Tidak Bertelur (Anovulasi)

Sekiranya anda susah untuk hamil, ia mungkin berkait dengan pengeluaran telur atau ovulasi. Untuk hamil, seseorang perlu mempunyai telur yang cukup dan matang semasa saat persenyawaan. Ramai wanita apabila tidak berjaya hamil, didapati mengalami masalah anovulasi atau tidak bertelur.

Apa itu Anovulasi

Anovualsi adalah satu keadaan dimana wanita yang tidak menghasilkan telur matang seterus ovulasi tidak berlaku. Untuk memastikan persenyawaan berlaku, ovari akan melepaskan telur yang matang kedalam salur fallopian setiap bulan. Disini, telur akan disenyawakan dan sekiranya tiada masalah yang lain, kehamilan akan berlaku. Wanita yang mengalami anovulasi tidak mengeluarkan telur atau kadang-kadang sahaja. Ini menyebabkan kehamilan sukar terjadi.

Sebab-sebab Anovulasi

Ia terjadi selalunya disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon, hormon terlalu sedikit atau terlalu banyak atau otak tidak mempunyai cukup signal merangsang tumbesaran folikel seteruskan ovulasi. Faktor -faktor yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon ini termasuklah:

  • Menyusu badan
  • Terlalu gemuk atau telalu kurus
  • Terlalu banyak senaman
  • Anorexia atau bulimia
  • Tekanan
  • PCOS ( Sebab Utama 80%)
  • Masalah tiroid
  • Masalah kelenjar pituitari.
  • Masalah berlebihan hormon prolaktin

Rawatan

Bergantung kepada penyebab kepada ovulasi tersebut. Ubatan-ubatan yang boleh membantu merangsang ovulasi termasuklah clomiphene, bromocriptin atau gonadotrophin. Surgeri pula termasuklah ovarian drilling untuk pengidap PCOS yang resistan kepada ubat-ubatan biasa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s