14 Tip Ke arah Bersalin normal

lscs1Kadar kelahiran melalui pembedahan c-section semakin meningkat dari tahun ke tahun dan sehingga kebelakangan ini mencatat kadar yang cukup tinggi sehingga 50% pada sesetengah pusat perubatan. Faktor yang dikenal pasti menjurus kepada peningkatan ini termasuklah pilihan doktor, tempat kelahiran dan intervensi perubatan seperti induction of labour ( IOL).

Tidak kurang juga ramai pesakit memilih untuk menjalani pembedahan cesarean kerana ia lebih singkat, kurang rasa sakit dan ramai yang mahukan kelahiran dalam keadaan terkawal dan tidak tergesa gesa. Teruskan membaca

Kelahiran Induce

Kebanyakkan dari wanita akan melahirkan secara semula jadi, tetapi segelintir daripanya mungkin memerlukan sedikit pertolongan. Mungkin disebabkan oleh lebih jangka lahir atau mengalami masalah perubatan yang memerlukan mereka melahirkan awal dari yang dijangka. Walauapapun sebabnya, sekiranya anda perlu menjalani ‘induced’ soalan yang kerap ditanya ialah, adakah ia menyakitkan? Apakah yang membezakannya dari kelahiran normal? Apa yang akan digunakan untuk ‘induced labour’ ini? Teruskan membaca

Peringkat Bersalin

Kelahiran dibahagikan kepada beberapa peringkat. Peringkat pertama bermula dengan bukaan servix dari 1 cm-10 cm. Peringkat kedua pula ialah kelahiran bayi dan yang ketiga kelahiran uri dari rahim.

Peringkat Pertama

Ialah peringkat yang paling lama. Disini bermula apabila anda mengalami kontraksi dan serviks anda membuka secara perlahan-lahan. Peringkat ini pula terbahagi kepada 2 iaitu fasa laten dan fasa aktif. Fasa laten ialah apabila serviks membuka dianatara 1-3 cm dan selalunya mengambil masa 8 jam maksima. Teruskan membaca

Ubat Penahan Sakit Semasa Bersalin

Ramai wanita merasa lega apabila diberi-tahu yang terdapat kaedah perubatan yang boleh mengurangkan sakit bersalin.

Entonox

Entonox adalah ubat sedut yang popular dan dapat mengurangkan sakit bersalin dengan efektif sekiranya anda dapat mengunakannya dengan baik. Ia adalah campuran oksigen dan nitrous oxide dan diberikan dengan mengunakan plastik mask yang diletakkan pada muka. Caranya ialah dengan memegang mask tersebut dan cuba menyedut ubat tersebut sedalam mungkin ke paru-paru. Walaubagaimanapun, kelegaan terhadap sakit cuma sekejap dan ramai diantara pesakit tidak dapat mengunakannya dengan betul. Teruskan membaca

Apa Yang Dijangka Berlaku pada Saat Saat Akhir Kehamilan

sakitbersalinDi saat saat akhir kehamilan, anda mungkin mengalami kontraksi Braxton Hicks yang kerap yang boleh menyebabkan anda percaya bahawa anda mungkin akan bersalin. Kontraksi Braxton Hicks tidak kuat, tidak menyakitkan dan selalunya berakhir selepas 20-30 min. Walaubagaimanpun sekiranya kontraksi Braxton Hicks anda berserta dengan tanda tanda berikut, anda mungkin bakal bersalin dalam masa terdekat atau beberapa hari lagi: Teruskan membaca