Kanser ovari adalah sejenis kanser yang bermula di dalam ovari. Wanita mempunyai dua ovari, satu pada setiap sisi rahim. Ovari adalah organ wanita yang mengeluarkan telur disamping merembes hormon estrogen dan progesteron.
Kanser ovari biasanya tidak dikesan di peringkat awal dan wanita cuma menunjukkan gejala apabila ia sudah merebak ke kawasan pelvis dan usus. Pada peringkat ini, kanser ovari lebih sukar dirawat dan sering membawa maut.
Sekiranya kanser ovari di kesan pada peringkat awal peluang untuk ia dirawat dengan lebih berkesan adalah tinggi.
Gejala Kanser Ovari
Peringkat awal,kanser ovari jarang menyebabkan apa-apa gejala kalau ada pun ia sering disalah anggap sebagai masalah biasa seperti masalah sembelit, perut kembung dan sakit gastrik. Bila ia sudah merebak, gejala-gejala yang kerap terjadi termasuk:
- Kembung melampau
- Cepat rasa kenyang apabila makan
- Kurang selera makan
- Berat badan berkurangan dengan mendadak
- Ketidakselesaan pada pelvis
- Perubahan tabiat membuang air besar, seperti kerap sembelit
- Kerap untuk membuang air kecil
Punca Kanser Ovari
Setakat ini tiada punca yang jelas kenapa wanita mengalami kanser ovari tetapi terdapat faktor-faktor tertentu yang boleh meningkatkan risiko untuk mendapat kanser ovari:
1. Usia
Kanser ovari boleh berlaku pada sebarang usia tetapi ia lebih kerap terjadi di kalangan wanita berumur 50 hingga 60 tahun.
2. Mewarisi Mutasi Gen
Sebilangan kecil kanser ovari adalah disebabkan oleh mutasi gen yang boleh diwarisi dari ibu atau saudara perempuan. Gen ini yang dipanggil BRCA1 dan BCRA 2 adalah Gen yang sama yang boleh menyebabkan kanser Payudara.
Mutasi Gen yang menyebabkan sindrom Lynch, yang dikaitkan dengan kanser usus besar, juga meningkatkan risiko wanita untuk mendapat kanser ovari.
3. Estrogen Terapi penggantian hormon (HRT)
Pengambilan HRT terutama apabila diambil dalam jangka masa yang panjang dan dalam dos yang tinggi dikaitkan dengan Kanser ovari.
4. Umur semasa haid bermula dan berakhir.
Jika anda mula haid sebelum umur 12 atau menopaus menjalani selepas umur 52, atau kedua-duanya, risiko kanser ovari menjadi lebih tinggi.
Lain Lain faktor termasuklah:
5. Wanita yang tidak pernah hamil.
6. Wanita yang pernah mendapat rawatan kesuburan.
7. Perokok.
8. Pengidap Sindrom ovari polisistik (PCOS)
Bagaimana Diagnosa Dibuat
Diagnosa selalu di buat dengan mengunakan cara Pengimejan, seperti ultrasound, MRI atau imbasan CT pada bahagian Pelvis dan Abdomen. Ujian-ujian ini boleh membantu menentukan saiz, bentuk dan struktur kanser ovari.
Ujian darah boleh mengesan protein (CA 125) boleh memberikan idea jenis kanser ovari yang wanita hadapi.
Pembedahan
Kadang kadang sekiranya diagnosa menjadi tidak jelas, pembedahan akan dilakukan untuk mengambil sampel tisu untuk mengesahkan dengan tepat diagnosis kanser agar rawatan tepat dapat diberikan. Jika ia pasti kanser, pakar bedah akan cuba membuang sebanyak mungkin kanser ada.
Pembedahan juga dapat menentukan sejauh mana peringkat kanser anda. Ia boleh membantu menentukan prognosis anda dan pilihan rawatan anda.
Peringkat kanser ovari termasuk:
Peringkat I. Kanser hanya dijumpai di dalam satu atau kedua-dua ovari.
Peringkat II. Kanser telah merebak ke bahagian lain pelvis.
Peringkat III. Kanser telah merebak ke bahagian abdomen.
Peringkat IV. Kanser ditemui di luar abdomen.
Rawatan kanser ovari biasanya melibatkan gabungan pembedahan dan kemoterapi.
Pembedahan selalunya melibatkan pembuangan kedua-dua ovari, tiub fallopio, rahim dan nodus limfa yang berhampiran dan juga organ organ dalaman yang terlibat.
Sekiranya kanser di jumpai pada peringkat awal atau peringkat 1, pembedahan mungkin akan melibatkan pembuangan satu ovari dan tiub fallopio sahaja untuk mempastikan wanita masih boleh hamil walaupun selepas pembedahan. Ia selalunya dibuat pada wanita yang masih muda
Kemoterapi
Selepas pembedahan, anda mungkin akan dirawat dengan kemoterapi untuk membunuh sel-sel kanser yang masih berleluasa dalam badan. Ubat kemoterapi disuntik ke dalam salur vena atau terus ke dalam rongga abdomen atau kedua-duanya.
Kemoterapi boleh digunakan sebagai rawatan awal bagi sesetengah wanita dengan kanser ovari yang lebih advanced seperti peringkat 3 dan ke 4.
Cara Pencegahan
Tidak ada cara yang pasti untuk mencegah kanser ovari tetapi kajian menunjukkan Penggunaan pil perancang melebihi 10 tahun, hamil dan penyusuan badan dikaitkan dengan kurang risiko untuk mendapat kanser ovari.
Apa Yang Saya Perlu Buat
Pastikan anda membuat pemeriksaan kesihatan rutin setiap tahun. Pemeriksaan faraj dan ujian ultrasound boleh memberikan diagnosa sebelum gejala masih belum timbul. Jumpa doktor anda hari ini.
Boleh Tanya..berapa kos dikenakan untuk membuat ujian ultrasound. Tq
RM 350
Hi Dr Ju.saya baru berkahwin seminggu lepas.masa mengenal keluarga lelaki lebih rapat saya mendapat tahu ibu mertua saya pernah menghadapi kanser rahim.Adakah saya berpotensi untuk mendapat kanser yang sama melalui “hubungan intim” dengan suami saya?
sebab puan tidak ada kaitan genetik dengan mertua, peluang untuk dapat kanser ovari sangat rendah
Hi Dr ju, saya br tahu yg saya pcos..dan nenek saya pernah ada kanser rahim sampai operate buang rahim.adakah saya berisiko jgk untuk dpt kanser?
riaiko ade tapi sangat rendah.jgn risau
Hi DR Ju,saya br tahu yg saya ada pcos..dan nenek saya pernah ada kanser rahim sampai kena operate buang.adakah saya juga berisiko utk dapat kanser?
Salam dokter.saya berumur 24 thn. Baru2 ini saya mengalami haid yg agak panjang. Sekitar 14-16 hari. Kemudian berhenti. Seminggu selepas habis haid ,keputihan saya seakan bercampur darah dan kadangkala bewarna merah/apakah puncanya dokter.
Dalam masa yg sama saya rasa kurang selesa dibahagan bawah perut dan kdgkala sakit dibahagian pinggang. Kadang2 perlu diurut supaya keluar angin2 badan barulah sedikit lega ttp tekanan dibawah perut dekat dengan pelvis tetap terasa. Dokter saya ada kanser ke?
Adik terlalu muda utk mendapat kanser tetapi mungkin adik ada jangkitan kuman pada pundi kencing atau faraj. elok jumpa doktor
Salam Dr.Juhaidah,
Ibu saya ,56 tahun,recurrence ovarian cancer-3rd stage, dan baru ini,after medical check up,doctor found out,her cancer re activate,dan doctor telah suggest utk cuba regimen yang lain,iaitu rotterdam,tapi itulah,saya perlukan eecond opinion,regimen ini ok ke?atau ada alternative lain.
Thanks doctor
Maaf dik. Saya tak boleh bagi 2nd opinion kerana kanser diluar bidang saya🙁
Ohh baik..takpe ,dr.ju ada any docto recommendation yg saya bole refer?
Thanks
Salam Dr.Ju,
Minta maaf sangat kacau,puan ada kenal or tahu any pharmacay or hospital yg jual oral capsule etoposide 50mg tak?urgently nak beli untuk ibu saya supaya bole start process chemo beliau.
Thanks
salam, ubat tu memerlukan prescripsi doktor puan, elok tanya doktor yang merawat ibu puan, saya ingin menolong tapi sukar kerana saya bukan doktor ibu puan.
Salam Dr.Ju, sy berumur 24 tahun. Semasa sy berusia 17 tahun sy disahkan mengidap ovarian cyst. Sy tangguh pembedahan disebabkan SPM. Lepas 2 bln cyst membesar dgn cpt..doc trus bt pembedahan secepat mungkin. Dn pd umur 21 tahun, cyst kembali active. Lg skali sy bt pembedahan utk yg kedua, kli ni cyst pn agak besar jgk..lpas sebulan semasa sy dpt kn rawatan susulan doc sahkan di kedua2 ovari sy ad cyst lg..dn sudah merebak ke abdomen lain..doc ckp jika membuat pembedahan sekali lgi usus mgkin akn dipotong disebbkan tumor mgkin dh merebak ke usus dn juga akn mengalami komplikasi ketika pembedahan..sy nk tanya, adekah cyst ni permulaan kpd kanser atau ianya kanser???
cyst yang biasa tidak merebak keusus kecuali ia kanser. elok tanya betul betul samada ia kanser atau tidak pada doktor yang merawat