Saya sekarang hamil 35 minggu. Semasa ujian Ultrasound terakhir, doktor mengatakan yang air ketuban saya kurang. Adakah saya perlu risau?
Kekurangan air ketuban memang membimbangkan. Air ketuban memberikan ‘cushion’ dan melindungi bayi dari kecederaan dari hentakan dan memberikan ruang untuk pembesaran, pergerakkan dan pertumbuhan yang normal.
Air ketuban juga merupakan petanda kesihatan bayi secara keseluruhan kerana ia terjadi dari urin yang di rembeskan terus dari buah pinggang bayi. Sumber urin pula dari aliran darah bayi yang bersambung pada uri, organ yang memberikan bekalan oksigen dan nutrien pada bayi semasa dalam rahim. Teruskan membaca “Air Ketuban Kurang”