
Tidak bertelur atau tidak OVULASI ( ANOVULASI) merangkumi 30-40% sebab kenapa wanita gagal hamil. Gejala ANOVULASI ini termasuklah:
- Haid tidak teratur dengan kitaran kurang dari 21 hari dan melebihi 35 hari
- Haid yang datang sedikit sedikit tetapi lambat habis
- Haid yang kerap seperti 2 kali sebulan
- Haid yang tidak datang berbulan bulan sehingga bertahun tahun
- Haid yang bermula dengan aliran darah kehitaman yang lama, berhenti dan datang balik beberapa hari kemudiannya.
- Haid yang lama tidak datang seperti berbulan bulan dan kemudiannya apabila ia datang, aliran didapati terlalu banyak dan kerap disertai dengan senggugut.
- Haid yang datang sedikit sedikit dan tidak habis habis sehingga berbulan bulan lamanya.
Walaupun anovulation biasanya boleh dirawat dengan ubat kesuburan, adalah penting untuk memastikan tiada masalah lain yang boleh mengganggu ovulasi, seperti masalah tiroid,keabnormalan kelenjar adrenal atau pituitari.
Menangani masalah sukar hamil disebabkan tiada ovulasi
Setelah doktor memastikan anda tiada masalah perubatan serius yang lain, dia memberikan ubat subur untuk merangsang ovulasi anda.
Ubat CLOMID (clomiphene) biasanya pilihan pertama kerana ia merupakan ubat biji yang senang diambil. Ia sangat berkesan dalam dalam merangsang kesuburan. Ia digunakan untuk mendorong ovulasi dan merangsang tumbesaran dan meningkatkan pengeluaran telur oleh ovari.
Clomiphene mendorong ovulasi pada kebanyakan wanita dengan masalah haid tidak teratur. Terdapat sedikit risiko kelahiran kembar iaitu kurang dari 10%
Dos permulaan biasa Clomiphene adalah 50miligram sehari selama lima hari, bermula pada hari ke dua ke tiga, keempat, kelima selepas haid bermula. Ovulasi dijangka berlaku 7 hari selepas dos terakhir. Jika anda tidak berovulasi, dos akan ditingkatkan kepada 100mg sehari setiap bulan sehingga 200mg. Selepas anda mula berovulasi, kebanyakan doktor mencadangkan mengambil Clomid untuk 3-6 bulan sebelum merujuk kepada pakar infertiliti sekiranya anda masih belum hamil.
Ubat-ubat kesuburan kadang-kadang membuat mukus servik likat dan menghalang sperma, berenang ke dalam rahim. Ini boleh diatasi dengan menggunakan permanian beradas dalam rahim atau IUI) iaitu satu prosedur dimana sperma yang sudah dibersihkan di injek terus ke dalam rahim.
Bergantung kepada respon anda terhadap clomid, doktor anda mungkin mencadangkan ubat kesuburan yang lain seperti Gonal-F atau hormon suntikan lain yang merangsang folikel dan merangsang perkembangan telur dalam ovari. Kebanyakan ubat-ubatan memerlukan suntikan dan injeksi selalunya diberikan oleh doktor.
Disebabkan kesan sampingan hormon suntikan lain lebih daripada clomid doktor anda akan memantau anda dengan ultrasound faraj kerap untuk memastikan anda tidak mengalami over stimulasi ( di antara gejalanya termasuklah kembung dan sakit perut). Kira-kira 90% wanita mengalami ovulasi dengan ubat suntikan dan 30%-60% wanita berjaya hamil.
Sindrom Ovari Polycystic (PCOS)
Penghidap PCOS adalah diantara yang paling kerap mengalami masalah ovulasi. PCOS berkait dengan ketidakseimbangan hormon yang boleh menyebabkan ovari tidak berjaya menghasilkan telur matang. Dalam kebanyakan kes, ovari menjadi membesar dan kelihatan dipenuhi dengan kantung kantung kecil, iaitu sista berisi cecair.
Gejala termasuk:
- Haid yang tidak teratur atau tiada langsung
- Tiada Berlaku ovulasi
- Mengalami masalah Obesiti atau berlebihan berat badan (cuma segelintir dari penghidap PCOS yang kurus)
- Kebal terhadap Insulin
- Mengalami Tekanan darah tinggi
- Tahap Kolesterol yang tidak normal
- Tumbuh bulu yang berlebihan pada badan dan muka (hirsutisme
- Jerawat atau kulit berminyak
- Rambut menipis dengan corak botak lelaki
Mencuba Hamil dengan Masalah PCOS
Jika anda mempunyai PCOS dan anda kelebihan berat badan, mengurangkan berat badan adalah salah satu cara untuk meningkatkan peluang anda untuk hamil. Doktor juga akan mencadangkan ubatan merangsang ovulasi seperti mana yang diterangkan di atas.
Doktor juga mungkin akan memberikan ubat METFORMIN ubat untuk menurunkan tahap insulin anda kerana ia boleh mengganggu keupayaan telur anda untuk matang . Tahap insulin yang tinggi yang kronik dikaitkan dengan masalah kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung. Sekiranya masih sukar hamil, rawatan seterusnya termasuk persenyawaan secara in vitro, atau IVF ( Bayi Tabung Uji).
Dalam jangka yang panjang, wanita PCOS cenderung untuk mendapat kanser endometrium, terutamanya jika masalah PCOS tidak dirawat.
Sekiranya tiada keinginan untuk hamil tetapi pesakit di ganggu oleh masalah haid yang sangat tidak teratur dan mengganggu kehidupan, doktor selalunya akan mencadangkan penggunaan ubat hormon untuk memperbaiki kitaran haid anda.
Bagi mereka yang mengalami masalah bulu berlebihan, rawatan yang diberikan termasuk ubat hormon seperti DIANE 35.
Masalah Masalah lain yang berkait dengan Haid tidak teratur
Hyperprolaktin– Doktor akan menyarankan ubatan seperti DOSTINEX untuk mengurangkan tahap prolaktin. Sekiranya tahap prolaktin dapat di kawal, kitaran haid dengan sendiri akan menjadi normal dan ovulasi akan berlaku
Masalah tiroid/Adrenal– Ubat tiroid akan diberikan dan pesakit selalu dipantau oleh pakar Perubatan.
Apa yang anda perlu buat?
Sekiranya anda mengalami haid tidak teratur, PASTIKAN anda berjumpa dengan doktor dahulu untuk memastikan apa sebenarnya masalah yang anda hadapi. Pemeriksaan faraj, Ultrasounds dan ujian darah amat penting kerana ubatan yang sesuai cuma akan dapat diberikan sekiranya doktor mengetahui penyakit sebenar yang menyebabkan anda tidak berovulasi. Jumpa doktor anda hari ini.
Tinggalkan Jawapan kepada drju Batal balasan