk?

      • drju Februari 21, 2018 / 2:41 pm

        kemungkinan yes

  29. ratna Mac 5, 2018 / 2:37 am

    Salam dr , dua tiga hari ini vagina saya mengalami kegatalan yang teramat gatal sehingga tidak dapat bertahan , jadi apa patut saya buat ?

    • drju Mac 5, 2018 / 10:55 pm

      Yis tu, Elok jumpa doktor

  30. aisyah Mac 17, 2018 / 4:41 pm

    Salam dr …. seminggu dua dalam bulan ini vagina saya sering keluar keputihan yang banyak dan gatal gatal …apa ya dr ?

    • drju Mac 17, 2018 / 7:37 pm

      kemungkinan jangkitan yis, elok jumpa doktor utk pemeriksaan faraj untuk kepastian

      • aisyah Mac 17, 2018 / 9:36 pm

        Terima kasih dr ☺

  31. maria April 5, 2018 / 5:43 pm

    Salam dr… contoh kalau ada jangkitan yis tapi tak jmpa dr sbb rasa mcm dah ok .. bahaya tak ?

    • drju April 6, 2018 / 12:02 am

      yis tak bahaya dan boleh hilang sendiri

  32. Lily Enni April 5, 2018 / 11:16 pm

    Slmt mlm dr..sy nk bertanya…slps mlalukn operation etopic sy sering mndapat kmaluan sy gatal2x dan bila bersama suami cecair faraj sy mngeluarkn bau busuk…sy pernah buat pap smear tp dr sah kn faraj sy normal…apakh punca gatal2x dan bau busuk tu *

    • drju April 6, 2018 / 12:03 am

      kemungkinan jangkitan yis ataupun bacterial vaginosis. jumpa doktor untuk pengesahan.

  33. qaisya April 14, 2018 / 9:05 pm

    Salam dr , saya mendapati faraj saya keluar cecair warna hijau … kenapa ya ?

    • drju April 16, 2018 / 11:03 pm

      salam, mungkin jangkitan kuman yang serius, eloklah adik berjumpa doktor esok

      • qaisya April 17, 2018 / 7:32 pm

        Cecair itu keluar hari isnin .. dan hari seterusnya sudah tiada

  34. Ann Mei 14, 2018 / 3:56 pm

    dok, saya mengalami kegatalan di tepi vagina , tapi dua hari ni selepas saya tidur dgn suami saya saya rasa perit di tepi faraj dan ada macam bintik 2 merah di keliling faraj saya.. saya dah 44 thn belum menopause, ini kenapa ya dok.

    • drju Mei 14, 2018 / 6:36 pm

      mungkin jangkitan kulat aje. elok jumpa doktor utk kepastian

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s