Sakit Semasa Seks

sakit-sexSakit semasa hubungan seks memang jarang dibincangkan. Mungkin kerana segan atau ia dianggap ‘taboo” bagi sesetengah orang. Bagi wanita terutamanya, anda mungkin tertanya tanya sendiri kenapa ia ia terjadi sedangkan seks sepatutnya sesuatu yang memberikan kenikmatan bukan menyakitkan. Hakikat sebenarnya ialah, tidak semua seks memberi nikmat setiap kali berhubungan. Dikatakan hampir semua wanita akan merasai sakit semasa berhubungan sekurang kurang sekali seumur hidupnya.

Gejala

Sakit kerap terjadi sebelum semasa dan selepas seks tetapi lokasi, masa dan intensiti mungkin berbeza-beza. Ada yang merasa ketika saat penetrasi dan ada juga semasa aktiviti “trusting” .Ia mungkin terjadi pada setiap penetrasi atau sekali sekala dan kesakitan mungkin terasa pada bahagian luar faraj atau atau lebih jauh kedalam pelvis. Ia juga mungkin lebih kepada rasa pedih, panas atau senak. Sakit juga mungkin berkait dengan posisi seks, seperti kedudukan suami diatas atau atau lebih kepada posisi ‘doogie’.

Punca

Punca selalunya berkait rapat dengan karakter sakit itu sendiri. Sakit dan senak dalaman lebih menjurus kepada masalah dalam pelvis manakala sakit luaran lebih berkait kepada masalah pada faraj. Diantara sebab sebab yang paling kerap ialah:

Kurang Lubrikasi – Keadaan ini terjadi selalunya disebabkan kurang aktiviti “foreplay”, tetapi ia lebih dikaitkan dengan oleh kekurangan hormon selepas menopos, selepas pantang atau semasa menyusu badan. Sebab kurang lubrikasi yang lebih jarang ialah kesan sampingan dari pemakanan ubat seperti antimurung, pil darah tinggi, ubat selsema, sedatif dan sesetengah pil perancang.

Jangkitan kuman – Jangkitan bakteria pada pundi kencing dan faraj boleh menyebabkan kesakitan semasa hubungan seks.

Alahan pada alat pencegah kehamilan dan krim seperti condom, jeli pelincir, krim haruman faraj dan sebagainya boleh menyebabkan inflamasi disekitar faraj dan rasa sakit setiap kali menggunakannya.

Vaginismus – Iaitu kekejangan otot keliling faraj yang berlaku dibawah sedar juga boleh menyukarkan penetrasi dan seterusnya kesakitan semasa seks.

Masalah sakit puan – Termasuk endometriosis, radang pelvis, uterine prolapse, rahim jatuh, fibroid dan ovarian cyst.

Masalah kecacatan konjenital pada sistem peranakan – Sesetengah wanita dilahirkan dengan selaput dara tebal, faraj yang sempit ( vaginal stenosis) dan sebagainya yang boleh menjadi punca kesakitan yang teruk semasa seks,

Radang dan iritasi selepas pembedahan – Radang dan iritasi selepas pembedahan dan jahitan pada bahagian genital boleh menjurus kepada rasa sakit dan sengal semasa seks.

Parut pembedahan – Parut dari pembedahan histerektomi dan kesan kemoterapi boleh menyebabkan sakit semasa seks.

Faktor emosi – Emosi kerap memainkan peranan dan boleh menjurus kepada sakit semasa seks. Rasa cemas, murung dan rendah diri terhadap keadaan fizikal tubuh badan boleh menyebabkan kurang rasa erotik dan seterusnya sakit semasa seks. Tekanan perasaan menyebabkan otot faraj tegang dan seterusnya penetrasi sukar terjadi.

Berjumpalah Dengan Doktor

Sekiranya anda kerap mengalami sakit semasa seks, langkah pertama yang anda patut ambil ialah berjumpa dengan doktor sakit puan anda. Ceritakan tentang kekerapan kesakitan dan bagaimana ia bermula dan ketika dan bagaimana ia lebih kerap terjadi. Masalah dan sejarah perubatan dan pembedahan terdahulu juga perlu diperjelaskan dengan terperinci  termasuklah sebarang pil atau ubat yang anda makan. Jangan malu untuk meluahkan perasaan anda sepanjang perbualan dengan doktor.

Diagnosa dan Rawatan

Diagnosa selalunya dapat dibuat selepas pemeriksaan faraj dan Ultrasound. Rawatan akan diberikan akan bergantung sepenuhnya kepada punca kesakitan. Bagi mereka yang mengalami jangkitan kuman, antibiotik akan diberikan untuk beberapa hari untuk memastikan anda bebas dari kuman. Bagi mereka mengalami masalah kurang lubrikasi, hormon terapi mungkin boleh menolong meningkatkan kelinciran disamping jeli lubrikasi yang boleh di beli di kaunter farmasi berdekatan. Untuk mereka yang mengalami kesakitan terutama semasa aktiviti ‘trusting’, tukar posisi seks anda seperti anda pada kedudukan atas atau posisi mengiring dan cuba ekperimen dengan pelbagai posisi berbeza. Berbincang dengan suami anda sekiranya emosi yang menjadi punca utama kerana ia merupakan masalah yang perlu dikongsi bersama. Komunikasi mungkin merupakan ubat terbaik untuk anda. Jangan malu dan segan kerana pasangan anda adalah suami anda, seorang yang anda cinta.

Sekiranya ia lebih kepada masalah emosi yang rumit dan kronik, anda mungkin perlu mendapat rawatan dari pakar psikologi.

Masalah peranakan yang lebih serius.

Sekiranya doktor mensyakki yang anda mengalami masalah yang lebih pada pelvis, ujian laparoscopi mungkin akan disarankan. Masalah seperti endometriosis atau ovarian cyst adalah diantara punca yang kerap dikaitkan dengan kesakitan dan senak dalaman semasa seks dan diagnosa dengan senang dapat dibuat melalui kaedah laparoskopi ini. Semasa laparoskopi, kamera kecil akan dimasukkan pada pusat dimana pakar bedah akan melihat dengan teliti keadaan dalam pelvis anda. Bagi mereka yang mengalami ketidaknormal pada sistem genital seperti hymen tebal dan sebagainya, pembedahan mungkin akan disarankan.

 

10 thoughts on “Sakit Semasa Seks”

    1. Assalamualaikum hi dr. Saya selalu sakit seperti pedih semasa melakukan hubungan intim dengan suami. Saya baru berkahwin 2 bulan yang lepas. Adakah saya merasa sakit pedih itu kerana saya masih baru?

      1. jumpa doktor untuk pastikan sbb l. susah nak tolong kalau tidak membuat pemeriksaan

  1. salam doktor, saya berada pada peringkat awal kehamilan. Adakah normal apabila berhubungan dgn suami, perut dibahagian bawah saya terasa sakit/kejang?

    1. agak normal sebb air mani ada prostaglandin yang boleh menyebabkan rahim menjadi cramp, tetapi kalau terjadi pendarahan ia menjadi tidak normal.

  2. Hi salm selamat pagi semua. Maaf mau tanye apa ubat yg sakit dalaman wanita. saye lelaki. jika saye berhubung dengan istri. sampai la dia nangis. menahan sakit dalaman nye aq tanye. kanape. dia ckp sakit sangat dalam perut aku mcm bangkak tapi saye sandiri pun tersah bila masuk kan. mcm tak masuk sangat mcm ade panghalang kt dalam Rahim. Heran dh cm mcm ubat minum. Sama jugk. Please tolong bantu kami siapa yg dh perna mcm ni tolong ajar mcm mana ubat kan dia cm mana hilang kan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: