Sperma – Soalan Kerap Ditanya

spermaJika satu sperma sahaja yang perlu untuk menghasilkan satu bayi, kenapa seorang lelaki memerlukan jutaan sperma untuk satu kehamilan ? Berapa lama ia hidup dan bagaimana untuk menghasilkan sperma yang sihat adalah diantara soalan yang kerap ditanya. Alamhamil akan cuba mengurai persoalan penting ini.

Berapa lama sperma boleh hidup?

Ia sebenarnya bergantung kepada beberapa fakta. Yang paling penting ialah dimana sperma tersebut berada. Sekiranya ia terlekat pada pakaian atau kain, sperma selalunya akan mati sebaik sahaja air mani menjadi kering. Sekiranya sperma berada didalam air atau tub mandian, ia mungkin akan hidup lebih lama terutama kalau air agak suam.

Walaubagaimanapuan untuk kehamilan disebabkan sperma masuk kedalam faraj wanita semasa berendam dalam tub yang mengandungi sperma hampir tidak mungkin berlaku..
Dalam badan wanita selepas ejakulasi didalam faraj, sperma boleh hidup sehingga 5 hari. Sekiranya  anda bersama beberapa hari sebelum ovulasi terjadi, kemungkinan anda untuk hamil adalah tinggi. Teruskan membaca

Sperma- Apa Yang Anda Perlu Tahu

SpermaSelepas ejakulasi, sperma terdedah kepada udara apabila tercalit pada pakaian, cadar atau tempat duduk. Ia akan kehilangan upaya berenang dengan serta merta dan mati dengan cepat sekiranya air mani menjadi kering.
Di dalam faraj wanita, kebanyakan sperma mati dalam tempoh kurang daripada 30 minit tetapi dalam rahim, pangkal rahim dan tiub fallopian, sperma boleh hidup sehingga 5-6 hari.

Teruskan membaca