Haid Tidak Teratur dan Sukar Hamil

imagesTidak bertelur atau tidak OVULASI ( ANOVULASI)  merangkumi 30-40% sebab kenapa wanita gagal hamil. Gejala ANOVULASI  ini termasuklah:

  •  Haid tidak teratur dengan kitaran kurang dari 21 hari dan melebihi 35 hari
  • Haid yang datang sedikit sedikit tetapi lambat habis
  • Haid yang kerap seperti 2 kali sebulan
  • Haid yang tidak datang berbulan bulan sehingga bertahun tahun
  • Haid yang bermula dengan aliran darah kehitaman yang lama, berhenti dan datang balik beberapa hari kemudiannya.
  • Haid yang lama tidak datang seperti berbulan bulan dan kemudiannya apabila ia datang, aliran didapati terlalu banyak dan kerap disertai dengan senggugut.
  • Haid yang datang sedikit sedikit dan tidak habis habis sehingga berbulan bulan lamanya.

Walaupun anovulation biasanya boleh dirawat dengan ubat kesuburan, adalah penting untuk memastikan tiada masalah lain yang boleh mengganggu ovulasi, seperti masalah tiroid,keabnormalan kelenjar adrenal atau pituitari.

Menangani masalah sukar hamil disebabkan tiada ovulasi

Setelah doktor memastikan anda tiada masalah perubatan serius yang lain, dia memberikan ubat subur untuk merangsang ovulasi anda.

Ubat CLOMID (clomiphene) biasanya pilihan pertama kerana ia merupakan ubat biji yang senang diambil. Ia sangat berkesan dalam dalam merangsang kesuburan. Ia digunakan untuk mendorong ovulasi dan merangsang tumbesaran dan meningkatkan pengeluaran telur oleh ovari.

Clomiphene mendorong ovulasi pada kebanyakan wanita dengan masalah haid tidak teratur. Terdapat sedikit risiko kelahiran kembar iaitu kurang dari 10%

Dos permulaan biasa Clomiphene adalah 50miligram sehari selama lima hari, bermula pada hari ke dua ke tiga, keempat, kelima selepas haid bermula. Ovulasi dijangka berlaku 7 hari selepas dos terakhir. Jika anda tidak berovulasi, dos akan ditingkatkan kepada 100mg sehari setiap bulan sehingga 200mg. Selepas anda mula berovulasi, kebanyakan doktor mencadangkan mengambil Clomid untuk 3-6 bulan sebelum merujuk kepada pakar infertiliti sekiranya anda masih belum hamil.

Ubat-ubat kesuburan kadang-kadang membuat mukus servik likat dan menghalang sperma, berenang ke dalam rahim. Ini boleh diatasi dengan menggunakan permanian beradas dalam rahim atau IUI)  iaitu satu prosedur dimana sperma yang sudah dibersihkan di injek terus ke dalam rahim.

Bergantung kepada respon anda terhadap clomid, doktor anda mungkin mencadangkan ubat kesuburan yang lain seperti Gonal-F atau hormon suntikan lain yang merangsang folikel dan merangsang perkembangan telur dalam ovari. Kebanyakan ubat-ubatan memerlukan suntikan dan injeksi selalunya diberikan oleh doktor.

Disebabkan kesan sampingan hormon suntikan lain lebih daripada clomid doktor anda akan memantau anda dengan ultrasound faraj kerap untuk memastikan anda tidak mengalami over stimulasi ( di antara gejalanya termasuklah kembung dan sakit perut). Kira-kira 90% wanita mengalami ovulasi dengan ubat suntikan dan  30%-60% wanita berjaya hamil.

Sindrom Ovari Polycystic (PCOS)

Penghidap PCOS adalah diantara yang paling kerap mengalami masalah ovulasi. PCOS berkait dengan ketidakseimbangan hormon yang boleh menyebabkan ovari tidak berjaya menghasilkan telur matang. Dalam kebanyakan kes, ovari menjadi membesar dan kelihatan dipenuhi dengan kantung kantung kecil, iaitu sista berisi cecair.

Gejala termasuk:

  • Haid yang tidak teratur atau tiada langsung
  • Tiada Berlaku ovulasi
  • Mengalami masalah Obesiti atau berlebihan berat badan (cuma segelintir dari penghidap PCOS yang kurus)
  • Kebal terhadap Insulin
  • Mengalami Tekanan darah tinggi
  • Tahap Kolesterol yang tidak normal
  • Tumbuh bulu yang berlebihan pada badan dan muka (hirsutisme
  • Jerawat atau kulit berminyak
  • Rambut menipis dengan corak botak lelaki

Mencuba Hamil dengan Masalah PCOS

Jika anda mempunyai PCOS dan anda kelebihan berat badan, mengurangkan berat badan adalah salah satu cara untuk meningkatkan peluang anda untuk hamil. Doktor juga akan mencadangkan ubatan merangsang ovulasi seperti mana yang diterangkan di atas.

Doktor juga mungkin akan memberikan ubat METFORMIN ubat untuk menurunkan tahap insulin anda kerana ia boleh mengganggu keupayaan telur anda untuk matang . Tahap insulin yang tinggi yang kronik dikaitkan dengan masalah kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung. Sekiranya masih sukar hamil, rawatan seterusnya termasuk  persenyawaan secara in vitro, atau IVF ( Bayi Tabung Uji).

Dalam jangka yang panjang, wanita PCOS cenderung untuk mendapat kanser endometrium, terutamanya jika masalah PCOS tidak dirawat.

Sekiranya tiada keinginan untuk hamil tetapi pesakit di ganggu oleh masalah haid yang sangat tidak teratur dan mengganggu kehidupan, doktor selalunya akan mencadangkan penggunaan ubat hormon untuk memperbaiki kitaran haid anda.

Bagi mereka yang mengalami masalah bulu berlebihan, rawatan yang diberikan termasuk ubat hormon seperti DIANE 35.

Masalah Masalah lain yang berkait dengan Haid tidak teratur

Hyperprolaktin– Doktor akan menyarankan ubatan seperti DOSTINEX untuk mengurangkan tahap prolaktin. Sekiranya tahap prolaktin dapat di kawal, kitaran haid dengan sendiri akan menjadi normal dan ovulasi akan berlaku

Masalah tiroid/Adrenal– Ubat tiroid akan diberikan dan pesakit selalu dipantau oleh pakar Perubatan.

Apa yang anda perlu buat?

Sekiranya anda mengalami haid tidak teratur, PASTIKAN anda berjumpa dengan doktor dahulu untuk memastikan apa sebenarnya masalah yang anda hadapi. Pemeriksaan faraj, Ultrasounds dan ujian darah amat penting kerana ubatan yang sesuai cuma akan dapat diberikan sekiranya doktor mengetahui penyakit sebenar yang menyebabkan anda tidak berovulasi. Jumpa doktor anda hari ini.

 

 

Advertisements

24 thoughts on “Haid Tidak Teratur dan Sukar Hamil

  1. Mira Oktober 21, 2016 / 1:32 pm

    Saya mengalami period tidak teratur dan pertumbuhan bulu yg banyak..Apakah cadangan rawatan yg perlu saya buat dan ubat apa perlu saya ambil. Ini kerani period saya sblm nie teratur cuma skrg nie tidak teratur..Saya sorang obesiti dan aktif bersukan..Saya masih bujang dan ingin menstabilkan period saya kembali

    • drju Oktober 25, 2016 / 4:10 pm

      kalau puan berbadan besar elok kurangkan berat badan sekurangnya 15% dari saiz badan sekarang. Makan Ubat metformin kalau insulin tinggi. elok bincang dengan doktor puan dengan lebih terperinci.

    • drju Oktober 25, 2016 / 4:11 pm

      elok jumpa doktor kerana puan mungkin mengalami hormon testosterone yang tinggi ( hormon lelaki)

  2. fatin najihah Oktober 22, 2016 / 8:02 am

    Assalamualaikum….saya nak brtanya,sy pcos..period sy hri tu jd tingtong 3 bulan x mai period…tpi opk sy sntiasa positif…bila saya cek doc x sah sy pregnant la…so sy ambl ubt trun drh…so period sy mai la,sbb sy nk on clomid.50g…lpastu jmpa doc x de respon…skrng doc tmbh kn dos ubt pda sy..so disini saya nk tanya…untuk kita matang kan telur kita…apa yg perlu kita amalkan…

  3. drju Oktober 30, 2016 / 9:34 pm

    kena pastikan telur puan di pantau oleh doktor untuk pastikan ia matang atau tidak mengunakan US,kalau tak matang kena tambah dos

  4. nana Disember 7, 2016 / 4:58 pm

    salam.. doc sy nak tye.. sy mempunyai mslah period yg x tratur n sy bru shja berkahwin. bgaimana sy nk memulihkan kitaran haid sy?

    • drju Disember 15, 2016 / 1:31 pm

      elok jumpa doktor dulu untuk pastikan punda kenapa ia tidak teratur. bila tahu punca ubat yang sesuai akan diberikan

  5. Nina Januari 14, 2017 / 8:52 am

    Doktor tolong bantu sy apa sy perlu lakukn.. Bulan november, sy kerap datg haid.. Turun haid 5 hari, lepas 3 hari turun haid lagi berulang2 sampai sebulan.. Bulan 12, langsung tiada haid, sehingga januari hari ini pun tiada haid lg.. Sy sudah buat ujian kehamiln, pun negatif.. Sy umur 33thn.. Tolong jelaskan

    • drju Januari 16, 2017 / 8:06 pm

      elok puan jumpa doktor pakar untuk pastikan tiada masalah dalam rahim atau pangkal rahim.Pemeriksaan faraj adalah wajib.

  6. siti Februari 1, 2017 / 7:10 pm

    asslkm dr..
    adakah pesakit pcos ini bbahaya? sebab saya baca artikel dr, pesakit ini cenderung dpt kanser..mcm mana cara rawatan pcos? boleh ke saya amalkan jamu atau ubat-ubatan yg dijual khusus utk pcos?

    • drju Februari 1, 2017 / 8:06 pm

      risiko cancer selalunya terjadi pada usia 40’an
      elok jumoa doktor setahun sekali untuk ujian US
      Jamu dan ubatan traditional tidak digalakan

  7. ema April 29, 2017 / 5:57 pm

    Salam, saya mpunyai masalah haid tidak teratur dan pcos..dalam 2 3 hari lepas(rabu 26apr), saya ada spotting utk period(skjp saja) kemudian selepas kencing dan nak cuci, saya dapati di faraj saya ada lendiran berwarna coklat dan tidak berbau.lendiran coklat tsbt masih lagi sampai skrg..dlm shari cuma 2 atau 3 kali lendiran tsbt keluar.
    lendiran darah juga cuma di faraj dan bila saya guna pad, pad kosong(tiada darah).

    adakah normal utk org pcos dan macam mana cara untuk turunkan/lancarkan darah tsbt)

    • drju April 30, 2017 / 12:59 am

      Tidak normal. Elok jumpa doktor

  8. Azlin November 11, 2017 / 1:12 am

    salam Dr, sy tgh menjalankan rawatan kesuburan. Dr sahkan Sy ada mslh pcos.Masa first app dr ada beri ubat untuk stabilkan period iaitu pil perancang diane 35 in 3 cycle, diminta strt makan ketika period akn datang selama 21hari.dan juga kertas untuk buat ujian darah day 2 period n day 21 untuk pd period seterusnya. Disebabkan first app sy dh lepas period. Soalan sy, sy confius bolehkah sy test darah utk kesuburan ketika sy sdg amalkan pil tersebut?Atau sy xperlu lg mengambil pil itu utk test ujian drh utk kesuburan. Dan bilakah saya spttnya boleh start makan pil tersebut? Next app lg 5 bulan.

    • drju November 11, 2017 / 8:50 am

      elok buat ujian darah sebelum rawatan. FSH/LH tu

  9. Nik Mac 12, 2018 / 10:27 am

    Period saya dah lewat sebulan lebih..
    Cek upt negetif..g klinik doktor bagi ravimed 5mg..perlu ke saya makan ravimed untuk stabil kan period?

    • drju Mac 13, 2018 / 9:58 am

      ravimed mungkin untuk keluarkan period sahaja

  10. Siti Ogos 30, 2018 / 2:51 pm

    Doktor..doktor saya sarankan amalkan pil perancang untuk 3 bulan bagi stabilkan haid saya..makan 21 hari stop 7 hari dan bereterusan selama 3 bln..saya ada masalah pcos..adakah ada kesan sampingan jika ambil pil perancang tersebut?

    • drju Ogos 31, 2018 / 10:17 pm

      sala, kalau ambil utk tiga bulan sahaja tidak akan memberikan kesan sampingan serius, jgn risau

      • Siti September 17, 2018 / 12:53 pm

        salam doktor,
        Saya dah habis makan pil perancang untuk 21 hari tapi haid saya x datang,sekrang dah hari ke 24. Adakah perkara ini normal? Perlulah saya teruskan pengambilan pil perancang untuk 21 hari seterusnya?

        Terima kasih.

      • drju September 18, 2018 / 7:21 pm

        salam, ia normal jgn risau. puan makan sahaj kotak seterusnya selepas berhenti 7 hari. Jangan risau haid puan akan datang

      • Siti September 19, 2018 / 12:13 am

        Salam doktor,
        Kalau makan pil perancang tu adakah boleh mengakibatkan kesakitan pada payudara,saya rasa macam ada ketulan pada payudara saya,saya takut kalau ianya barah payudara sebab saya ada baca kalau hormon berlebihan boleh sebabkan kanser.

  11. niny September 13, 2018 / 2:05 pm

    salam doc,saya nak tnya sebelum saya khwin period oke je senggugut pun xde doc,selepas khwin ok lagi nak masuk 2 taun married skrg nie period dtg xdtg then saya jumpa doc doc ckp tak dpt nak mnghasilkan telur bole ke saya pregnant doc?? apa patut saya buat doc? ada ubat yg boleh mngatasinya skrg saya mkn folid acid,delima,buahzuriat jer. boleh ke saya preg doc

    • drju September 18, 2018 / 7:18 pm

      salam, ada dua kemungkinan yang kerap terjadi jika berlaku senggugut : endometriosis atau fibroid. saya cadang ujian ultrasound melalui faraj untuk memastikan puan tiada masalah ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s