Jangkitan Toxoplasmosis Semasa Hamil

Toxoplasmosis ialah jangkitan parasit Toxoplasma Gondii yang disebar oleh kucing yang memakan tikus. Risiko mendapat jangkitan dengan mencuci najis kucing belaan adalah rendah kerana kucing rumah jarang mendapat jangkitan kecuali ia membuang najis diluar rumah yang di kongsi bersama dengan kucing liar lain.

Bagaimana ia tersebar dan gejala

Cara jangkitan adalah dengan memakan makanan yang dicemari oleh kuman ini. Amalan penyediaan makanan yang bersih dapat mengelak dari jangkitan. Dalam banyak kes, pengidap toxoplasmosis tidak menunjukkan sebarang tanda dan selalunya jangkitan berlaku secara tidak sedar. Kalau ada pun, simtomnya adalah lebih kurang sama dengan jangkitan flu seperti kelenjar limfa bengkak, keletihan, sakit sakit  badan dan demam.

Biasanya jangkitan cuma berlaku sekali sahaja dan sekiranya anda dijangkiti sebelum anda hamil, anda sudah dikira ‘imun’ terhadap toxoplamosis. Apabila anda sudah pun “imun”, peluang jangkitan terhadap janin sangat tipis. Walaubagaimanapun, sekiranya anda anda mengalami jangkitan kali pertama semasa hamil, risiko janin anda mendapat jangkitan adalah sehingga 40% terutamanya semasa lewat kehamilan.

Jika anda kurang pasti samada anda imun atau tidak, jumpa doktor untuk ujian darah untuk mengesan antibodi toxoplasmosis ini, sebaik-baiknya sebelum anda berhajat untuk hamil. Anda di kira imun sekiranya ujian antibodi menunjukan tanda positif.

Cara mengelak dari terkena jangkitan

Sekiranya anda pengemar kucing, anda tidak perlu buang kucing kesayangan anda apabila sudah hamil. Guna tip tip mudah ini untuk mengelak dari terkena jangkitan:

  • Makan makanan yang 100% masak sepenuhnya.
  • Elak dari memakan makanan yang dibekukan atau makanan mentah
  • Bersihkan sayuran dan buahan sebelum makan
  • Basuh tangan dengan bersih dengan sabun setiap kali menyediakan makanan
  • Suruh suami atau orang lain untuk membersihkan ‘litter’ kucing anda.
  • Elak dari berkebun dan kontak dengan tanah tercemar najis kucing.

Merawat Toxopasmosis semasa hamil

Jangkitan semasa hamil boleh menyebabkan beberapa masalah. Ia termasuklah keguguran, pertumbuhan tidak normal pada janin masalah penglihatan, buta, bengkak hati dan limpa, demam kuning, sawan dan terencat akal.

Selalunya wanita hamil tidak diskrin secara rutin tetapi sekiranya disyaki terjadi jangkitan, ujian darah akan dibuat untuk memastikan ia adalah jangkitan baru atau tidak. Sekiranya positif, amniocentesis dan US mungkin boleh mengesan samada bayi anda terkena jangkitan atau tidak.

Selepas lahir, doktor akan memeriksa uri dan bayi anda mungkin dinasihatkan untuk menjalani ujian CT scan otak. Merawat Toxoplasmosis semasa hamil adalah sukar kerana tidak dapat ditentukan samada ubat yang diberikan benar benar berkesan menghalang bayi dari dijangkiti kuman toxoplasma.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: