Muntah Muntah (Hyperemesis)

Semasa hamil, loya dan muntah adalah perkara biasa bagi wanita. Tetapi sekiranya muntah-muntah sudah menjadi terlalu teruk, anda mungkin mengalami keadaan yang dipanggil hyperemesis.

Hyperemesis ia satu penyakit yang disebabkan oleh muntah-muntah yang keterlaluan yang terjadi semasa hamil, sehingga menyebabkan wanita hamil kehilangan bendalir dan galian dari badan. Ia berlaku kepada 1.5-2% wanita hamil.

Punca

Walaupun sebab sebenar kurang difahami tetapi keadaan ini mungkin disebabkan oleh

  • Tekanan emosi
  • Masalah sistem penghadaman
  • Perubahan hormon yang mendada
  • Diet yang mengandungi lemak.

Simtom Hyperemesis

  • Muntah-muntah yang keterlaluan berlaku tidak kira masa
  • Pucat
  • Sakit kepala
  • Pening
  • Rasa letih dan tidak bermaya
  • Kekurangan air
  • Pengsan
  • Kekurangan berat badan dalam masa yang singkat.

Simtom hyperemesis selalunya terjadi di awal kehamilan iaitu minggu 6-12 tetapi kebanyakan akan berakhir selepas 16 minggu. Sekiranya anda muntah dengan banyak pada awal hamil, cepatlah berjum dengan doktor untuk memastikan yang anda tidak mengalami hyperemesis.

Risiko Hyperemesis

Sekiranya tidak dirawat, hyperemesis boleh membahayakan nyawa kerana ia boleh menjurus kepada:

  • Kekurangan zat makan yang ketara
  • Tekanan darah tinggi
  • Masalah hati
  • Masalah buah pingang

Rawatan

Sekiranya anda disahkan mengalami hyperemesis, anda selalunya akan dimasukkan ke wad untuk menjalani rawatan rehidrasi menggantikan bendalir dan zat galian badan yang hilang.

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s