Selepas menjalani ujian Pap, anda selalunya akan menerima keputusan ujian dalam masa 1 minggu. Majoriti dari wanita yang menjalani ujian mendapat keputusan yang normal. Ini bermaksud tiada tanda tanda tidak normal pada sel-sel serviks anda.
Jadi anda tidak perlu untuk berfikir tentang keputusan tersebut lagi sehinggalah ujian yang ulangan seterusnya. Jika anda menerima keputusan yang tidak normal, ia tidak bermakna anda mempunyai kanser.
Sebab Sebab Sel tidak Normal
Kadang kadang keputusan yang diterima menunjukkan perubahan sel yang dipanggil ASCUS, yang bermaksud sel sel tidak normal yang tidak dapat ditentukan klasifikasinya. Ia mungkin disebabkan oleh sel pra kanser atau mungkin disebabkan oleh jangkitan kuman.
Terdapat banyak sebab di mana sel-sel serviks menjadi ASCUS atau tidak normal. Ia termasuk:
- Radang Serviks
- Jangkitan Bakteria pada Faraj
- Jangkitan Herpes
- Jangkitan Trichomoniasis
- Jangkitan HPV
Langkah seterusnya sekiranya Pap tidak normal
Apabila keputusan Pap tidak jelas atau tidak meyakinkan, doktor mungkin akan menyarankan ujian ulangan 6 bulan kemudian atau ujian HPV (human papilloma virus) iaitu virus penyebab kanser serviks.
Sekiranya anda positif terhadap HPV doktor seterusnya akan menyarankan prosedur kolposkopi di mana serviks anda akan diperiksa dengan teliti untuk sebarang perubahan sel. Semasa kolposkopi, sedikit sampel tisu (biopsi) pada kawasan yang tidak normal akan diambil untuk analisa.
Sekiranya biopsi menunjukkan tanda pra-kanser doktor akan menyarankan beberapa rawatan untuk memusnahkan sel-sel kanser tersebut.
Ia boleh dimusnahkan dengan pembekuan yang dikenali sebagai pembedahan krio (Cryotherapy) atau hirisan dengan menggunakan gelung elektro (LEEP). Membuang sel-sel yang tidak normal boleh mencegah kanser serviks dari terjadi.
Jika biopsi mengesahkan anda mengalami kanser, rawatan akan bergantung kepada faktor-faktor lain, seperti peringkat dan gred kanser tersebut.
Siapa yang patut menjalani ujian Pap?
Kebanyakan wanita yang pernah membuat hubungan seks yang berumur di antara 21 dan 65 perlu mendapatkan ujian Pap setiap tiga tahun.Walaubagaimanapun, anda mungkin perlu ujian yang lebih kerap jika:
- Anda berisiko tinggi untuk mendapat kanser serviks
- Anda telah mempunyai keputusan ujian Pap tidak normal pada masa lalu
- Anda mempunyai sistem imun yang lemah atau anda HIV positif
- Ibu anda telah terdedah kepada hormon diethylstilbestrol semasa mengandungkan anda.
Saranan Ujian Pap
Wanita yang berumur di antara 30 dan 64 adalah dinasihatkan untuk membuat ujian Pap smear dan ujian papillomavirus manusia (HPV) bersama-sama setiap lima tahun, atau ujian Pap sahaja setiap tiga tahun.
Sesetengah wanita mungkin tidak perlu menjalani ujian Pap lagi. Ini termasuk wanita yang berumur 65 ke atas yang mempunyai tiga ujian Pap biasa berturut-turut dan tidak mempunyai keputusan ujian luar biasa dalam tempoh 10 tahun yang lalu.
Wanita yang mempunyai rahim dan pangkal rahim dikeluarkan, yang dikenali sebagai histerektomi, dan tidak mempunyai sejarah ujian Pap tidak normal atau kanser serviks juga tidak perlu menjalani ujian pap
Berbincang dengan doktor anda mengenai bila dan berapa kerap anda perlu menjalani ujian Pap.
Bolehkah saya membuat ujian Pap semasa mengandung?
Anda boleh menjalani ujian Pap semasa hamil. Anda juga boleh mempunyai kolposkopi semasa hamil kerana ia tidak akan memberikan kesan sampingan terhadap bayi anda.
Jika anda memerlukan rawatan tambahan, doktor anda akan memberi nasihat samada perlu menunggu sehingga bayi dilahirkan atau rawatan perlu walaupun masih hamil.
Tips untuk pencegahan
Sebab utama kenapa ujian Pap dilakukan adalah untuk mengesan sel-sel yang tidak normal sebelum ia menjadi kanser. Untuk mengurangkan risiko anda untuk dijangkiti virus HPV dan kanser serviks, ikuti tips pencegahan:
- Dapatkan vaksin seperti Gardasil dan Cervarix yang mencegah anda dari di jangkiti HPV.
- Mengamalkan seks selamat. Gunakan kondom untuk mencegah HPV dan penyakit kelamin yang lain.
- Buat pemeriksaan tahunan secara rutin
Salam, nak tya saya ada masalah susah dapat anak
kena buat penyiasatan puan. jumpa doktor
Assalam .. Boleh tak bgi no tel .. Untuk sy bertanyakan soalan lbih lanjut lagi … Tq
puan boleh emel
Boleh sy thu,pangkal rahim sy ad ketulan 2 bijik disekelilinya apa yg harus sy lakukan?bila sy cuba myentuhnya tiada masalah sakit cuma rasa biasa sahaja..tapi pekara ini buat sy bingung..?
elok sangat jumpa doktor. pastikan ia bukan serius
apa yang perlu saya buat sekiranya keputusan ujian pap smear menyatakan ada jangkitan kuman?sekiranya saya jumpa doktor dan diberi antibiotik untuk membunuh kuman tersebut adakah,kuman itu tidak akan datang lagi pada masa akan datang,adakah selamat untuk mengambil antibiotik untuk setiap penyakit yang dijangkiti kuman?
Kena tahu dulu jenis kuman tu ape. Boleh emaikan saya ujian pap smear tu
pastikan jenis apa kuman tu dulu, boleh emailkan saya keputusan test tersebut
Selamat pagi puan, baru masuk kerja dan dapat maklum balas dari puan berkenaan soalan saya jumaat lepas,telah saya sertakan image result pap smear saya kepada puan untuk penilaian. TQ.
saya belum dapat email tersebut
Assalamualikum puan..saya ingin bertanya..baru baru ni saya sering sakit di bahagian ari ari setelah habis haid..dan kerap kencing..baru baru ni bila saya check dia kawasan saluran vagina saya saya dapati ada bintik bintik daging..tidak pasti warts ataupun Vestibular papillomatosis(setelah saya goggle).Saya jugak kadang kala mengalami keputihan yg byk tapi tidak gatal dan tidak berbau..untuk makluman puan saya sudah pun mendirikan rumah tangga dahulu dan mempunyai seorang anak berusia 8 tahun.dan sekarang saya seorng ibu tunggal..dan sy tidak pernah menjalani ujian pap smear..terima kaseh atas maklum balas puan..
mungkin jangkitan kuman, sukar untuk buat diagnosa tanpa pemeriksaan faraj eloklah jumpa doktor
Terima kaseh atas maklum balas doc..saya baru lepas menjalani ujian pap smear..sekrang maseh menunggu keputusan..harap semua nya baik baik sahaja..