Endometriosis

Ia satu keadaan dimana tisu yang seakan sama dengan dinding rahim (endometrium) berada diluar rahim.Tempat yang paling biasa ditemui ialah pada ovari, belakang rahim dan juga pada organ-organ disekitarnya.Ia juga jarang-jarang boleh ditemui pada kawasan diluar pelvis sperti didalam paru-paru. Setiap kali anda mengalami haid, endometrium juga mengalami haid dan ini akan menyebabkan darah berkumpul pada kawasan tersebut menyebabkan radang, kerosakan dan parut yang teruk.

Ia sebenarnya boleh menyerang sesiapa sahaja tidak kira bangsa dan usia tapi lebih kerap terjadi kepada mereka yang beurusia 20-30an dan mempunyai sejarah keluarga yang mengalami masalah yang sama.

Teori berkaitan endometriosis

Ada beberapa teori yang hangat diperkatakan berkaitan dengan endometriosis ini seperti:

Aliran Darah Haid Yang Terlanjak Kebelakang: Secara normal apabila haid berlaku, darah haid akan keluar melalui serviks dan vagina tetapi 70% dari wanita didapati mempunyai sedikit darah didalam salur fallopia dan didalam ruang pelvis dan darah tersebut mungkin mengandungi sedikit tisu endometrium. Tisu ini kemudiannya menjadi hidup dan endometriosis terjadi. Persoalan bagaimana ia cuma berlaku kepada segelintir wanita tidak dapat diperjelaskan tetapi ia mungkin berkaitan dengan sistem imun wanita dan daya tahan badan untuk mengelak dari mendapat endometriosis.

Teori Metaplasia pula menyarankan bahawa rahim, salur fallopia dan ovari berasal dari tempat yang sama semasa janin jadi endometriosis mungkin terjadi kerana sesetengah sel-sel endometrium mungkin tersesat ketempat lain dan menjadi endometrisis.

Teori Vascular mengatakan bahawa,tisu tersebut dibawa ketempat lain melalui darah, dan itula sebabnya endometriosis juga boleh didapati didalam para-paru.

Komplikasi Endometriosis

Masalah yang sering dihidapi oleh mereka yang mengalami endometriosis ialah:

  • Sakit senggugut
  • Sakit pada ari-ari
  • Sakit semasa hubungan seks
  • Sukar Hamil

Tahap sakit pada pelvis yang disebabkan oleh endometriosis adalah berbeza-beza. Ia mungkin sakit sederhana yang sentiasa ada sepanjang masa dan mungkin juga sakit yang sungguh teruk yang menyerang sekali-sekala. Ia mungkin juga mungkin bertempat di kawasan ari-ari sahaja dan ada juga yang sakit sampai belakang pinggang.

Kadang-kadang tahap kesakitan tidak berkait langsung dengan keadaan atau keterukan endometriosis. Ada yang mengalami sakit yang luar biasa tetapi mempunyai endometriosis tahap ringan dan, ada juga yang mengalami endometriosis yang begitu teruk, tetapi tidak mengalami apa apa simtom.

Simtom-Simtom Lain Yang Jarang-Jarang

  • Sakit semasa membuang air besar atau keluar darah dari dubur semasa haid
  • Sembelit
  • Sakit semasa pemeriksaan pelvis
  • Sakit dan kerap kencing

Ini selalunya berkaitan dengan tempat dimana terdapat endometriosis.

Mengesan Endometriosis

Doktor akan bertanya tentang sejarah perubatan anda dan symptom yang anda hadapi. Pemeriksaan faraj adalah penting untuk mengesan samada terdapat pembengkakan, kesakitan, dan sebarang ketidaknormalan pada system peranakkan. Ultrasound boleh menolong untuk melihat sebarang cyst yang timbul dari komplikasi endometrisis.

Tetapi, satu-satu cara yang boleh mengesan penyakit ini dengan tepat ialah melalui prosedur yang dinamakan laparoscopy.

Pesakit akan dibius secara keseluruhan dimana pesakit dalam keadaan tidak sedar, dan pakar bedah akan membuat hirisan kecil pada kawasan berdekatan dengan pusat. Satu alat teleskop yang mempunyai camera kecil akan dimasukkan pada hirisan tersebut dan organ organ dalaman akan diperhatikan dengan teliti untuk sebarang tanda tanda endometriosis. Saiz, lokasi, dan bilangan ketumbuhan endometriosis akan dicatat. Kadang-kadang doktor terpaksa mengambil sedikit biopsi supaya diagnosis yang tepat dapat dilakukan.

Rawatan Endometriosis

Untuk menghalang kerosakkan yang serius pada system peranakan anda, adalah sangat penting untuk merawat endometriosis ini secepat mungkin.
Sesungguhnya, tiada rawatan yang boleh menyembuhkannya 100%, tetapi terdapt beberapa rawatan yang boleh mengurangkan kesakitan anda dan mengekalkan kesuburan anda.

Rawatan ubat-ubatan

Terdapat banyak ubat yang boleh mengurangkan simtom endometriosis.

Ubat tahan sakit

Boleh mengurangkan kejang dan sakit seperti acetaminophen, ibuprofen, naproxen. Sekiranya sakit terlalu teruk, anda berbincang boleh berbincang dengan doktor anda untuk ubat yang lebih kuat.

Pill Perancang

Pill perancang boleh membuatkan haid anda teratur juga mengurangkan darah haid dengan mengawal ovulasi. Ramai wanita mengambil pil secara berterusan agar haid mereka lansung tidak datang dan seterusnya mengurangkan sakit.

Adalah sejenis ubat yang boleh mengawal pengeluran estrogen, hormone yang menyebabkan pembesaran endometriosis.kebanyakkan pendarahan dan sakit akan hilang setelah 6 minggu mengunakakn ubat ini.

Rawatan pembedahan

Sekiranya ubatan tidak memberikan hasil yang memuaskan, doktor akan menyarankan pembedahan seperti endometrial ablation. Pembedahan cystectomy disarankan kepada mereka yang mengalami endometriotic cyst.

Merawat ketidaksuburan akibat endomeriosis

Anda selalunya akan dirawat dengan untuk GnRH selepas pembedahan. IUI untuk mereka yang tidak mengalami salur fallopio tersumbat, dan IVF akan disarankan pada mereka yang mengalami endometriosis peringkat teruk.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s