Adakah Saya Bakal Melahirkan?

Anda sudahpun hamil 38 minggu. Hari ini anda ke tandas setiap 1-2 jam kerana terasa seperti nak terkencing. Perut pula terasa tegang lebih kerap dari biasa. Bahagian ari- ari pula terasa begitu tidak selesa. Adakah saya bakal melahirkan?  Inilah soalan penting yang kerap difikirkan  oleh wanita  pada lewat kehamilan.

Apabila tarikh jangka sudah hampir, wanita akan lebih kerap mengalami kontraksi Braxton Hick yang boleh dikelirukan dengan kontraksi sebenar. Kontraksi Braxton Hick tidak konsisten, terjadi dalam tempoh yang sekejap, boleh terjadi bila bila masa  dan selalunya berakhir dengan sendirinya.Sekiranya anda tidak begitu pasti cuba guna tip ini. Ia adalah kaedah ‘timing contraction’ dimana anda mengira dengan tepat, berapa kerap dan frekuensi kontraksi rahim yang anda alami. Kiraan mestilah dibuat dalam masa 2 jam.

Caranya begini:

Dapatkan jam tangan dan catitkan masa dimana kontraksi anda bermula. Catitkan pula masa ia berakhir. Cuba kira berapa lama masa diantaranya. Selepas itu, catitkan pula dengan tepat masa kontraksi kedua anda dan seterusnya. Buatlah berulang ulang selama satu jam. Kira tempoh masa diantara kontraksi.

Sekiranya kontraksi anda datang secara konsisten setiap 5 min berakhir 30-40 saat setiap satu, kemungkinan besar anda bakal melahirkan dalam masa terdekat ini. Bagi mereka yang hamil anak pertama,  jangan terlalu tergesa gesa dan panik kerana masa yang diambil untuk anda melahirkan lebih lama dari kandungan ke 2 dan seterusnya. Jangan percaya kepada cerita yang anda tonton di TV dan filem yang menunjukkan proses kelahiran akan  terjadi dengan cepat kerana ia tidak mengambarkan keadaan sebenar proses bersalin anda,

Tunggu dahulu dan perhatikan selama 3-4 jam lagi atau apabila sakit sudah mula terasa.  Anda akan lebih selesa berada dirumah diperingkat awal ‘labour’ kerana ke hospital terlalu awal dikaitkan dengan kekerapan ‘intervention’ termasuk kelahiran secara vacuum/forceps dan pembedahan. Tempoh normal kelahiran anak sulung selalunya mengambil masa 12 jam.

Bagi kehamilan ke 2 dan seterusnya, jangan tunggu lebih lama kemaskan beg anda dan terus ke Hospital.

Sekiranya anda masih keliru dan sedikit takut, datang sahaja ke hospital untuk kepastian muktamat. Bidan akan membuat pemeriksaan faraj untuk memeriksa bukaan serviks anda dan memastikan dengan tepat samada anda sudah “in labour” atau tidak.

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s