Penjagaan Tali Pusat Bayi Selepas Lahir

tali-pusat

Semasa hamil, tali pusat pusat berfungsi sebagai organ yang membawa nutrien dan oksigen daripada ibu kepada bayi anda. Selepas kelahiran tali pusat ini akan di potong lebih kurang 2-3cm dari pusat bayi kerana fungsinya tidak lagi diperlukan.

Sebelum jatuh dengan sendiri, tali pusat akan berubah warna dari putih ke hitam dan menjadi kering.

Tunggul tali pusat mengambil 2-3 minggu untuk terlerai dari pusat bayi tetapi sebelum itu perhatian perlu diberikan untuk memastikan ia tidak mengalami sebarang jangkitan.

Lap tali pusat dengan air bersih

Kalau dulu ibubapa disarankan menggunakan swab alkohol untuk mempastikan tali pusat bersih, kajian terbaru menunjukkan tunggul tali pusat mungkin sembuh dengan lebih cepat jika di biarkan begitu sahaja. Jika ia kotor bersihkan dengan air kosong dan keringkan dengan tuala bersih.

Pastikan Ia kering.

Mendedahkan tali pusat kepada udara untuk membantu ia kering lebih cepat. Jangan tutup tali pusat dengan lampin dan elak dari perpeluhan dengan memberikan perudaraan. Pastikan ia kering selalu.

Mandi mengunakan Sponge

Mandi Sponge mungkin paling praktikal semasa proses penyembuhan tali pusat kerana ia mengelak dari tunggul tali pusat menjadi basah. Apabila ia gugur, bayi anda boleh bermula dengan mandian dalam tub mandi.

Tunggu hingga Ia Jatuh sendiri.

Elok dari cuma menarik atau mencabut tali pusat walaupun ia sudah kelihatan sangat nipis. Bagi ia jatuh sendiri untuk mengelakan pendarahan dan jangkitan kuman.

Tanda-tanda jangkitan

Semasa proses penyembuhan, adalah biasa untuk melihat sedikit darah di sekitar pusat dan tali pusat. Walau bagaimanapun, hubungi doktor jika terdapat nanah pada pusat atau kulit di sekitarnya menjadi kemerah-merahan. Jika bayi anda mempunyai jangkitan pada pusat, rawatan segera diperlukan untuk menghentikan jangkitan daripada merebak.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s