Sperma- Apa Yang Anda Perlu Tahu

SpermaSelepas ejakulasi, sperma terdedah kepada udara apabila tercalit pada pakaian, cadar atau tempat duduk. Ia akan kehilangan upaya berenang dengan serta merta dan mati dengan cepat sekiranya air mani menjadi kering.
Di dalam faraj wanita, kebanyakan sperma mati dalam tempoh kurang daripada 30 minit tetapi dalam rahim, pangkal rahim dan tiub fallopian, sperma boleh hidup sehingga 5-6 hari.

Jadi sekiranya anda  bersetubuh lima hari sebelumnya, anda masih boleh boleh hamil sekiranya anda mengalami ovulasi hari ini. Walaubagaimanapun, kadar kematian sperma menjadi lebih cepat mati sekiranya vagina lebih berasid.Sperma yang diproses dan disenggarakan di bawah keadaan makmal yang ketat dan dalam medium nutrien yang optimum seperti yang dilakukan untuk prosedur IVF, boleh kekal hidup sehingga tujuh hari.Sampel sperma yang diambil ke dalam bekas steril boleh kekal hidup selama sehingga 2 jam, tetapi keupayaan mereka untuk bersenyawa dengan telur jatuh secara mendadak selepas 60 minit.

Untuk memaksima peluang persenyawaan diantara telur dan sperma, bersetubuhlah semasa ovulasi disahkan dengan tepat iaitu mengunakan alat seperti OVULASI KIT. Sekiranya terdapat dua jalur yang terang, ovulasi akan terjadi dalam masa 24 jam. Pada masa ini anda dalam keadaan paling subur dan peluang hamil akan menjadi tinggi.
Terdapat kajian perubatan yang menunjukkan memakan asid folik dan Zinc boleh membantu meninggikan kadar kesihatan dan bilangan sperma.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: