Epidural adalah kaedah yang paling popular untuk melegakan kesakitan semasa bersalin kerana keberkesannya.
Semasa epidural, ubat penahan sakit disalurkan ke dalam tiub kecil pada belakang anda untuk memberikan kelegaan berpanjangan terhadap sakit bersalin. Epidural adalah anestetik setempat, jadi ia tidak mempengaruhi anggota badan yang lain.
Kira-kira 30 peratus wanita menggunakan epidural semasa bersalin tetapi epidural tidak sesuai untuk semua orang. Pakar bius akan bertanyakan soalan mengenai sejarah kesihatan anda untuk mempastikan anda tidak ada masalah perubatan yang boleh menghindarkan anda dari menjalani Epidural.
Bilakah Epidural boleh dimulakan?
Biasanya epidural diberikan setelah anda dalam peringkat bersalin aktif di mana serviks anda sudahpun terbuka 4 cm atau lebih. Epidural juga dicadangkan oleh doktor anda sekiranya infusi oxytocin diperlukan apabila kontraksi anda masih lemah.
Selepas epidural di masukkan, tiub epidural akan kekal pada belakang anda sehinggalah selepas bayi dilahirkan.
Bagaimana epidural diberikan?
Pakar bius anda akan memberikan injeksi pada kawasan belakang anda dengan anestetik tempatan. Kemudian jarum halus ditusuk antara ruang tulang belakang anda sebelum tiub kateter disalurkan ke dalam ruang epidural. Hujung tiub akan disambungkan aliran ubat yang akan berterusan sehinggalah anda melahirkan.
Adakah epidural akan memberi kesan kepada bayi saya?
Epidural merendahkan tekanan darah ibu dan jarang jarang ia boleh menjejaskan pengaliran oksigen kepada bayi anda. Ini boleh meningkatkan risiko pembedahan caesarean.
Apakah kelebihan Epidural?
- Epidural adalah ubat yang paling berkesan untuk melegakan kesakitan semasa melahirkan. Ia mengurangkan kesakitan bersalin sehingga 90%.
- Sekiranya kelahiran anda berakhir dengan pembedahan caesarean. Anda boleh meneruskan penggunaan caesarean sehingga 24 jam selepas pembedahan tanpa perlu tambahan ubat tahan sakit yang lain.
- Anda akan dapat berehat dengan cukup kerana tidak lagi distress dengan kesakitan yang berpanjangan
- Anda akan lebih fokus terhadap kelahiran anda
Apakah kelemahan Epidural?
- Kira-kira satu dalam lapan wanita mendapati epidural tidak berfungsi sebagaimana yang diharapkan.
- Kelahiran anda memerlukan lebih pantauan untuk memastikan tiada tekanan darah rendah yang melampau yang boleh menjejaskan aliran oksigen kepada bayi
- Anda mungkin akan mengalami rasa gigil, demam dan sakit kepala semasa dan selepas epidural
- Anda mungkin terpaksa berbaring sepanjang proses bersalin kerana bayi anda perlukan pantauan secara berterusan
- Kelahiran anda mungkin berakhir dengan kelahiran vakum atau forsep kerana anda kehilangan rasa untuk meneran.
- Anda mungkin akan merasa kebas pada kaki anda berpanjangan walaupun sudah berjam -jam epidural dikeluarkan
- Anda mungkin mengalami kesukaran untuk membuat air kecil tetapi ia akan hilang
- Kelahiran anda mungkin menjadi lama disebabkan anda tidak dapt bergerak bebas dan hanya berbaring di katil
- Dalam kes yang sangat jarang, akan berlaku kerosakan saraf kekal iaitu 1 kes dalam 24 ribu prosedur.
Berbincang dengan doktor anda sekiranya anda ingin kelahiran yang tenang dan tanpa kesakitan kerana Epidural adalah yang pilihan yang terbaik untuk anda,