Bersenam Semasa Hamil

Kenapa Perlu Bersenam?

Kecuali anda mengalami masalah perubatan, wanita hamil boleh dan patut cuba untuk membuat senaman sekurang-kurangnya 30 min sehari, 3-4 kali seminggu. Senaman menolong kita merasa lebih sihat secara emosi atau fizikal dan kalori yang dibakar semasa senaman boleh mengurangkan berat badan yang berlebihan. Mereka yang bersenam secara teratur akan mempunyai otot, jantung dan sendi yang lebih kuat. Ia juga mengurangkan risiko kematian pra-matang, serangan sakit jantung dan penyakit serius yang lain.

Tambahan pula, senaman boleh megurangkan tekanan dan membina stamina yang diperlukan untuk proses bersalin.
Sebaiknya bertanyalah dahulu kepada doktor anda sebelum anda mencuba untuk sebarang program senaman. Anda mungkin mengalami masalah perubatan yang boleh menghalang anda dari bersenam. Elakkan aktiviti atau senaman yang terlalu lasak.

Senaman Yang Terbaik Untuk Wanita Hamil:

  1. Senaman Erobik
    Senaman ini amat selesa kerana ia tidak memerlukan anda membawa berat tambahan. Ini termasuklah berjalan, jogging, berbasikal dan berenang. Ini akan memberi stimulasi kepada jantung, otot dan paru-paru. Ia boleh mengurangkan sakit belakang, sembelit dan memberi stamina semasa proses meneran. Ia menolong mengawal gula dalam badan, mengurangkan keletihan dan memberi tidur yang nyenyak
  2. Senaman Angkat Berat
    Ia boleh meningkatkan kekuatan otot tapi jangan terlalu membawa berat yang keterlaluan. Gunakan berat yang ringan dan sederhana sahaja.
  3. Yoga
    Kebaikan yoga ialah ia menumpukan kepada pernafasan, relaxation, kedudukan dan rangsangan badan, semua ini kan memberikan persediaan untuk menghadapi saat bersalin. Ia juga mengurangkan sakit belakang dan sakit-sakit kecil dan memperbaiki kedudukan badan dan posture.

Tanda-tanda Bila Anda Mesti Berhenti Bersenam

  • Terdapat cecair keluar dari vagina
  • Sakit perut secara tiba-tiba
  • Kontraksi selepas senaman
  • Sakit dada
  • Sukar bernafas
  • Pening
  • Penglihatan kabur

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: