Sebab Faraj Gatal dan Pedih

gatal

Gatal-gatal atau pedih pada mana-mana anggota atau bahagian badan kerap terjadi dan boleh memberikan rasa tidak selesa. Sekiranya ia terjadi pada kawasan yang sensitif seperti faraj dan kawasan sekitarnya, ketidakselesaan amat ketara.

Gatal kemaluan sekiranya terjadi jarang-jarang adalah sesuatu yang normal tetapi apabila menjadi semakin kerap, elok berjumpa dengan doktor kerana ia mungkin tanda-tanda jangkitan kuman.

Apa yang menyebabkan kegatalan pada faraj?

Terdapat beberapa punca yang kerap dikaitkan dengan masalah ini termasuk:

1. Jangkitan kuman

  • Jangkitan bakteria vaginosisPersekitaran faraj yang sihat adalah disebabkan oleh keseimbangan flora dalam vagina yang menjaga faraj dari jangkitan bakteria merbahaya. Sekiranya ia terganggu, bakteria vaginosis akan senang berkembang dan memberikan masalah. Selain dari gatal-gatal, gejala-gejala lain termasuk keputihan yang berbau busuk, radang faraj dan rasa pedih terutama selepas melakukan hubungan seks.
  • Penyakit kelamin (STD). Chlamydia, herpes kemaluan, ketuat kemaluan, trichomoniasis dan gonorrhea adalah  semua punca yang boleh menyebabkan gatal-gatal pada faraj.
  • Jangkitan yis (kulat vagina)Merupakan punca utama kegatalan pada faraj. Hamil, penggunaan antibiotik yang berpanjangan dan kencing manis yang tidak terkawal kerap dikaitkan dengan jangkitan yis. Selain dari gatal-gatal yang luar biasa, jangkitan yis juga akan menyebabkan berlakunya keputihan tebal yang  berupa seperti keju yang melekat pada seluar dalam anda.

2. Menopos

Penurunan estrogen dalam badan menyebabkan dinding faraj menjadi nipis dan kering. Ini boleh membawa kepada gatal-gatal dan ketidakselesaan.

3. Penggunaan Bahan Kimia

Sekiranya ada kerap menyapu krim pada faraj atau mencuci faraj dengan bahan wangian, anda akan kerap mengundang jangkitan kuman kerana ia mengganggu keseimbangan flora dalam faraj dan seterusnya menyebabkan anda kerap rasa gatal. Contoh bahan kimia ini termasuk pencuci feminin, sabun wangi, pantiliner wangi, krim haruman dan sebagainya.

4. Alergi

Alahan pada sabun, kertas tandas wangi dan bahan pelembut kain juga boleh menyebakan kegatalan faraj.

5. Liken sklerosis

Ini adalah satu keadaan yang jarang berlaku. Liken sklerosis ialah kejadian tompok putih nipis membentuk pada kulit, terutama di sekitar vulva. Tompok ini kekal dan boleh menyebabkan parut dan gatal pada faraj.

Bagaimana ia dirawat?

Rawatan bergantung sepenuhnya punca kepada masalah ini.

Jangkitan kuman vaginosis akan dirawat menggunakan antibiotik seperti metronidazole.

Jangkitan yis dirawat dengan ubat antikulat. Ia mungkin dalam bentuk tablet makan atau ubat yang dimasukkan ke dalam faraj. Doktor juga mungkin akan memberikan krim sapu untuk mengurangkan kegatalan.

Sekiranya kegatalan disebabkan oleh menopos, rawatan menggunakan krim estrogen mungkin boleh mengurangkan simtom ini.

Krim steroid boleh mengurangkan kegatalan yang disebabkan oleh liken sclerosis.

Sekiranya masalah kegatalan ini melibatkan remaja yang masih muda, penyiasatan yang mendalam haruslah dilakukan untuk memastikan ia bukan tanda-tanda penderaan seksual.

Cara pencegahan

  • Elakkan dari memakai bahan kimia pada faraj. Ini termasuklah kertas tandas wangi, krim faraj, semburan/cucian feminin dan membilas faraj dengan kerap. Ia juga boleh membuatkan anda alergi pada bahan kimia tersebut.
  • Gunakan air paip biasa. Elak dari menggunakan sabun wangi dengan kerap kerana ia boleh mengeringkan faraj dan membunuh flora baik dalam faraj.
  • Sentiasa mengelap faraj dari depan ke belakang selepas membuang air besar.
  • Pakai seluar dalam berasakan kapas (yang tiada fabrik sintetik) dan tukar seluar dalam anda dengan lebih kerap.
  • Jangan sekali-kali douche (membilas faraj dalaman anda).
  • Menggunakan kondom ketika melakukan hubungan seks untuk mencegah penyakit kelamin.
  • Gunakan ubat pelincir yang selamat semasa hubungan seks. Adalah disyorkan menggunakan Gel KY kerana ia berasaskan air.
  • Elak melakukan hubungan seks sehingga anda betul-betul baik dari jangkitan tersebut.
  • Jangan menggaru dengan kuat di kawasan yang gatal kerana ia akan menyebabkan kulit mengelupas dan jangkitan menjadi semakin teruk.

 

Baca lagi : Rawatan Jangkitan Yis

Untuk temujanji dan pertanyaan lanjut, hubungi doktor

99 comments

  1. Salam sejahtera..Saya telah mengalami masalah keputihan tidak normal dalam jangka masa yang lama dan ianya buat saya tidak selesa..saya tidak pernah berjumpa doktor..hanya saya beli ubat dari farmasi seperti ubat krim sapu dan pessari..masih juga perkara yang sama berulang..saya selalu gatal di miss v saya dan ada bau tidak menyenangkan..keputihan pun bewarna kekuningan..saya ingin tahu apa jangkitan yang saya alami sekarang..harap maklum

  2. As salam..sy skrg mngadung..mengalami gatal2 di miss v..prnh g klinik swasta 2 kali..dy bgi ubat msok dekat miss v tpi kejap jew bertahan tidak rasa gatal..lps 2 jdi gatal2 lgy..pkai krim gatal pon kjap jew lps 2 jdi blik..sy ingin thu apa jangkitan y sy alami..dan apa ptt sy buat…harap maklum

  3. Saya nk tnye..kwn sy ade bgtau sy..yg dy pedih kt miss v selepas menggunakn pencuci miss v?..knpe eak dy terase pedih?..

  4. Salam…sy Ada mslh haid tidak berhenti hampir 2 bulan lebih…dan sy sering rasa gatal di bahagian bibir vagina hingga skrg dah Luka..di sebabkan tu,sy jadi Sukar buang air kecil Krn rasa sgt pedih jika di cuci…

  5. Salam..saya ada masalah gatal gatal pada kawasan yg tumbuh bulu ari-ari..masalah nie sy perasaan timbul sebaik saya lepas mencukur bulu di kawasan tersebut. saya ada letak krim gatal tp msalah ni masih brulang..apa yg perlu saya lakukan..tq

  6. Salam..saya ada masalah gatal gatal pada kawasan yg tumbuh bulu ari-ari..masalah nie sy perasaan timbul sebaik saya lepas mencukur bulu di kawasan tersebut. saya ada letak krim gatal tp msalah ni masih brulang..apa yg perlu saya lakukan..tq

  7. Salam..saya ada masalah gatal gatal pada kawasan yg tumbuh bulu ari-ari..masalah nie sy perasaan timbul sebaik saya lepas mencukur bulu di kawasan tersebut. saya ada letak krim gatal tp msalah ni masih brulang..apa yg perlu saya lakukan..tq

  8. Salam..saya ada masalah gatal gatal pada kawasan yg tumbuh bulu ari-ari..masalah nie sy perasaan timbul sebaik saya lepas mencukur bulu di kawasan tersebut. saya ada letak krim gatal tp msalah ni masih brulang..apa yg perlu saya lakukan..tq

  9. Assalamualaikum nak tanya apakah jenis masalah yang saya alami jika saya meak gatal² pada bahagian miss v dan keputihan seperti daki dan kadang kala berketul mohon rujukan..

  10. salam,anak saya kena gatal2 apabila dia start akil baligh..(fisrt datang period)smpai sekarang miss v dia gatal2..ada masa dia ok,ada masa keputihan dia keluar dan dia mula rasa gatal shingga mnyebabkan dia tidak selesa..kenpa ea?kadang dia smpai tekanan perasaan sebab tidak dapat tahan..

    • mungkin anak puan alergi pada pad sanitari. cuba guna yang diperbuat dari kapas sahaja. Kalau masih gatal, jumpa doktor untuk pastikan tiada jangkitan kuman. puan boleh cuba krim betamethasone untuk sapu kalau gatal sangat. boleh beli difarmasi.

  11. salam. saya nak tanya , baru2 ni saya dtg bulan miss v saya tiba2 menjadi gatal2 sehingga saya tak tahan nk menggaru . lps dah abis dtg bulan pun masih gatal2. ini kali pertama saya berasa gatal2 yg teruk di miss v . kenapa ehh ?

  12. assalamualaikum, miss v saya mula mula gatal gatal..pastu die jadi luka..nk buang air pun susah .. terasa pedih.. macam mne nk buat eh.?

  13. salam puan. saya sering merasa miss v saya sakit. tp sakit tu hanya kdg kdg saja. keputihan saya tak teruk, tapi miss v saya sering rasa gatal. kenapa yea?

  14. Salam boleh suggest tak area kl klinik mana okay untuk check gatal-2 vagina? Sy punya gatal kat luar dan bila garu jadi luka.

  15. Assalamualaikum, saya mengalami masalah kegatalan di sekitar vagina sudah lama dan sudah beberapa kali jumpa doktor sehingga telah diberi ubat makan anti kulat (lupa nama ubat), tetapi masih tidak menyelesaikan masalah saya, saya juga mengalami sakit menyucuk di vagina terutama bila hendak buang air kecil dan kerap mengalami kencing tidak lawas.. apa yg saya perlu buat?

    • puan ada jangkitan yis dan juga jangkitan kuman bakteria pada pundi kencing. saya cadangkan jumpa doktor utk pengesahan dan rawatan

  16. Saya sudah berumur lima puluh tahun dalam bulan sebelas haid tak datang lagi tetapi faraj saya gatal dalam dan bila kencing sakit saya ada guna minyak angin untuk kurangkan sakit . Pada pandangan doctor tentang masalah saya ini?
    Dan sy juga ada menggunakan sauna di rumah sejak sy rasa sakit MCM ni . ( Ini tentang ibu saya )

  17. saya nak tanya doktor …sye punya miss V gatal2 tapi di celah2 sebelah pundi kencing saya…dan ada biji2 ..knp ye??

  18. Hi doktor.. saya selalu mengalami msalah gatal2 di bibir vagina.. selalu start gatal2 sewaktu 4 atau 5 hari time period..kadang2 gatal selepas dtg period tpi cuma di bhgian bibir faraj.. gatal smpai melecet…boleh saya tahu kenapa ya doktor & solusinya.. tq

  19. sejak habis period bln lepas,, bhgian keliling miss v terasa gatal dan kdg2 pedih sampaikan sy rsa x selesa.. blh sy tau faktor nya knpa?? tq..

  20. Salam . Sy nak tanya vagina rasa pedih bila di sentuh tapi takde rasa gatal dan keputihan tidak terlalu banyak . Apa masalah sy ?

  21. Assalamualaikum dr. Saye nak tanye. Saye di sahkan kencing kotor. Lepas sehari makan ubat antibiotic dan ubat garam yang dye bagi miss v saye mulai gatal. Boley tak saye tahu itu di sebab kan ape. Saye masih single. Saye cuci miss v menggunakan lactacyd saye beli di watson ade kah sebab itu. Tapi pencuci tu dah 2 bulan saye pakai baru dapat kesan sekarang.

    • Puan mungkin ada jangkitan yis tapi diberikan ubat antibiotik. Elok jumpa doktor dulu dan pastikan jangkitan kuman apa

  22. Asalamualaikum Dr…sy nak tanya…saya ada keputihan masuk dua tahun sudah..sampai sekarang masih lagi xbaik2…kepitihan saya tu pekat kekuningan dan kekadang coklat…saya risau dengan keadaan ni..ni buat saya tak selesa sepanjang hari…apa yang perlu saya lakukan?

  23. Saya nak tanya, kenapa hari pertama saya bersama suami rasa sakit bila dia masukkan, dan sehingga hari ni pedih apabila terkena air, luka atau apa ye?

  24. Salam dr. Boleh ke kita cuci kemaluan dengan air garam? Saya ada belum berkahwin dan ada masalah gatal gatal pada kemaluan (lebuh kurang 2 bulan), dan sekarang kemaluan saya pedih apabila saya membilas selepas buang air kecil. Apa yg saya boleh lakukan?

  25. assalam doktor.. saya mengalami gatal2 di kemaluan dan di celah2 kangkang.. saya kerap menggaru.. menyebabkan luka dan kemaluan sy berwarna gelap.. apa yg perlu sy buat doc? sy akan berkahwin dalam masa terdekat.. sy sgt risau dan malu akan mslh ini.. jika perlu berjumpa doc.. kat mane klinik yg sy bole pegi utk dptkan rawatan?

  26. SALAM.. Dr.. Saya sllu mengalami kupuithan,, hari2 kluar kadang2 rasa air yg kluar,sellu sakit pinggang, period ok,teratur… buln2 lepas sy ada berjumpa dr cek hanya ckp ktakseimbangan baktria n dr bagi pncuci tapi still tak ada prubahan.. scan rahim,( syak rahim jatuh ke apa kan..)alhamdulillah rahim ok.. faraj sellu basah,, dah agak bertahun sy mengalami msalah ini.. tapi sy perasan mcm kwasan lubang faraj rasa ada benda.. tak rasa ada lubang pon.. apa ya itu dr??

    • Wslm, jumpa doktor. mungkin bartholin cyst. Untuk masaah keputihan yang banyak pastikan puan tiada maalah kencing manis.

      • Tq ya dr.. Lupa nk ckp sya blum kwin lgi.. Klu itu kmugkinn bartholin cyst yg sy fhm bengkak pd kljar luar faraj yg tepi bibir tu.. Tapi ap yg saya rasa benda tu btul2 di pintu lubng faraj.. Adakah itu kmugkinan yg sama jugk?

  27. Salam dr , dua tiga hari ini vagina saya mengalami kegatalan yang teramat gatal sehingga tidak dapat bertahan , jadi apa patut saya buat ?

  28. Salam dr …. seminggu dua dalam bulan ini vagina saya sering keluar keputihan yang banyak dan gatal gatal …apa ya dr ?

  29. Slmt mlm dr..sy nk bertanya…slps mlalukn operation etopic sy sering mndapat kmaluan sy gatal2x dan bila bersama suami cecair faraj sy mngeluarkn bau busuk…sy pernah buat pap smear tp dr sah kn faraj sy normal…apakh punca gatal2x dan bau busuk tu *

  30. dok, saya mengalami kegatalan di tepi vagina , tapi dua hari ni selepas saya tidur dgn suami saya saya rasa perit di tepi faraj dan ada macam bintik 2 merah di keliling faraj saya.. saya dah 44 thn belum menopause, ini kenapa ya dok.

  31. salam doc,
    saya mengalami kegatalan di tempat jahit masa bersalin dan kelihatan melecet.
    kenapa ye doc. kawan minta sayake doctor tapi saya malu.
    usia ank saya dah cecah 2 tahun.

  32. Sebahagian kemaluan saya tidak tumbuh bulu . Ia kemerahan seperti melecet dan merasa gatal dan pedih . Macam mana yaa ? Minta dibalas pada email .

  33. Salam dr. Sy rasa pedih didalam selepas bersama suami. Dan ini adalah first time rasa pedih saat suami memasuk kn alat beliau. Sy bersama mlm tadi dan saat suami memasuk kn alat beliau sy tbe2 rasa pedih di bahagian dalam sahaja dan pedih tu sy rasa smpi ke hari esok nye. Kenape ye dr? Sebelum ni tidak pernah terjadi.

  34. Salam dr , dua tiga hari ini vagina saya mengalami kegatalan. keputihan yang keluar berwarna jernih bercampur dengan putih. apa jalan penyelesaian atau antibiotik yang perlu saya ambil selain daripada berjumpa dengan doctor pakar.

    • Mungkin jangkitan yis . Makan ubat ni: tab diflucan 150mg sebiji sahaja. Kalau masih gatal dan pedih jumpa doktor

      • Kemudian saya jadi kerap kentut dan kerap kencing. Adakah berkemungkinan rahim saya jatuh ya doktor? Dan saya tak rasa berat di bahagian faraj, tetapi di punggung. Faraj terasa macam kosong. Kepala saya rasa pening. Symptom apakah yang sebenarnya saya alami ketika ini ya doktor?

      • Elok jumpa doktor untuk pemeriksaan lengkap. Tapi saya sarankan makan pil yg saya syorkan tu

  35. saya berumur 49..setahun lepas saya mgalami keputihan teruk..rawat sendiri beli cream cleorobic gold..sapu sampai keputihan hilang,masaalahnya lame2 kulit mnjadi nipis dan pedih..jika lps kencing cuci akan luka dan pedih dan selalu bedaki..kenapa ye

  36. Slm doc, saya ada masalah kegatalan di sekitar kulit kemaluan dan melecet di pangkal paha. Dah berjumpa doktor 2 kali. Pertama saya makan ubat antifungal seminggu satu biji ubat (makan utk 2 minggu). Masih tak hilang gatal. Second time jumpa doctor, doc bagi ubat antifungal 2 biji sehari. (Makan utk 10 hari). Minggu ni dah habis ubat. Tapi saya sedih masalah gatal masih tak hilang, dan ia sangat menggangu emosi saya.

    Soalan saya, apakah cara penyelesaian atau ubat paling baik utk masalah ni? Atau klinik pakar apakah perlu saya rujuk? Pakar kulit atau pakar sakit puan?

  37. asalamualaikum doc saya nak bertanya
    saya mengalami gatal2 pada bibir vagina dan dlm bibir vagina yg agak lama juga utk makluman doc saya telah keklinik dan ke doc pakar tapi kegatalan tu masih belum sembuh dan bila waktu malam mmg agak menganggu tidur saya

  38. Hai doc , 3bulan lps saya mula ada masalah gatal yg teramat gatal d bahagian miss v.. .mula2 miss v kering .. lama2 jdi gatal d bhgia kulit miss v smpai ke dubur .. stress sgt pnh beli ubat krim canesten v cream .. mula2 je ok lama2 dia jdi makin kerap gatal . Smpai terluka kulit miss v sy garu ..period dh berbulan xdtg .. sbb sy cucuk prcang depo .. makin lama jdi kering miss v dan mula gatal bhgian dubur ker vagina.

Tinggalkan Jawapan kepada drju Batal balasan