Episiotomi adalah hirisan yang dibuat pada faraj di saat saat terakhir kelahiran bayi. Hirisan dibuat diantara dubur dan bukaan faraj dengan harapan dapat mengelak dari luka yang lebih besar dan sampai ke rektum ( usus besar).
Di Malaysia, prosedur episiotomi memang kerap dilakukan terutama untuk kehamilan pertama, tetapi setakat ini tidak bukti yang menunjukkan ia memberikan manfaat malahan ia dikatakan boleh menyebabkan koyakan yang lebih besar, mengikut kajian terbaru.
Sebelum ini episiotomi dikatakan menyediakan kebaikan berikut:
- Mempercepatkan kelahiran
- Melindungi daripada masalah lemah kawalan kencing
- Mengurangkan risiko faraj longgar selepas kelahiran
- Mempercepatkan proses penyembuhan luka pada faraj
Walau-bagaimanapun, penyelidikan perubatan menunjukkan tiada bukti kukuh terhadap manfaat ini malahan ia sebenarnya boleh memberikan kesan sampingan seperti berikut:
- Jangkitan Kuman
- Kesakitan faraj selepas bersalin lebih ketara
- Lebih berisiko tinggi untuk luka sampai ke lubang dubur
- Jangka masa panjang: Kesakitan semasa hubungan seks

The American College of Obstetricians dan pakar ginekologi mengatakan bahawa episiotomi tidak semestikan dilakukan dan menyarankan ia tidak di buat secara rutin.
Untuk mengurangkan luka faraj semasa melahirkan elok amalkan
- Kegels (senaman untuk otot pelvis)
- Urut faraj anda ( Perineal Massage)
- Teran perlahan lahan semasa di peringkat 2 kelahiran
Bincang dengan doktor anda sekiranya anda tidak berhasrat untuk menjalani episiotomi di saat kelahiran nanti.
Tinggalkan komen