Ketuat Genital
Ketuat genital adalah salah satu jenis jangkitan kelamin yang paling kerap terjadi di kalangan wanita. Ia disebabkan oleh virus Human papilloma (HPV). Wanita lebih cenderung mendapat ketuat genital kelamin berbanding […]
Info Kehamilan dan Sakit Puan
Ketuat genital adalah salah satu jenis jangkitan kelamin yang paling kerap terjadi di kalangan wanita. Ia disebabkan oleh virus Human papilloma (HPV). Wanita lebih cenderung mendapat ketuat genital kelamin berbanding […]
Ketuat genital adalah salah satu jenis jangkitan kelamin yang paling kerap terjadi di kalangan wanita. Ia disebabkan oleh virus Human papilloma (HPV). Wanita lebih cenderung mendapat ketuat genital kelamin berbanding lelaki.
Ia bermula dengan bintik kecil yang sukar di lihat dengan mata kasar tetapi apabila ia membesar, ketuat akan kelihatan seperti daging kecil yang bergerutu seperti cauliflower.
Ketuat genital boleh tumbuh di bibir kemaluan, di dalam faraj, sekitar dubur dan pada pangkal rahim. Pada kaum lelaki, ia boleh tumbuh pada zakar dan buah zakar.
Ketuat genital juga boleh membiak di dalam mulut atau tekak seseorang yang pernah membuat seks oral dengan orang yang dijangkiti HPV.
Ketuat genital disebabkan oleh Human Papilloma Virus (HPV) yang merebak melalui hubungan seks. Setakat ini kajian menunjukkan terdapat 40 jenis spesies HPV yang boleh membawa kepada ketumbuhan ketuat genital.
Faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko untuk dijangkiti termasuk:
Jika anda tiada sebarang gejala, mungkin anda tidak memerlukan apa apa rawatan. Tetapi sekiranya ketuat disertai dengan rasa gatal, pedih, sakit dan masalah emosi, doktor akan menyarankan beberapa kaedah rawatan untuk anda
Krim Aldara iaitu krim antivirus yang disapu pada kawasan kulit boleh mengurangkan saiz ketuat dan meningkat keupayaan sistem imun. Elakkan berhubungan seks semasa rawatan kerana ia mengurangkan keberkesanan ubat dan juga boleh menyebabkan kulit pasangan anda menjadi pedih.
Anda mungkin memerlukan pembedahan untuk membuang ketuat yang lebih besar atau apabila krim Aldara tidak berkesan untuk mengurangkan saiz ketuat anda.
Pembedahan juga disarankan kepada wanita hamil kerana pengambilan krim akan mendedahkan bayi anda terhadap kesan sampingan Aldara.
Kesan-kesan sampingan boleh termasuk kejadian parut, bengkak dan kesakitan.
Menggunakan kondom setiap kali anda melakukan hubungan seks boleh mengurangkan risiko anda dijangkiti ketuat genital walaupun ia tidak berkesan seratus peratus.
Vaksin dikenali sebagai Gardasil melindungi daripada beberapa strain HPV yang boleh menyebabkan kanser, dan juga penyebab ketuat genital.
Saya tak pasti sama ada itu adalah ketuat atau jerawat tapi bentuk nya sama bersaiz kecil dan berada di kiri dan kanan kemaluan saya. 1 dari nya timbul dan sakit bila di usik. Kemudian di bahagian luar antara faraj dan pundi kencing saya mengalami satu benjolan yg berada dalam kulit dan berasa sakit dan tidak selesa. Mohon pendapat dr dan rawatan yang perlu saya lakukan untuk menghilangkan nya dengan cepat.
Ketuat tidak menyakitkan. Mungkin ia jerawat sahaja akibat mencukur bulu sekitaran.
Doktor. Sy ada lebihan daging yang panjang di tepi faraj saya. Tak silap sy labia minora ye doktor? Yang kulit tepi kiri dan kanan. Apa yang perlu sy buat doktor? Rasa tak yakin dengan diri.
jumpa doktor, mungkin adik mengalami ketumbuhan pada minora tu.
dr dimana boleh saya dapat ubat untuk ketuat genital ini? perlukah saya mendapatkan rujukan doktor jika ingin menggunakan krim tersebut ?
krim perlu dapatkan prescipsi doktor sahaja.
kalau ketuat melebihi 2cm kena buang dulu dengan laser
Dr adakah normal penggunaan aldara memyebabkan pendarahan kecil?
pendarahan di mana?
Di sekitar wart yg tumbuh
Wart tersebut mngecil nmun setiap kali sy sapu dia akan berdarah
kesan sampingan ubat tu
Macamana sy ingin buat apoiment dgn dr..sy rasa sy perlu bjumpa doctor
whatsapp no ni- 0193887689
Assalamualaikum doktor…. Sy seorang lelaki…. Boleh ke sy nak tanya pendapat dengan doktor?
boleh