Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS)

Sekiranya anda seorang yang sukar untuk hamil, mengalami simtom seperti haid yang tidak teratur dan mempunyai berat badan berlebihan, anda mungkin mengalami PCOS.

PCOS atau polycystic ovarian syndrome ialah keadaan yang boleh menganggu sistem peranakkan wanita dimana folikel-folikel yang terdapat didalam ovari tidak menjadi matang dan seterusnya gagal untuk mengeluarkan telur. Folikel-folikel terkumpul didalam ovari dan menjadi cysta-cysta kecil yang boleh dilihat melalui ultrasounds scan. Ia berlaku 6-10% dikalangan wanita dan di antara penyebab utama mengapa wanita gagal hamil.

Siapa yang berisiko untuk mendapat PCOS?

PCOS boleh dihadapi oleh sesiapa jua tidak bangsa tetapi umur yang kerap berlaku ialah diantara 20-30 tahun. Ia juga ada kaitan dengan faktor keturunan.

Teori punca PCOS

Setakat ini tidak diketahui bagaimana ia boleh berlaku tetapi terdapat beberapa teori yang hangat diperkatakan:

Kekurangan hormon
Ia mungkin disebabkan kekurangan hormon kerana mereka yang mengidap PCOS didapati tidak mengandungi tahap hormon yang secukupnya untuk ovulasi berlaku. Untuk berlaku ovulasi, hormon FSH dan LH mestilah berada dalam keadaan yang seimbang tetapi ia tidak berlaku pada mereka yang mengidap PCOS. Oleh yang demikian, folikel didalam ovari tidak berkembang dan gagal matang seterusnya tiada berlaku ovulasi.alamhamilpcos01

Kebal kepada insulin
PCOS mungkin juga disebabkan oleh badan yang kebal kepada insulin.ini menanmbahkan lagi risiko anovulasi.

Faktor genetik
Ia mungkin disebabkan oleh penyakit keturunan kerana terdapat ramai dikalangan PCOS mempunyai keluarga yang mengidap PCOS.

Apa simtom dan tanda PCOS?

Terdapat banyak simtom dan tanda PCOS. Tetapi kebanyakkan dari wanita yang mengidap PCOS mengalami simtom yang berbeza-beza diantara satu sama lain seperti:

  • Haid yang tidak teratur
  • Tiada haid selama berbulan-bulan
  • Tiada ovulasi
  • Pertambahan berat badan yang keterlaluan
  • Tumbuh bulu lebat pada muka dan badan
  • Kencing manis

Polycystic Ovarian Syndrome dan masalah kesuburan

Salah satu komplikasi yang terbesar ialah sukar hamil kerana kebanyakkan wanita ini tidak mengalami ovulasi seterusnya sukar untuk mendapatkan zuriat.

Macam-mana untuk mengetahui yang saya mengidap PCOS?

Sekiranya anda didapati sukar untuk hamil, doktor selalunya akan membuat beberapa ujian untuk memberikan diagnosa yang tepat terhadap masalah anda:

  • Ujian darah Luteinizing Hormone (LH)
  • Ujian darah Follicle Stimulating Hormone(FSH)
  • Ujian darah Progesterone/Testesterone
  • Ujian darah prolaktin
  • Ultrasound Pelvis- rahim dan ovari

Bagaimana merawat masalah ini?

Sekiranya anda didiagnosakan mempunyai PCOS, terdapat beberapa jenis rawatan yang boleh menolong anda mengurangkan simtom dan mengembalikan kesuburan anda.

Ubat subur

Ialah ubat kesuburan yang boleh menolong anda mengalami ovulasi.

Ubat perancang keluarga

Pil ini boleh mengembalikan semula hormon anda dan mengurangkan simtom seperti mengurangkan bulu yang berlebihan dan haid yang tidak teratur. Pill ini selalunya diberikan bagi mereka yang tidak bercadang untuk hamil.

Pembedahan

Sekiranya anda mengalami PCOS dan ubat subur tidak memberikan kesan yang memuaskan, doktor anda mungkin mencadangkan prosedur yang dinamakan ovarian drilling.

Ia adalah sejenis pembedahan dimana ovari akan dikorek dengan mengunakan alat yang khas.70% wanita mengalami ovulasi selepas menjalani prosedur ini.

6 thoughts on “Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS)

  1. Leeya Rahman Mei 1, 2016 / 11:23 am

    Hai Dr.. Sy mengalami gejala spt tumbuh bulu di muka dan bahagian yang lain sejak 3 tahun lps n sekarang sdg makan pil selama 3 bulan.

    Soalan sy bulu yang tumbuh tu boleh hilang tak ? Rasanya dah makin banyak.. Jika rawatan pil tidak berkesan ada rawatan lain tak untuk mengatasi masalah nie ?

    Sy rasa rendah diri dan keyakinan sudah tidak seperti dulu hehe

    Terima kasih Dr..
    🙂

  2. drju Mei 2, 2016 / 11:53 am

    kalau pil yang puan makan sekarang bernama Diane, puan perlu makan untuk beberapa bulan lagi sebelum memberikankesan. elok jumpa doktor pakar untuk pastikan tiada masalah lain.

  3. Leeya Rahman Mei 2, 2016 / 8:54 pm

    Ya diane.. Da makan bulan ke 2. Da jmp pakar O&G Hosp. Wanita Kota Kinabalu.. Da scan dan amik sample darah..

    Sy bimbang sb bulu naik sgt mendadak kebelakangan nie kulit pn nampak x sihat da..

    • drju Mei 3, 2016 / 12:38 am

      jumpa doktor puan dan tanya soalan ini. Jawapan saya tidak akan tepat kerana saya TIDAK pernah memeriksa puan.

  4. Nana Oktober 18, 2017 / 2:03 pm

    Dr. Saya adalah PCOSer. Pernah mengambil clomid & suntikan puregon tetapi tidak sempat untuk melakukan IUI kerana mengalami OHSS. Pernah melakukan pembedahan laparoscopic tetapi hasil pembedahan tersebut, didapati saya mengalami PID, maka ovarian drilling tidak dilakukan. Haid tidak hadir tanpa memakan ubat2 untuk turun haid.Untuk makluman, saya daripada Sarawak dan kekurangan pakar sakit puan di kawasan saya ini. Doktor ada menyarankan saya untuk mengambil pil perancang Yasmin. Adakah dengan pengambilan pil perancang tersebut memberikan peluang kepada saya untuk hamil? Bolehkan saya mengambil metformin dalam masa yang sama. dan apakah sumplement yang sesuai diambil oleh saya untuk cuba hamil.

    • drju Oktober 20, 2017 / 10:38 pm

      pil perancang diberikan untuk mengawal hormon puan tetapi tidak dapat menolong puan untuk hamil.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s