Rasa Tegang Pada Perut. Adakah ia Tanda Sakit Bersalin?

bhPada lewat kehamilan, anda mungkin kerap merasa ketegangan pada rahim yang dikenali sebagai kontraksi Braxton Hicks. Tegangan atau kontraksi ini terjadi kerana ia adalah salah satu cara badan kita bersiap sedia untuk menyambut kedatangan kelahiran sebenar.

Kontraksi Braxton Hicks bukan tanda anda akan bersalin dalam masa terdekat, tetapi ramai wanita hamil menjadi keliru kerana kontraksi tersebut agak sama dengan tanda awal bersalin.

Apa itu kontraksi Braxton Hicks.?

Ramai wanita mengambarkan kontraksi Braxton Hicks sebagai rasa tegang pada bahagian abdomen yang sekejab datang dan sekejab hilang. Ada juga yang mengatakan ia seperti sakit sengugut dan ada juga cuma rasa sengal pada bawah perut.

Kontraksi Braxton Hicks selalunya ringan dan boleh memberikan rasa tidak selesa pada perut tetapi jarang memberikan sakit yang ketara.

Ciri Ciri Kontraksi Braxton Hicks:

  • Biasanya tidak menyakitkan
  • Datang secara tiba tiba dan hilang dengan sendiri.
  • Berlaku kurang dari 20 minit dan tidak lebih dari satu jam
  • Jarak diantara kontraksi tidak konsisten 
  • Kontraksi tidak menjadi semakin kuat atau kerap
  • Boleh berhenti dengan perubahan dalam aktiviti atau kedudukan badan seperti berbaring atau rehat

Braxton Hicks lebih kerap terjadi semasa trimester ketiga atau seawal trimester kedua anda. Ia adalah perkara biasa dan tiada apa yang perlu dibimbangkan.

Jika anda menghadapi kontraksi Braxton Hicks dan merasa tidak selesa dengan kehadirannya  sila cuba tip-tip berikut:

  • Menukar aktiviti anda. Sekiranya ia terjadi semasa anda sedang berehat atau tidur, bangun dari tempat anda dan berjalan jalan. Braxton Hicks sering berhenti apabila anda menukar kedudukan badan, bangun atau bergerak. Jika anda sedang aktif atau bekerja semasa Braxton Hicks terjadi, berhenti dari bekerja dan cuba berehat atau tidur.
  • Anda digalakkan untuk berbaring secara mengiring kerana akan mengurangkan rasa sakit.
  • Minum air secukupnya untuk mengurangkan dehidrasi. Dehidrasi menyebabkan hormon menjadi pekat dan meninggikan insiden Braxton Hicks.
  • Mandi air suam boleh melegakan rasa tegangan.
  • Dengar muzik atau bunyian yang menghiburkan.
  • Kencing dengan lebih kerap kerana pundi kencing yang penuh mengalakan kehadiran braxton hicks.

Perbezaan diantara Braxton Hicks and Kontraksi Bersalin

Kontraksi Braxton Hicks

  • Selalunya terjadi sekali atau dua kali sehari dan hilang dengan sendiri.
  • Kontraksi berkurangan apabila anda menukar kedudukan.
  • Ia tidak teratur dan hilang selepas beberapa minit.
  • Kontraksi berlaku kurang dari 20 saat

Kontraksi Kelahiran Sebenar

  • Kontraksi berterusan walaupun anda telah menukar kedudukan ataupun selepas berehat
  • Kontraksi menjadi teratur dan menjadi lebih sakit
  • Sakit semakin lebih kerap dan mengambil masa yang lama untuk hilang
  • Selalunya disertai oleh pengeluaran “show” dari faraj iaitu lendir bercampur darah.

Jika anda tidak pasti samada kontraksi rahim itu berpunca dari BH atau kontraksi kelahiran sebenar, jumpa doktor anda. Doktor akan membuatkan pemeriksaan faraj untuk mengetahui samada pangkal rahim anda sudah terbuka. Sekiranya ia diluar waktu pejabat anda disarankan untuk segera ke bilik bersalin kerana bidan sentiasa bersedia untuk memeriksa anda pada bila bila masa, 24 Jam sehari. Jangan berasa segan atau malu sekiranya didapati anda cuma mengalami kontraksi braxton hicks.

Sakit Ligamen

Selain dari Braxton Hicks, Sakit ligamen juga kerap terjadi di kalangan wanita hamil. Ia digambarkan seperti, sakit tajam atau tegang yang selalu terjadi pada bahagian tepi perut dan kadang kadang boleh sampai ke peha. Sakit ligamen berpunca dari tegangan pada ligamen (Urat Pelvis) yang menyokong rahim dan ia kerap terjadi semasa anda bersin, batuk atau membuang air kecil. Sakit selalunya akan hilang dengan sendiri selepas beberapa minit.

Jika ia terjadi, cuba tukar posisi kedudukan anda. Berbaring pada sebelah bertentangan dari yang sakit boleh membantu mengurangkan gejala. Sokong perut anda apabila anda berdiri atau bergolek. Bergerak dengan lebih perlahan. Pakai bekung hamil jika perlu.

Bertindak ke hospital dengan segera sekiranya

  • Berlaku pendarahan faraj
  • Pecah Ketuban
  • Berlaku Pengecutan setiap 5 minit dan berterusan
  • Kontraksi yang kuat sehingga anda tidak dapat berdiri,
  • Perubahan ketara pada corak pergerakan bayi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: