Endometrial Hyperplasia

Hiperplasia endometrial berlaku apabila endometrium lapisan dinding lapisan rahim tumbuh tanpa kawalan dan menjadi terlalu tebal. Ia bukan kanser tetapi berpotensi menjadi kanser rahim.

Fisiologi Endometrium

Endometrium berubah di sepanjang kitaran haid dari tindak balas hormon yang berubah dari hari kemhari. Pada awal kitaran, perubahan pada endometrium dikawal oleh hormon estrogen yang dirembes dari ovari.

Ia menebal sebagai persediaan untuk menerima kedatangan embrio yang bakal dikeluarkan ditengah bulan. Bila ovulasi terjadi, hormon progesteron dirembes dengan banyak untuk menyuburkan lagi telur yang bakal disenyawakan.

Jika kehamilan tidak berlaku, tahap progesteron akan berkurangan dan lapisan dinding rahim gugur dan kitaran haid baru bermula.

Bagaimana hiperplasia endometrium terjadi?

Hiperplasia endometrium disebabkan dengan tindakan estrogen yang berlebihan. Ia kerap dikaitkan dengan masalah tiada ovulasi.

Ketiadaan hormon progesteron mengalakkan pertumbuhan berterusan pada sel sel endometrium dan ia akan membentuk lapisan yang dipanggil hiperplasia. Lima peratus dari hiperplasia berpotensi untuk menjadi kanser.

Mereka yang berisiko

  • Penggunaan ubat-ubatan berasakan estrogen
  • PCOS
  • Obesiti
  • Berusia melebihi 35 tahun
  • Wanita yang tidak pernah hamil
  • Kencing Manis
  • Perokok

Apakah tanda-tanda dan gejala hiperplasia endometrium?

Tanda paling kerap adalah adalah pendarahan faraj yang tidak normal. Sekiranya anda mempunyai tanda tanda yang berikut, anda perlu berjumpa dengan doktor anda:

  • Pendarahan melebihi 14 hari
  • Kitaran haid yang lebih pendek daripada 21 hari
  • Pendarahan selepas menopos

Bagaimana diagnosa hiperplasia endometrium dibuat?

Ultrasound faraj dilakukan dengan mengukur ketebalan endometrium. Endometrium tebal mungkin menunjukan anda ada hiperplasia.

Biopsy. Satu-satunya cara untuk mengetahui dengan pasti adalah mengambil sampel kecil tisu dari endometrium dan mengkajinya di bawah mikroskop. Ini boleh dilakukan dengan prosedur yang dipanggil D&C atau histeroskopi.

biopsi

Apakah rawatan yang tersedia untuk hiperplasia endometrium?

Untuk kebanyakan kes, hiperplasia endometrium boleh dirawat dengan progestin yang boleh diberikan secara ubat makan, injeksi atau alat dalam rahim MIRENA.

Berapa banyak dan berapa lama anda perlu mengambilnya bergantung pada umur anda dan jenis hiperplasia yang anda ada.

Walaubagaimanapun, sekiranya anda sudah berusia dan mempunyai hiperplasia atipikal iaitu jenis yang lebih serius, anda mungkin akan disarankan untuk menjalani pemebdahan membuang rahim iaitu histerektomi disebabkan risiko kanser yang lebih tinggi.

mirena

35 responses to “Endometrial Hyperplasia”

  1. Apa yang akan terjadi skira nyk tidak.membuang rahim? ?

    1. Tak faham, cuba jelaskan dengan detail

    2. Sekira nya pesakit endometrium hyperplasia with atypia ni..jika dia x nak ambik keputusan untuk buang rahim…apa Yg akn tjadi? Adakh boleh mbawa maut?

      1. Risiko dapt kanser tinggi

    3. Assalamualaikum doktor, saya pesakit Endometrial hyperplasia without atypia, dan sekarang saya makan ubat Ravimed, 1 hari 8 biji kena makan, sekarang sudah 1 month makan ubat without failed, pendarahan period tu masih berlaku dan berketul ketul… Apa yang saya perlu buat ye doktor?

      1. memang normal tu, ubat kena makan berterusan selma 6 bulan, lama kelamaan hyperplasia akan nipis dan pendarahan akan berhenti

  2. Salam Dr. Adakah boleh pulih dengan hanya makan ubat progesterone (Provera) tanpa perlu buang rahim?

    1. Tak gerenti boleh sembuh dgn ubat

  3. Salam Dr. Ap maksudnya Klau banyak sgt keputihan pada virgin Smpai bketul² sprti tisu basah yg koyak² tu ?

    1. Jangkitan yis tu. Beli ubat ni tablet diflucan 150mg sebiji sahaja. Beli kat farmasi, kalau masih keluar keputihan selepas 1 minggu jumpa doktor

  4. Salam doc, MIL sye berusia 68 tahun dan sudah monopos lama, tetapi minggu lps dia kluar darah selama 3 hari dan darah yg bnyk berlendair… dan doc kami sudah bawa dia buat tvs scan, dan doc bgthu dinding rahim dia tebal 8 cm.. boleh doc explain MIL pnya condition bhya ke?
    Thank you doc.

    1. kena pergi hospital sebb takut kanser rahim, kalau kanser bahaya

      1. Ok baik doc, thank you so much..

  5. Salam doc, boleh thu macam mne nk dapatkn consultation dri doc sndri?
    Boleh share doc bertigas Di hospital mne ?

    1. columbia asia puchong

  6. assalam hi doctor, nk tanya..haid spotting (merah pekat/coklat gelap) tiap bulan tidak normal kan? apa patut saya buat? perlu kah on ubat turun darah? FYI saya pernah buat ujian hormon (fsh/LH/CD21) dah hasil keputusan tidak normal dan masa tu saya takda ilmu sgt :

    TSH (0.62)
    FSH (10.9 IU/L mIU/L)
    LH (27.5 IU/L)
    Prolactin (200 mIU/L)
    Estradiol (81.3 pmol/L)
    Progestrone (1.91 nmol/L)

    1. doktor yg order ujian darah ni cakap ape

    2. kena buat scan -scan vaginal penting, hormon level tsk penting

  7. Assalamualaikum doktor, saya pesakit Endometrial hyperplasia without atypia..sekarang saya makan ubat Ravimed,1 hari 4 biji..Sy dah makan secara berterusan hampir 2 bln…tetapi skrg selang 2 atau 3 hari keluar pendarahan period..ada masa berbentuk cairan ada masa berketul..normal ke doktor?

    1. ade jumpa doktor dan buat scan tak? kena monitor dinding rahim agar ia tidak tebal, kalau tebal mungkin sbb tu ia berdarah

  8. Assalamualaikum doktor..saya pesakit Endometrial hyperplasia without atypia..start makan ubat Ravimed 4 biji sehari start bulan 11/2023..sekarang period Sy masih banyak lebih kurang 14 hari period..tp kemudian selang 2, 3 hari ada darah period keluar lg kadang2 berbentuk cairan kadang2 berketul2..Adakah normal kerana saya makan ubat tu doktor?

  9. Avatar Aini natiefa Shariff imran
    Aini natiefa Shariff imran

    Dr kalau hyperplasia without atypia (simple) . Boleh ke ada peluang pregnant secara normal tanpa ivf ?

    1. ade, jgn risau ye

  10. Assalamualaikum Dr.
    saya pesakit EH with atypia, dah 3 kali buat D&C, 3 kali dr. masukkan mirena coil & 3 kali injection zoladex…sample juga dah 2 kali buat..result semua normal tiada kanser..tapi yg peliknya darah sy non stop keluar dari bulan julai tahun 2023 sampai lah hari ni..cuma dah tak banyak mcm awal dulu..sy hilang darah banyak sgt sampai kena anemia..ubat yang saya makan hari-hari ialah APO Megestrol..adakah normal untuk saya Dr?

    1. umur puan berapa dan berapa anak,

      1. umur saya 39 tahun ni dan saya belum ada anak

      2. puan kena makan hormon estrogen sekejap sebb zoladex tu boleh menipiskan dinding rahim dan menyebabkan pendarahan

  11. Dr. apa nama ubat estrogen tu? sy nak cari di farmasi

    1. kena prescription- progynova sebiji sehari

      1. ok baik Dr. terima kasih info saya

  12. salam dr.. sy ad hyperplasia with atypia.. bru 2bln amik provera 8biji shari..adkah normal sy xperiod lnsung??.spotting pon xde… adkah ad peluang utk prggy? ttc 5thun

    1. period tak de bermaksud puan respond pada treatment, pelumag hamil ade

  13. hi dr.. Saya ada hyperplasia with atypia.. dah 2 tahun on mirena n amik provera 12biji shari.. Keluar darah.. period.. .spotting pon memang x da.. n now saya dlm plan nak buat biatric sugery. Bmi x normal & obesiti… sya ada plan nak hamil.. ada kah peluang utk sya sembuh @ hamil??

    1. peluang masih ada untuk hamil sudah tentu

Tinggalkan komen