Air Ketuban Kurang

Saya sekarang hamil  35 minggu. Semasa ujian Ultrasound terakhir, doktor mengatakan yang air ketuban saya kurang. Adakah saya perlu risau?

Kekurangan air ketuban memang membimbangkan. Air ketuban memberikan ‘cushion’ dan melindungi bayi dari kecederaan dari hentakan dan memberikan ruang untuk pembesaran, pergerakkan dan pertumbuhan yang normal.

Air ketuban juga merupakan petanda kesihatan bayi secara keseluruhan kerana ia terjadi dari urin yang di rembeskan terus dari buah pinggang bayi. Sumber urin pula dari aliran darah bayi yang bersambung pada uri, organ yang memberikan bekalan oksigen dan nutrien pada bayi semasa dalam rahim.

Biasanya air ketuban berkurangan secara fisiologi pada lewat kehamilan tapi ia cuma kekurangan relatif sahaja disebabkan badan bayi sudah pun memenuhi hampir keseluruhan ruang rahim. Walaubagaimanapun, sekiranya air ketuban kelihatan terlalu kurang, bayi anda mungkin akan terdedah kepada risiko komplikasi seperti kekurangan oksigen dan terbantut tumbesaran.

Sebab sebab kekurangan air ketuban :
  • Ketuban pecah sebelum masa
  • Masalah pada uri
  • Masalah perubatan ibu seperti kencing manis, darah tinggi dll
  • Masalah kecacatan bayi seperti buah pinggang, jantung, jangkitan kuman dan kecacatan genetik.

Sekiranya kekurangan air ketuban tidak begitu teruk, minum air secukupnya dan rehat mungkin boleh menolong. Sekiranya kandungan anda masih muda, doktor akan memantau dengan teliti keadaan bayi anda dengan membuat pemeriksaan US dengan lebih kerap untuk memastikan jumlah air ketuban tidak turun secara mendadak.

Sekiranya anda sudahpun pada lewat kehamilan, doktor selalunya akan menyarankan ‘ induce’ untuk mengurangkan insiden bayi lemas. Semasa tempoh bersalin, kekurangan air ketuban memberikan risiko kekurangan oksigen pada bayi disebabkan tali pusat yang tertekan semasa kontraksi. Sekiranya ia terlalu kurang atau tiada langsung, kelahiran secara pembedahan mungkin disarankan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: