Bayi Macrosomia  

bayi gemukMacrosomia terjadi apabila bayi membesar secara keterlaluan di dalam kandungan yang boleh memberi komplikasi terhadap ibu dan bayi. Secara purata berat bayi dilahirkan dalam sekitar 2.5 sehingga 3.5 kg. Tetapi sesetengah bayi membesar dengan cepat dan sekiranya ia melebihi 4.2kg bayi dianggap sebagai macrosomia.

Apakah macrosomia?

Macrosomia berlaku apabila bayi menerima terlebih nutrisi di dalam kandungan melebihi dari apa yang diperlukan menyebabkan dia membesar lebih cepat daripada biasa. Kira-kira 10 peratus daripada bayi yang dilahirkan terdiri dari bayi macrosomia.

Apa komplikasi yang dikaitkan dengan macrosomia?

Risiko pada ibu
  • Luka pada faraj yang lebih besar dan dalam sehingga sampai ke anus
  • Tumpah darah selepas bersalin
  • Tempoh bersalin yang lama dan menyakitkan
  • Berisiko tinggi untuk menjalani pembedahan cesarean
  • Berisiko untuk pecah rahim sekiranya anda pernah mengalami c-section di kelahiran terdahulu.
Risiko pada bayi
  • Bayi yang mengalami macrosomia lebih cenderung mengalami kecederaan semasa bersalin disebabkan bahu tersangkut (shoulder dystocia). Bayi yang mengalami bahu tersangkut berisiko tinggi untuk lemas dan rosak urat saraf.
  • Bayi macrosomia juga lebih kerap mengalami kekurangan gula dalam darah
  • Bayi lebih berisiko mengalami penyakit kuning (jaundice)

Siapakah yang berisiko untuk mengalami macrosomia?

Macrosomia boleh terjadi kepada mereka yang tidak mengalami sebarang risiko, tetapi mengikut kajian, anda berisiko tinggi untuk mendapat bayi macrosomia sekiranya:

  • Anda mengalami penyakit kencing manis semasa hamil
  • Anda melahirkan bayi macrosomia sebelumnya
  • Anda berlebihan berat badan
  • Kehamilan anda overdue (terlebih dari tarikh jangka)

Bagaimana diagnosa macrosomia di buat?

Agak sukar untuk mengagak ibu mana yang akan mengalami macrosomia terutamanya bagi mereka yang berlebihan berat badan tetapi doktor selalunya bergantung kepada beberapa petunjuk, diantaranya:

  • Ketinggian rahim anda sekiranya ia lebih tinggi dari yang di jangka
  • Ujian Ultrasound (US) menunjukkan berat bayi melebihi dari graf normal
  • Air Ketuban yang berlebihan

Bagaimana macrosomia dicegah?

  • Jika anda mempunyai diabetes, macrosomia boleh dielakkan dengan menjaga kadar gula dalam darah anda. Selalunya anda akan diuruskan oleh pakar perubatan untuk memastikan tahap gula anda dalam keadaan yang memuaskan.
  • Kawal karbo anda- Kurangkan pemakanan manis yang berasaskan gula seperti aiskerim dan coklat manis.
  • Elak dari minuman manis sebaliknya amalkan meminum air kosong
  • Buat senaman secara rutin

Jika bayi anda disyaki macrosomia, anda masih boleh cuba melahirkan secara normal kerana tekaan saiz bayi tidak semestinya tepat. Sekiranya anda berbadan kecil mungkin doktor anda akan menyarankan caesarean secara elektif disebabkan pelvis yang kecil. Anda juga boleh memilih untuk menjalani induction of labour. Bincang dengan doktor anda tentang kaedah kelahiran yang terbaik untuk anda kerana setiap wanita adalah berbeza dan unik.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s