Memahami Sakit Pada Tulang Tundung (Symphysis Pubis Diastasis) Semasa Hamil

Symphysis-Pubis-Diastasis

Sakit pada tulang tundung atau Symphysis Pubis Diastasis (SPD) agak kerap terjadi di kalangan wanita hamil. Ia disebabkan oleh hormon relaxin yang dirembes oleh uri bertujuan untuk melonggarkan sendi tulang anda agar memudahkan anda melahirkan anak semasa bersalin.

Walau bagaimanapun tindakan hormon relaxin boleh menyebabkan tulang symphysis pubis menjadi terlalu longgar dan seterusnya terlerai dari tulang sendi. Ini boleh memberikan kesakitan semasa hamil dan selepas bersalin.

Anda merasa sakit semasa berjalan, berdiri atau cuba mengangkat kaki. Kesakitan boleh bermula dari ari-ari sehingga ke tulang belakang. Gejala lain termasuk berjalan seperti ‘itik’ disebabkan oleh ligamen pelvis yang longgar.

Anda mungkin merasa bengkak pada tulang kemaluan anda. Anda juga mungkin terdengar bunyi seperti bunyi ‘klik’ semasa anda berjalan atau mengerakkan kaki anda.

Bagi sesetengah wanita, pergerakan tertentu boleh menyakitkan terutamanya semasa bangun dari katil, keluar dari kereta atau duduk dalam jangka masa yang lama.

Bagaimana diagnosa SPD dibuat?

Semasa hamil, ujian x-ray selalunya tidak dilakukan, jadi doktor anda boleh membuat ujian ultrasound dengan mengukur ruang antara tulang pelvis. Tetapi jika x-ray mungkin akan disyorkan untuk mendapat diagnosa yang tepat terutama sekiranya kesakitan anda adalah ketara. Jangan risau sinar x-ray tunggal tidak akan memberikan kesan sampingan terhadap bayi anda walau anda hamil.

Rawatan untuk SPD dan Sakit Bones Pubic

SPD biasanya berkurangan selepas bersalin jadi jangan risau tetapi semasa hamil ia kerap memberikan masalah dan jika masalah itu ketara anda boleh menggunakan pregnancy belt untuk mengurangkan kesakitan anda. Ia boleh menstabilkan pelvis anda dengan menghadkan pergerakan pelvis anda dan seterusnya mengurangkan kesakitan.

Elakkan situasi yang boleh menyebabkan kesakitan seperti duduk dan berdiri dalam masa yang lama.

Tuam tempat sakit dengan kain panas/suam untuk mengurangkan sakit. Lakukan beberapa hari. Sebagai contoh, duduk semasa memakai seluar dan elak dari duduk dan berdiri dalam masa yang lama.

Ubat Panadol juga boleh digunakan untuk mengurangkan rasa sakit.

Berenang juga boleh menjadi terapi untuk kurangkan kesakitan. Jadi jika anda pandai berenang anda boleh menggunakan kaedah ini.

Sakit pada tulang tundung semasa hamil boleh menyebabkan tugas-tugas harian biasa menjadi sukar. Bercakap dengan doktor anda untuk membantu anda memikirkan apa yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan kesakitan dan meneruskan kehidupan normal.

Kebanyakan masa ini melibatkan pelarasan gaya hidup dan menunggu sehingga bayi dilahirkan, tetapi mungkin terdapat juga bentuk bantuan lain termasuk terapi fizikal dan kadang-kadang dengan mengambil ubat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: