Apa itu Ujian HPV?

ujian-pap

Ujian HPV adalah ujian mengesan kehadiran Virus Human Papilloma (HPV) iaitu virus yang boleh membawa kepada kejadian ketuat genital dan kanser serviks. Doktor anda mungkin mencadangkan ujian HPV jika:

  • Ujian Pap anda adalah tidak normal atau menunjukkan tanda ASCUS
  • Anda umur berada 30 ke atas

Ujian HPV adalah ujian saringan untuk kanser pangkal rahim, tetapi ia tidak memberitahu anda sama ada anda mempunyai kanser atau tidak. Sebaliknya, ia mengesan kehadiran HPV iaitu virus yang menyebabkan kanser pangkal rahim dalam badan anda.

Beberapa jenis virus HPV termasuk jenis 16 dan 18 meningkatkan risiko anda untuk mendapat kanser serviks.

Ujian HPV yang positif akan meletakkan anda pada risiko tinggi untuk mendapat kanser serviks bermakna anda memerlukan pemantauan dan lawatan tambahan untuk mengesan sebarang sel sel yang tidak normal supaya rawatan dapat diberikan dengan berkesan.

Jangkitan HPV boleh hilang dengan sendiri dalam masa satu atau dua tahun. Perubahan pada sel-sel serviks yang disebabkan oleh HPV mengambil masa 6-10 sebelum menjadi kanser. Jadi sekiranya HPV anda positif tidak bermaksud anda perlukan rawatan cuma perlukan pantauan sahaja.

Keputusan Ujian

Seperti mana ujian saringan yang lain, ujian HPV membawa risiko keputusan positif palsu atau palsu-negatif.

  1. Positif palsu. Adalah keputusan ujian positif yang menunjukkan bahawa anda dijangkiti virus HPV tetapi sebenarnya tidak. Ia selalunya membawa kepada prosedur susulan yang tidak perlu seperti kolposkopi atau biopsi dan memberikan kebimbangan yang tak sepatutnya pesakit.
  2. Negatif palsu. Adalah keputusan ujian negatif tetapi sebenarnya ia positif iaitu anda sememangnya mempunyai jangkitan HPV walau ujian menunjukkan bahawa anda tidak dijangkiti. Keadaan ini boleh menyebabkan kelewatan dalam rawatan susulan.

Persediaan yang perlu dibuat sebelum ujian

Tiada persediaan khas yang perlu sebelum ujian HPV. Walau bagaimanapun, sekiranya ujian HPV dilakukan pada masa yang sama sebagai ujian Pap, anda perlu mengambil langkah-langkah untuk memastikan kedua-dua ujian setepat mungkin

Elakan hubungan seks, douching, atau menggunakan krim spermicidal (ubat matikan sperma) dua hari sebelum ujian. Pastikan juga anda tidak mengalami haid semasa ujian dijalankan supaya sampel yang baik dapat diambil.

Ujian HPV biasanya dilakukan pada masa yang sama dengan ujian Pap kerana ia menggunakan sampel yang sama iaitu tisu pada serviks.

Semasa Ujian HPV

Seperti juga ujian Pap, ujian HPV dilakukan di klinik doktor dan hanya mengambil masa beberapa minit sahaja. Anda akan berbaring di belakang anda di atas katil di klinik doktor dengan membengkokkan lutut anda.

Doktor anda perlahan-lahan akan memasukkan alat yang dinamakan spekulum ke dalam faraj anda. Spekulum akan memberi akses kepada faraj supaya doktor anda boleh melihat serviks anda dengan mudah. Mungkin anda akan rasa rasa tekanan di pelvis anda semasa prosedur tapi ia akan hilang selepas prosedur.

Kemudian doktor akan mengambil sampel sel serviks anda menggunakan berus yang lembut dan alat pengikis yang dipanggil spatula. Ini tidak menyakitkan, dan anda mungkin tidak perasan sampel sebenarnya sudah yang diambil.

Selepas ujian HPV

Selepas ujian anda, anda boleh melakukan aktiviti harian biasa anda tanpa sebarang sekatan. Tanya doktor anda bila keputusan ujian dapat diterima. Ia selalunya mengambil masa 1 minggu.

Jika Ujian HPV positif

Keputusan ujian yang positif bermakna bahawa anda mempunyai jenis HPV berisiko tinggi yang yang dikaitkan dengan kanser serviks. Ia tidak bermakna bahawa anda mengalami kanser serviks tetapi ia adalah satu tanda amaran bahawa anda mempunyai risiko terhadap kanser serviks pada masa hadapan.

Doktor anda mungkin akan mencadangkan ujian susulan dalam masa setahun untuk melihat samada jangkitan sudah hilang atau untuk memeriksa samada anda mempunyai tanda tanda pra-kanser serviks.

Jika Ujian HPV negatif.

Keputusan ujian yang negatif bermakna bahawa anda tidak mempunyai jangkitan HPV yang boleh menyebabkan kanser serviks. Jadi anda tidak perlu risau.

Sekiranya kedua dua ujian Pap dan HPV tidak normal, doktor anda mungkin akan merujuk kepada pakar sakit puan untuk peperiksaan Kolposkopi.

 

Tinggalkan komen