11 Manfaat Sentuhan Kulit ke Kulit Selepas Lahir

kulit ke kulitSemasa dalam kandungan, bayi mendapatkan kehangatan, makanan, perlindungan dan oksigen dari badan ibu mereka tetapi selepas dilahirkan ke dunia, kenikmatan tersebut terputus dengan tiba tiba, jadi tidak hairanlah sentuhan kulit ke kulit sangat penting untuk bayi sebaik sahaja dilahirkan. Manfaat menjadi optimal sekiranya kulit bayi terdedah sepenuh dan bersentuh dengan kulit ibu kerana suhu kulit ibu memberikan kehangatan yang serupa sebagaimana dalam kandungan.

Seboleh bolehnya, ibu dan bayi bersentuhan sekurang kurangnya satu jam selepas lahir tanpa sebarang kain yang memisah diantaranya dan bayi diletakkan di antara dua buah dada dengan satu selimut untuk menutup kulit keduanya. Sekiranya ibu tidak berupaya berbuat demikian disebabkan komplikasi kelahiran, ayah sebagai penganti mungkin boleh memberikan keadaan yang sama terhadap bayi

Dalam beberapa minit sahaja, anda akan melihat manfaat kulit ke kulit kerana sebaik diletakkan ke badan ibu, bayi tiba tiba menjadi tenang. Kajian menunjukkan manfaat tidak terhad terhadap bayi sahaja, malahan ibu juga menjadi tenang kerana ia mengurangkan kebimbangan ibu dengan mengetahui bayi berada di sisi dengan selamatnya.

Berikut adalah manfaat utama sentuhan kulit ke kulit:

  1. Meningkatkan fungsi jantung dan paru-paru. Bayi mengalami peralihan dramatik selepas kelahiran kerana untuk pertama kalinya mereka akan mengambil nafas pertama di luar rahim ibu. Sekiranya bayi diletakkan ke kulit ibu dengan serta merta, mereka lebih cenderung untuk menyesuaikan diri lebih awal daripada bayi yang tidak mempunyai peluang yang sama. Jantung, tekanan darah dan kadar pernafasan bayi menjadi stabil dengan cepat. Manfaat ini juga terjadi kepada bayi pra-matang menyebabkan mereka lebih cenderung untuk pulih dengan cepat.
  2. Menstabilkan suhu badan. Ketika dalam kandungan ibu, suhu bayi di kawal dengan cara ibu berpeluh apabila panas dan menggigil  apabila sejuk. Sebaik sahaja dilahirkan, bayi tiada keupayaan sendiri untuk berpeluh dan menggigil, jadi mereka sukar menyelaraskan suhu badan mereka sendiri. Dengan sentuhan kulit ke kulit, ia membantu bayi menstabilkan suhu badan dengan optimum. Kajian menunjukkan badan ibu lebih berkesan dalam menyelaraskan suhu badan bayi berbanding dengan penghangat elektrik seperti mana yang ada di bilik bersalin.
  3. Mengawal gula dalam darah.Kajian menunjukkan, risiko hypoglycemia ( kurang gula dalam darah) berkurangan apabila mendapat sentuhan kulit ke kulit. Sentuhan memberikan kehangatan kepada bayi tanpa perlu untuk membakar kalori menjadikan risiko hypoglycemia dalam darah berkurangan
  4. Mengalakan Penyusuan. Bayi mempunyai naluri sendiri dan keupayaan untuk mencari payudara ibunya secara semulajadi dan membuat keputusan bila ingin mendapatkan penyusuan pertama. Sentuhan kulit ke kulit mempercepatkan proses ‘latch on’ dan bayi lebih cenderung untuk menyusu secara ekslusif dan lebih lama.
  5. Memindahkan bakteria baik dari anak ke ibu. Salah satu kekurangan kelahiran cesarean adalah tidak berlaku pemindahan bakteria baik dari ibu ke anak sebagaimana yang berlaku pada kelahiran normal. Dengan sentuhan kulit ke kulit,  ibu yang mengalami pembedahan cesarean dapat membantu memindahkan bakteria baik dari tubuh ibu kepada bayi. Bakteria baik meningkatkan fungsi pencernaan, dan memberi perlindungan daripada bakteria berbahaya (patogen) dengan meningkatkan immuniti bayi. Pakar percaya bakteria baik ini juga  boleh melindungi bayi daripada penyakit alergi.
  6. Mengurangkan tangisan bayi. Kajian menunjukkan bahawa bayi diletakkan ke kulit ibu sebaik sahaja dilahirkan kurang cenderung untuk menangis. Ini kerana bayi berasa di lindung dan selamat apabila berdekatan dengan ibu. Bayi yang dapat tidur dengan lebih tenang dan lebih lama membantu ibu mendapat rehat yang cukup dan lebih bertenaga.
  7. Melegakan kesakitan. Penyelidik mendapati sentuhan kulit ke kulit mengurangkan kesakitan bayi semasa pensampelan darah atau sebarang prosedur yang mungkin boleh menyakitkan  bayi.
  8. Meningkatkan komunikasi ibu-bayi. Semasa bayi di kulit, ibu akan dapat mempelajari isyarat bayinya seperti tanda tanda lapar, ketidakselesaan dan sebagainya dengan lebih cepat. Ia boleh meningkatkan komunikasi dan memberikan keyakinan terhadap ibu yang bayinya dalam keadaan yang memuaskan.
  9. Memudahkan peralihan bayi dari fasa rahim ke dunia . Bayi yang mengalami sentuhan kulit ke kulit adalah lebih stabil dari segi fisiologi disamping menunjukkan neurobehavioral ( pemikiran dan tingkah laku) yang lebih pintar.  
  10. Meningkatkan ikatan ibu-anak. Kerana sentuhan awal memberi peluang kepada ibu dan anak mengenali di antara satu sama lain dengan lebih cepat. Ini boleh mengeratkan kasih sayang dan meningkatkan ikatan (bonding) diantara ibu dan bayi.
  11. Mengurangkan risiko postpartum depression. Postpartum depression adalah kemurungan selepas bersalin yang kerap terjadi kepada ibu baru. Keupayaan untuk memeluk bayi dengan erat, mencium, menghidu bau dan memberikan kehangatan kepada bayi mengalakan rembesan hormon pada ibu. Ini boleh merangsang sifat keibuan dan kesejahteraan yang boleh meyakinkan ibu semua dalam keadaan yang baik. Pakar berpendapat, jika keadaan ini tidak wujud ibu akan mentafsirkan ia adalah sesuai yang tidak betul dan ini boleh mewujudkan perasaan kebimbangan atau kesedihan dan seterusnya menjurus kepada kemurungan selepas melahirkan.

Jadi peluk rapat bayi anda selepas dilahirkan kerana nikmat kulit ke kulit memang tiada bandingan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s